Ahad, 26 Disember 2010

1 JUTA DI JANGKA HADIR KONSERT TAHUN BARU 2011


KUALA LUMPUR – AmBank Group menyasarkan 1 juta pengunjung pada Konsert Tahun Baru 2011 Kuala Lumpur yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember.

Pengerusi AmBank Group, Tan Sri Azman Hashim berkata, konsert itu bagi meraikan kedatangan tahun baru merupakan kerjasama keenam syarikat kewangan itu dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 2003.

"Tahun lepas terdapat hampir 800,000 pengunjung, jadi kali ini kemungkinan kita boleh capai 1 juta pengunjung,” katanya pada sidang media di sini.

Azman berkata, konsert itu yang akan disiarkan di saluran TV2 dari 10.15 malam akan menampilkan penyanyi terkenal tanah air antaranya Mizz Nina; penyanyi rock legenda, Amy Search; pemenang Malaysian Idol 2, Daniel Lee; penyanyi utama kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam; Ramlah Ram; dan kumpulan pop rock, Pop Shuvit.

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan tarian 1Malaysia, tarian Melayu oleh kumpulan penari DBKL, tarian Cina oleh CN Dancez, tarian India oleh Vehaara Arts, kumpulan Bhangra, tarian Orang Asli oleh kumpulan Mah Meri dan juga orkestra DBKL, katanya. – Bernama

P/S : Semakin besar cabaran PAS dalam usaha menangani masalah ini. Xsalah jika berhibur tetapi kalo dah mcm ni xubah seperti pesta maksiat besar-besaran...Apa relevannya konsert tahun baru diadakan sebegini ???

KONVENSYEN BN GAGAL, BN BERAT SEBELAH

KONVENSYEN Barisan Nasional yang berlangsung pada 5 Disember lepas di Dewan MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, jelas penuh dengan retorik dan caca merba.

Melalui konvensyen itu, BN melancarkan piagam baru berteraskan gagasan 1Malaysia yang antara lain memaparkan keazaman untuk memberi penekanan kepada usaha mempereratkan lagi hubungan antara kaum.

Piagam tersebut turut memberi penekanan kepada usaha mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1Malaysia.

KENAPA BN TAKUT SANGAT DENGAN USTAZ AZIZAN


Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

“Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.

“Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.

“Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka,” katanya.

Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.

Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.

“Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut.

RAKYAT BERUBAH, BN REBAH


Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat, urusetia dan peserta Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 yang telah berjaya dengan jayanya. Konvensyen yang telah berjaya mencapai matlamatnya. Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Dis 2010 yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, Mca dan Gerakan. Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku.

Pemimpin Umno BN takut perubahan kerana mereka manusia yang tidak mahu berubah. Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik dan telus kerana takut perut mereka kurus.

Konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti.

Cadangan yang dicadangkan di dalam konvensyen begitu praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan PR.

PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada PR dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji PR palsu atau angan-angan.

Mereka akan berhujah di mana wang akan diambil untuk diberi kepada rakyat. Inilah otak pemimpin BN yang lemah dan tidak kreatif untuk manfaat rakyat. Mereka begitu kreatif macam mana untuk perut mereka dan keluarga mereka. PAS ingin mengingatkan kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir negara. PAS sudah buktikan di Kelantan selama 20 tahun mentadbir. Negeri Kedah di bawah Umno mengalami masalah kewangan, tetapi mampu ditadbir dengan baik selepas 8 Mac 2008.

Tawaran yang PR berikan kepada rakyat, kami ada asas untuk melakukanya. Apabila rasuah kita buang dalam amalan, ketelusan dalam mengurus, insyaAllah PR mampu menunaikan semua pada rakyat Malaysia.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS TEGUR ALI RUSTAM SUKA BERHUTANG


Ahmad Danial

MELAKA, 26 Dis: Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Ramli Dalip membidas sikap kerajaan negeri Melaka yang suka berhutang bagi menjalankan projek-projek pembangunan di negeri ini.

Ramli berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak menjalankan projek-projek mega kerana hasil negeri tidak dapat menampung hutang yang telah meningkat dari RM441.76 juta pada 2008 kepada RM587.3 juta pada tahun 2009.

"Semua projek besar kerajaan negeri ditampung dengan pinjaman dari kerajaan pusat dan ianya tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan negeri sehingga hutang negeri meningkat dari sehari ke sehari.

"Ternyata kerajaan negeri hanya pandai menjalankan projek pembangunan tetapi tidak pandai mencari dana sendiri untuk membiayai projek-projek teresebut, malah lebih malang lagi projek-projek tersebut tidak berdaya maju sehingga sesetengahnya menanggung kerugian bernilai jutaan ringgit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Ramli, banyak projek-projek mega yang tidak sepatutnya dijalankan antaranya projek monorel, Eye On Malaysia, Litar Go-Kart dan lain-lain yang kesemuanya menemui kegagalan.

Ramli berkata demikian ketika diminta komen tentang kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam media 2 hari lepas di mana menurutnya Melaka memerlukan RM2 bilion lagi muncul sebagai negeri bandar yang pertama di negara ini.

Ali dilaporkan berkata, berkata wang RM2 bilion itu diperlukan untuk membina jalan 4 lorong menghubungkan Melaka dengan Johor dan Negeri Sembilan.

"Kita pun tidak faham apa maksud negeri bandar yang dinyatakan oleh Ali. Sama seperti kita tidak faham tentang apakah benar Melaka Negeri Maju 2010 sedangkan EACD sendiri tidak mengiktirafnya.

“Apakah Ali mahu menipu rakyat Malaysia dan Melaka sekali lagi sepertimana beliau menipu tentang status Melaka Maju 2010?” soal Ramli.

Nampaknya, kata beliau, ketua menteri itu tidak serik-serik untuk berhutang lagi dengan kerajaan pusat walaupun hutang negeri Melaka seperti dalam laporan Ketua Audit Negara 2009 telah mencecahkan RM500 juta lebih.

Katanya, memang jelas kerajaan negeri Melaka hanya pandai berhutang tetapi tidak tahu membayarnya kerana apa yang penting bagi mereka ialah projek banyak maka ianya menguntung orang tertentu.

JANJI 100 HARI, BN MULA RESAH


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Pemimpin Umno BN gelisah mengenai janji 100 hari PR yang diisytihar di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2 pada 19/12/2010. Ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN termasuk daripada NGO Umno menuduh ini janji yang tidak realistik. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara.

PAS berasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno BN yang menuduh ini suatu usaha yang membazir. Semua program yang menguntungkan rakyat dianggap membazir, seperti kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang memberikan air 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut.

Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hendak membina Menara Warisan 100 tingkat tidak dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak membazir. Sebenarnya pemimpin BN resah dengan janji 100 hari yang akan dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk mentadbir negara ini. Rakyat yang berada di bawah pemerintah BN mula membuat perbandingan dengan negeri Pakatan, mereka melihat rakan mereka di negeri Pakatan hidup selesa kerana pemimpinnya siang malam memikir bagaimana untuk memberi kepada rakyatnya, manakala pemimpin BN memikir apa yang boleh diambil daripada rakyat.

Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata janji pembangkang itu tidak lebih daripada ‘wayang politik’ bagi menutup kegagalan mereka.

PAS hendak mencabar pemimpin BN, siapa yang temberang rakyat? Bukankah pemimpin BN memberitahu rakyat pada 3 Nov 2010 minyak tidak akan naik hingga hujung tahun. Tiba-tiba 4 Disember 2010 minyak RON 95 naik 5 sen.

Sekurang-kurangnya dengan kekangan kewangan yang dialami oleh kerajaan Pakatan Rakyat, tetap dapat melaksanakan iltizam untuk rakyat seperti yang dijanjikan dalam menifesto. Dalam usia yang muda sudah banyak habuan rakyat dapat, walaupun dalam nilai yang kecil. Jelaslah bahawa Pakatan Rakyat teruji dan terbukti.


Selasa, 23 November 2010

PKR DALAM SESI PEMBERSIHAN SEGALA KOTORAN DEGIL

Elok sangatla tu, ni la masa yang terbaik...Tujuan masuk parti adalah untuk membantu rakyat dan bukannya meletakkan kepetingan individu sehinggakan mengatasi kepentingan rakyat...moga sesi pemutihan segala2 bangkai, najis dan manusia2 yang corrupt dapat memperkasakan PKR....maka dengan itu, PR semakin utuh dengan hilangnya segala kotoran kesan degil yang sudah terlalu lama terpalit di dalam PKR..

SELEPAS SU BANJIR, MEDIA ARUS PERDANA MULA MENCANANG ISU PENGANGGURAN DI KELANTAN

Itulah koje akhbar pencacai kepada kerajaan UMNO + BN...memang patutla mereka dihukum oleh MB Kedah....tapi ketua gerakan pemuda kedah yang bodoh bangang boleh pula merasa sedih diatas isu ini...stori terbaru, kelantan cuba dijadikan mangsa kerakusan media arus perdana dengan isu pengangguran...hmmm aku rasa elok kerajaan BN cermin dulu apa yang berlaku pada negeri dibawah pemerintahan mereka....bukan aku hendak menafikan keadaan sebenar tetapi bak kata orang tua2, tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri..lihat sahaja negeri sabah n sarawak...entah apa cerita...hasil yang banyak tetapi cuma menjadi hak milik kepada mereka yang berkepentingan serta mempunyai keinginan nafsu yang tinggi..kalo benarlah cara corak pentadbiran, aku confirm sarawak dan sabah serta beberapa negeri di Semenanjung dibawah BN confirm boleh jadi negeri maju...tetapi sumanya itu hanhyalah indah khabar dari rupa....

p/s : Melaka nama je negeri maju, tapi hutang keliling pinggang...dah tu pulak, banyak bangunan sudah menjadi projek gajah putih...xpecaya hang datangla ke Melaka ramai2...semuanya indah khabar dari rupa

BUKTI PENTADBIRAN BN YANG DIKATAKAN MAJU


Ini antara bukti yang dapat wartawan 'Utusan Meloyar' rakamkan...bukti yang menunjukkan negeri dibawah pemerintahan 'KERAjaan BN semuanya maju....hampeh macam hampas kelapa...tepuk dahi, tercabut kepala...geleng kepala, otak pula terkeluar...itulah yang boleh dibaratkan...nasib Pak menteri yang ada ketika itu memang bernasib baik, jika tidak dah tentu beliau tersungkur & jatuh kedalam paya..jika nasib tak baik, menjadi santapan sang buaya...dulu dok canang kelantan negeri termundur tetapi hakikatnya, runtuhan titi yang dilalui sudah boleh memberikan jawapan kepada pak menteri yang begitu lemah gemalai....auuuuuwww


p/s : kepada penduduk sarawak, tryla bawa perubahan...depa dah memerintah cukup lama,tapi semakin hampeh...yang senang bertambah senang, yang miskin tersangtla miskin....KM sarawak hidup makin senang lenang...spesis manusia macam tu elok dicampak ke sungai rajang...biaq mampuih di baham sang bedal....arap2 PR sarawak yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat menjadi perintis perubahan kepada masyarakat

Ahad, 21 November 2010

ADAKAH MONORAIL MELAKA MENGIKUP STANDARD OPERATION PROSUDER (SOP) ??


Dari sumber dalaman mengatakan bahawa pembinaan monorail di melaka dilaksanakan dalam keadaan terburu2 serta tiada SOP. Antara permasalahan yg menyebabkan kenapa tertangguhnya operasi monorail yang menyusuri sungai Melaka adalah disebabkan faktor keselamatan yang meragukan para penumpang. Di KL, jika monorail mengalami kerosakan, para penumpang boleh turun dan berjalan kaki menyusuri landasan yang disediakan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana landasan monorail di KL begitu luas dan berbeda dengan Melaka yang yang kecil sesangat. jadi, adakah kaedah menggunakan 'skylift' merupakan kaedah yang paling relevan atau permikiran barisan Exco kerajaan Negeri Melaka hanya berada di'level' ini. Nampaknya gayanya, YB Gan Tian Loo terpaksa memerah keringat untuk memikirkan permasalahan ini...

p/s : Dalam bulan September 2010, aku dengar pihak KTMB & Kementerian Pengankutan masih belum meluluskan permohonan dan adakah semasa pelancaran monorail ini sudah mendapat kelulusan serta memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh KTMB & Kementerian Pengankutan ???.Klik sini untuk cerita tambahan monorail di Melaka

MONORAIL MELAKA ROSAK LAGI ??


Semalam sebelum aku balik ke KL, aku bawa famili aku round2 di Melaka. Tergerak hati ni, bawa wife n anak2 nak bot Ali Rustam (River Cruise). Naik di jeti Taman Rempah n nampak stesen monorail tapi monorailnya xde. Xpela, dalam perjalanan menikmati 'kewangian' air sungai melaka, aku terlihat ada orang tengah me'repair' monorail. Persoalannya, monorail yang diagung2kan oleh Ketua Menteri Melaka pada perasmian 20102010 masih rosak lagi ker ??? berapa ribu orang agaknya dah merasai menaiki monorail yang boleh memuatkan kapasiti 20 orang tu ??? maybe puak2 UMNO dan BN tegar saje yang boleh menjawab persoalan budak tadika ini..

CUKUPLAH ZAID, APA LAGI YANG ANDA TAK PUAS HATI ???

Aku tengok macam2 musibah yang melanda PKR dan sedikit sebanyak rakan2 dalam PR merasai tempiasnya. Untuk Zaid, jika kau dah memang nak keluar, cukuplah dan jangan nak mengungkit kisah2 yang lepas. Kewujudan parti baru yang dikatakan bakal engkau tubuhkan belum tentu memberikan satu jaminan bahawa ia mampu merubah suasana politik di Malaysia. Cukupla dengan statement yang berulang dan menyebabkan orang semakin cemuih. Kau kena ingat bahawa, setiap statement yang ko buat akan di'ajinomoto'kan oleh media. Yang terbaik, ko kurangkan bercakap & buat kerja yang sepatutnya ko buat..

Isnin, 15 November 2010

MALAYSIA NEGARA SEKS ATAU ISLAM ???


Sudah sah, terang lagi bersuluh, pendidikan seks akan diajar di semua sekolah di Malaysia mulai tahun depan (2011) bermula dari pelajar sekolah rendah Tahun 1 lagi. Di negara barat salah satu objektif pendidikan seks ialah untuk mengelakkan kehamilan di kalangan remaja bawah umur, bukan untuk mengelakkan berZINA.

Fakta objektif pendidikan seks di barat untuk mengelakkan kehamilan di kalangan remaja pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/pendidikan-seks-di-seluruh-sekolah-di.html

Kenapa media tak heboh isu ini, pergi tanya Mufti ke, JAKIM ke, Jakun ke ?

Isnin November 15, 2010

Sokong Pendidikan Seks, Pastikan Guru Diberi Latihan - PIBGN

PETALING JAYA: Guru yang bakal mengajar subjek pendidikan seks di sekolah pada tahun hadapan perlu dilatih bagi memastikan mereka bersedia menghadapi pelbagai persoalan daripada pelajar mengenai subjek itu.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, latihan semula itu perlu biarpun silibus telah ditetapkan bagi setiap peringkat pembelajaran.

"Persediaan para guru adalah penting kerana pelajar akan bertanya perkara-perkara yang diluar jangkaan dan latihan persediaan perlu supaya guru dapat memberi jawapan yang tepat dan tidak terkeluar daripada silibus ditetapkan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Mohamad Ali dalam pada itu berkata, PIBGN menyokong penuh pelaksanaan pembelajaran subjek itu yang bakal memulakan pembelajaran mulai tahun depan.

Katanya lagi, subjek yang diberi nama Pendidikan Sosial dan Pertumbuhan Kesihatan bagaimanapun perlu menggunakan bahan rujukan yang sesuai dengan setiap peringkat pelajar supaya maksud sebenar subjek itu diwujudkan bertetapan dengan objektif asal.

Beliau turut menyarankan pendekatan agama, budaya dan adab nilai timur diterapkan bagi memastikan pembelajaran itu lebih holistik.

"Tujuan kita mengajar subjek ini adalah supaya pelajar dapat menghargai diri mereka dan dapat menjaga diri mereka pada masa hadapan.

"Jadi jika diselitkan serba sedikit mengenai agama, budaya dan nilai ketimuran yang ada pasti lebih memberi kesan," ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong berkata, mata pelajaran itu akan diajar selama 30 minit setiap minggu dalam kelas Pendidikan Jasmani di semua peringkat sekolah rendah dan menengah.

Sebelum ini, Wee berkata pendidikan seks akan di ajar hanya diperingkat sekolah menengah sebagai satu mata pelajaran kurikulum.

kredit untuk http://amkns.blogspot.com/

MALAYSIA BAKAL MEWARISI HARTA JUDI


Kes begini begitu banyak berlaku di seluruh N.Sembilan dari Gemencheh, Kuala Pilah, Senawang, Seremban, di mana orang Melayu tak tahu malu untuk berjudi di kedai judi “halal” kerana berlesen. Penguatkuasaan begitu lemah di N.Sembilan, itu sebab orang Melayu lagi tak malu bawa anak berjudi secara terbuka.

Apa ke tidak Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Sembilan tahun 2009 menyatakan perbelanjaan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2009 hanya RM5.96 Juta sedangkan pada tahun 2008 ialah RM12.59 Juta, iaitu turun RM6.63 Juta atau turun sebanyak 52.7%. Sepatutnya wang Jabatan Agama diguna sepenuhnya untuk menambah bilangan penguatkuasa dengan gaji yang lumayan , kerana masalah sosial semakin parah sekarang. Fakta Ketua Audit Negara di http://amkns.blogspot.com/2010/11/masjid-baru-jelebu-tertangguh-20-tahun.html


Anak teman bapa beli nombor ekor
Kosmo 15 Nov 2010


SEORANG lelaki (dua dari kiri) yang membawa anak lelakinya untuk membeli nombor ekor ditahan dalam satu serbuan di Bahau kelmarin.

-------------------------------

BAHAU – Seorang bapa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak tetapi lain pula cerita seorang kaki judi di sini yang membawa anaknya ketika membeli nombor ekor.

Tabiat buruk bapa berusia 40-an tersebut terbongkar apabila dia ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama sekumpulan 16 lelaki beragama Islam dan seorang wanita di sebuah premis judi di sini kelmarin.

Kesemua mereka yang berumur antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS, Majlis Keselamatan Negeri dan polis.

Penyelaras Operasi JHEAINS, Mohd. Zol Sidek berkata, lelaki berkenaan membawa bersamanya anak lelaki yang baru berusia lima tahun ketika ditangkap membeli nombor ekor.

“Anggota penguat kuasa terkejut selepas mendapati salah seorang lelaki yang ditahan membawa anak lelakinya berusia lima tahun ke premis berkenaan.

“Lelaki tersebut pada mula cuba memberi alasan hanya berjumpa kawan tetapi selepas disiasat dia mengaku membawa anaknya untuk membeli nombor ekor,” katanya di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Bapa bawa anak berjudi antara 18 ditahan JHEAINS
Utusan Malaysia 15 Nov 2010

JEMPOL 14 Nov. - Tugas seorang bapa adalah mendidik anak agar menjadi insan yang berguna.

Namun apa berlaku di Bahau semalam, menyedihkan apabila seorang insan bergelar bapa sanggup membawa anak lelakinya yang baru berusia lima tahun ke premis perjudian untuk membeli nombor ekor.

Tabiat buruk bapa berusia 40-an itu terbongkar selepas dia dan 16 lelaki lain serta seorang wanita ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kerana berjudi.

Penyelaras JHEAINS, Mohd. Zol Sidek memberitahu, dalam serbuan pukul 2.30 petang itu, tujuh buah premis menjual nombor ekor diserbu.

Jelas beliau, seramai 17 lelaki dan seorang wanita beragama Islam berusia dalam lingkungan 30 hingga 60-an ditahan kerana berada di dalam premis judi.

"Anggota kita juga terkejut selepas mendapati salah seorang lelaki yang ditahan membawa anak lelakinya berusia lima tahun ke dalam premis berkenaan.

"Lelaki itu mulanya cuba memberi alasan hanya berjumpa rakan tetapi selepas disoal siasat, dia mengaku membawa anaknya membeli nombor ekor," katanya di sini semalam.

Mohd. Zol memberitahu, kesemua yang ditahan itu termasuk kanak-kanak terbabit dibawa ke Balai Polis Bahau untuk disoal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan.

"Lebih menyedihkan kanak-kanak itu turut menangis apabila melihat bapanya ditangkap dan dibawa ke balai polis.

"Kita sangat sedih kerana sebagai bapa, lelaki itu seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada anaknya dan bukannya membawa kanak-kanak terbabit ke premis judi," ujarnya.

Mohd. Zol menjelaskan, pihaknya turut menahan seorang lelaki yang juga penjaga salah sebuah premis judi tersebut kerana cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

Katanya, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 79 Enakmen Jenayah Syariah 2003 kerana berjudi dan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Penjaga premis judi itu pula ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Jika sabit kesalahan, dia boleh di penjara tidak kurang dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

kredit untuk AMKNS

PIMPINAN KERAJAAN NEGERI MELAKA TAK UBAH SEPERTI TIN KOSONG

Kos Senggaraan Lebih Tinggi Berbanding Perolehan Kenderaan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 menetapkan rekod penyenggaraan kenderaan perlu disediakan dengan lengkap dan kemas kini. Selain itu, program penyenggaraan kenderaan perlu dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Analisis Audit terhadap kos penyenggaraan bagi lapan buah kenderaan yang dipilih mendapati kos senggaraan adalah lebih tinggi berbanding kos perolehan kenderaan iaitu di antara 142.9% hingga 280.8%. Kos senggaraan yang tinggi adalah disebabkan kenderaan tersebut mengalami masalah kerosakan enjin dan kotak gear. Kos senggaraan berbanding kos perolehan bagi tempoh 2006 hingga 2009 adalah seperti di Jadual 2.5.

Jadual 2.5
Kos Senggaraan Berbanding Kos Perolehan Kenderaan Bagi Tahun 2005 Hingga 2009

Pada pendapat Audit, pengurusan penyenggaraan di JKMM adalah tidak memuaskan kerana kos penyenggaraan adalah tinggi berbanding kos perolehan.


MELAKA MAJU 2010 - 1 LAGI KEGAGALAN KERAJAAN BN MENGURUSKAN NEGERI MELAKA

Ada sorang menteri dulu ada kata yang PAS ni parti pak lebai n Pak Lebai mana reti memerintah....maybe dia lupa @ tak baca sirah Nabi coz Rasulullah S.A.W adalah seorang rasul yang bersifat sederhana dalam menjalani kehidupan. Kesan pentarbiyah dari beliau kepada sahabat2 sehingga menyebabkan Islam menguasai 2/3 dunia pada suatu ketika. sejarah telah membuktikan dan sedikit coretan disini untuk tatapan pembaca untuk melihat betapa lemahnya pentadbiran kerajaan negeri Melaka yang mengaku sebagai sebuah negeri Maju bermula tahun 2010..

Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) telah membelanjakan sejumlah RM2.47 juta bagi tempoh tahun 2006 hingga 2009 untuk perolehan 17 buah kenderaan baru. Manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam tempoh yang sama telah membelanjakan sejumlah RM2.29 juta untuk perolehan 20 buah kenderaan baru.

Secara keseluruhannya pengurusan kenderaan JKMM adalah tidak memuaskan kerana terdapat kelemahan yang telahmengakibatkan kerugian kepada Kerajaan Negeri dan pembaziran wang awam. Kelemahanyang perlu diberi perhatian ialah pengurusan kad inden minyak yang tidak dipantau sehinggamenyebabkan berlakunya pengisian minyak dalam tempoh yang singkat.

Kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi melebihi harga perolehan kenderaan antara 143% hingga 281% dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan. Selain itu berlakunya pembaziran pembelian Sistem Pengesanan Automatik Kenderaan (AVLS) sejumlah RM96,350 yang tidak digunakan. Pengurusan kenderaan di JKR adalah memuaskan kecuali kelewatan tindakan pelupusan bagi membolehkan penggantian kenderaan baru.

PR TETAP UTUH WALAUPUN ZAID MENINGGALKAN PKR

Zaid akhirnya bakal meninggal PKR..bagi aku apa yang berlaku kepada PKR merupakan satu perkara yang sudah menjadi lumrah dalam sejarah PKR...masuk keluar pimpinan tertinggi PKR adalah perkara biasa....Lihat saja ezam, nalla, lokman adam (sekadar nama yang disebut) dan ramai lagi...mereka inilah antara tonggak yang memainkan peranan besar dalam reformasi dan pembentukan PKR di Malaysia n kini masing2 sudah hanyut dibuai harta2 yang disajikan oleh UMNO. Cuma bezanya pengunduran Zaid kali ini tidak seperti yang berlaku kepada bekas hardcore PKR..Bahkan tidak akan memberikan impak kepada PKR dan juga Pakatan Rakyat

zaid yang baru setahun jagung dalam PKR, saya lihat terlalu terburu2 untuk mendaki puncak tertinggi PKR. sepatutnya zaid perlu berusaha dalam memainkan peranan memperkukuhkan parti n bukannya menghentam. Apa2pun selamat berjaya buat zaid dan andaikata terbukti beliau ingin menubuhkan parti yang baru, kami alu2kan. Cuma harapan kami agar parti yang terbentuk adalah sebuah parti yang menentang kezaliman dan telus dalam segala urusan...moga parti yang bakal ditubuhkan oleh zaid dapat memenuhi segala kehendak dan impian beliau selama ini..

MENGENALI 'FIRST LADY' MELAKA -BUAT HATI PENGARANG JANTUNG ALI RUSTAM

Datin Seri Asmah Abd Rahman, isteri Ketua Menteri Melaka

Gambar isteri Ali Rustam, Datin Seri Asmah Abd Rahman di Majlis Malam GALA di Melaka.

Aku xnak komen banyak, jadi pembaca kalian boleh fikirkan sendiri. Bagaimana pemimpin ini bercerita tentang islam tetapi pakaian si isteri ......Cuma aku pesan kat korang semua, janganlah jadi manusia yang munafik..

SUMBER : AIZAT AL FAKIR

Ahad, 14 November 2010

BODOHNYA KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH


Bahasa aku sempoi jer....macam mana mamat ni boleh jadi ketua pemuda GERAKAN Negeri kedah..Aku rasa dia ni memang buta dan pekak. Dalam hal ni yang aku nampak xmesra media adalah UMNO dan BN sendiri. Mereka sendiri yang mengenakan sekatan media kepada PR terutama kepada negeri2 yang diperintah oleh PR. Segala berita yang sahih di'kona'kan ke tempat lain.

Pandangan aku berkenaan isu sekatan media yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada beberapa media adalah wajar, jika diberikan peluang sama juga coz berita yang dilaporkan lebih banyak berkisar kepada isu2 yang negatif.

seperti isu Ustaz Azizan baru - baru ini, mangkuk2 yang memberikan komen semua mangkuk2 dari UMNO sendiri. Xde sorang pun dari pimpinan PR berpeluang diberikan komen. Kata negara demokrasi.Aku rasa Ketua Pemuda GERAKAN negeri Kedah,Tan Keng Liang ada jawapannya.

TUANKU SULTAN KEDAH DUKACITA, ADA PIHAK TIDAK HARGAI SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI

Ditulis oleh AMELIA HASHIM

Oleh: ALOR SETAR, 14 Nov 2010 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah berasa dukacita dengan suara-suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

“Beta dukacita kerana ada suara sumnbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir,” titah KDYMM Tuanku Sultan pada majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet.

Sehubungan itu baginda merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan Jabatan Negeri dan Persekutuan yang terlibat termasuklah badan-badan sukarela dan lain-lain pihak yang saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik ketika negeri ini dilanda bencana banjir.

Titah baginda, kerjasama serta pengorbanan dan bantuan yang dihulurkan amatlah disanjungi dan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat negeri ini yang berbilang kaum dalam mengahadapi bencana banjir.

Banjir yang melanda negeri Kedah baru-baru ini melibatkan empat daerah iaitu Kota Setar, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pendang.

BENARKAH BANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA DIJUAL KEPADA TAUKEH CINA ???



Menggemparkan dan menyedihkan. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 untuk Melaka mendedahkan tanah dan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah terjual ke BC Lim Enterprise. Siapa BC Lim ini? Taukeh Cina ke ? Cina DAP ke ? Juga tanah MAIM telah dijual ke Universiti Terbuka Malaysia. Paling pelik sebuah rumah jenis kekal telah dibina atas Tanah BaitulMal tanpa kebenaran MAIM.

Apa nak jadi Melaka ni ? Negeri Maju tapi tanah dan bangunan MAIM dah terjual, dijual, diceroboh ? Apa tunggu lagi , buatlah laporan polis dan SPRM.


Sila baca laporan penuh di laman web Ketua Audit Negara di
http://www.audit.gov.my/

MENANG SORAK ! KAMPUNG TERGADAI !

MELAKA MAJU ! MELAKA MAJU ! MELAKA MAJU !

Khamis, 11 November 2010

BILA ISU BANJIR KEDAH DIPOLITIKKAN


Aku xheran kalo Datuk Azizan (MB Kedah) mengamuk dengan media...dah media dari kerajaan semua kaki putaq alam....depa xtakut dengan dosa bilamana menyebar dakyah palsu...itulah realiti yang berlaku didalam sistem media massa di dalam Malaysia yang kononnya mengamalkan sistem demokrasi yang telus...puiiihhh !! kepala hotak hang !!!

Isu banjir di Kedah habih diputaq belit...makcik bermata besaq yang berjambul, Shahrizat Jalil entah dari mana sumber penipu mana dia kaut dok ngata kerajaan Negeri xbikin keje...apa punye pemimpin la macam ni...patutla kalah dengan Nurul Izah pada PRU 12..kalo macam ni la pemikiran dan sikap yang ditonjolkan, kompom PRU 13 si Shahrizat kalah dengan teruk...entah hapa2 ntah pemimpin UMNO ni...TPM pun 2 x 5, hancus dan xbole pakai....buat keje semata2 nak glamor....pigidahhh

p/s : pemimpim UMNO dah xde modal nak juarai isu, apa lagi...tabur fitnah jela....itulah zikir harian mereka sepanjang kehidupan mereka diatas bumi yang dipanggil 1 MALAYSIA

ZAID IBRAHIM, LU PIKIRLA SENDIRI ....


Terlalu awal untuk zaid Ibrahim untuk menjatuhkan hukuman kepada PKR dan DSAI...dalam politik sepatutnya Zaid kena cerdik...dalam usia yang xsampai setahun dalam PKR sepatutnya zahid kena pelajari suasana di dalam parti tersebut. PKR berbeza dengan UMNO walaupun PKR merupakan parti serpihan UMNO. Mereka ada dasar perjuangan dalam membentuk keadilan di dalam Malaysia..Aku kurang setuju pabila Zaid hendak bertanding timbalan, tetapi atas dasar demokrasi maka zahid boleh bertanding jawatan no.2 dalam PKR. Jika dalam UMNO aku pasti Zaid dah ke boo...

Untuk Zaid jangan buat tindakan terburu2...sepatutnya zahd kena membantu melaksanakan kerja2 pemutihan dalam PKR agar PKR menjadi sebuah parti yang betul2 mantap serta kukuh dipersada tanah air dan insya-Allah, kes seperti 'katak2 lompat' dari Behrang, Kulim bandar baru dsbnya tidak akan berulang lagi...untuk itu, zaid seharusnya memikirkan keperluan untuk rakyat dan juga ahli, bukan atas kepentingan dirinya sendiri...Jika Zaid mempunyai keinginan @ kepentingan individu, aku rasa karier zaid dalam parti xakan lama sebaliknya menjadi mangsa pemulauan masyarakat...

COME BACK

Kini aku kembali .......

Jumaat, 26 Mac 2010

EDISI BUKA MINDA : GST, UNTUNG ATAU RUGI


1) Dikenali sebagai cukai kepenggunaan yg mempunyai asas yg luas. Ini bermakna semua warganegara terlibat atas dasar semua warganegara adalah pengguna.

2) Cukai ini adalah biased terhadap pengguna berbanding pengeluar yg memiliki modal dan kekayaan. Atas dasar inilah juga cukai ini dilihat lebih berbentuk regresif dan tidak progresif. - cukai progresif: semakin tinggi pendapatan individu, semakin tinggi kadar cukainya. - cukai regresif: secara puratanya rakyat miskin memikul beban cukai yg lebih berat berbanding mereka yg kaya.

3) GST juga dikenakan ke atas barangan keperluan asasi seperti beras, air, elektrik dan sebagainya. In bermakna kelompok masyarakat yg miskin dikenakan cukai GST kerana mereka adalah pengguna barangan tersebut (GST mengenakan cukai kepada barangan asas). Tiada sebarang pengecualian cukai GST walaupun untuk golongan yg berpendapatan rendah.

4) Berdasarkan pengalaman Australia, kesan segera dari pelaksanaan GST ialah meningkatnya harga hartanah khususnya rumah sebanyak 8%.

5) Berdasarkan pengalaman Singapura, GST diperkenalkan untuk melebarkan asa cukai disebabkan peratusan mereka yg tua makin meningkat, sekaligus mereka tidal lagi produktif. Apakah peratusan mereka yg tua juga meningkat di Malaysia? Sudah semestinya ia tidak setinggi di Singapura.
- Tujuan Singapura perkenalkan: Rakyat tidak akan berbelanja sekaligus menyimpan dan simpanan yg tinggi boleh digunakan utk tujuan pelaburan. Rakyat akan mendisiplinkan diri mereka utk tidak berbelanja secara berlebihan.
- Saranan ini bercanggah dgn asas dan falsafah kapitalisme itu sendiri yg bergerak diatas prinsip permintaan (terhadap barangan dan perkhidmatan) dan penawaran.

6) Juga dikenali sebagai cukai tidak langsung (indirect tax)... Ini juga bermakna rakyat dikenakan cukai dari pelbagai sudut tanpa disedari yangmana akan menyebabkan kesejahteraan rakyat akan terhakis.

7) GST = 'Reformasi' cukai yang secara sistematis dan exhaustif (mennyeluruh) menghapuskan elemen subsidi. Sudah dimulai dengan petrol dan gula.

8) GST = Sekiranya dilaksanakan dalam keadaan pertunbuhan ekonomi kurang dari 5% setahun, kesannya amat parah dan bersifat struktural.

9) Kesimpulannya... Sekiranya GST dilaksanakan, ia bercanggah dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'...

GST - Gagalkan Sebelum Terlambat...!!!

GST - Gagal Sudah Tentu... !!!


SUMBER : PALESTINHOOD

AL FATIHAH - MP HULU SELANGOR KEMBALI KERAHMATULLAH

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.
Asal sebagai cikgu

Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.
Kerusi jadi rebutan

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Mengikut peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gembira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.

Khamis, 25 Mac 2010

BILA ISLAM TIDAK DIJUNJUNG OLEH PEMIMPIN UMNO

Bangang.!!!..itu saja ucapan yang wajar saya tujukan kepada PM Malaysia yang ke 6, Najib Al Mongolia. Adake patut kerajaan bercadang mempertimbangkan agar pertaruhan atau judi sukan dibenarkan di negara ini. Sila klik link ini untuk maklumat selanjutnya..

Inilah kesannya jika Islam disisihkan dalam urusan pentadbiran. Ulama dan Mufti yang pro kerajaan takut hendak bersuara kerana bimbangkan punca utama rezeki mereka tersekat. Nampaknya kerajaan yang diterajui UMNO dan Barisan Najis hanya memikirkan wang ringgit daripada permasalhan sosial yang bakal melanda negara pada masa akan datang...Jika ini berterusan alamatnya malaysia bakal menjadi syurga maksiat kepada mereka yang kehidupan duniawi. Apa yang ditunggu lagi, sama2 pakat tolak kerajaan sekarang pada PRU 13...Jika tidak, kita yang akan menanggung beban dari permasalahan yang dibawa oleh kerajaan sekarang...

JANGAN LAYAN SI ZAHRAIN, BUANG MASA SAHAJA

Ini cerita sekor lagi katak lompat, Datuk zahrain yang melompat dari PKR kepada bebas. kononnya hendak berbakti kepada rakyat dan kecewa dengan pucuk pimpinan parti. Tapi dari sumber yang boleh dipercayai, majoriti MP yang melompat kepada bebas atas sebab masalah tidak mendapat habuan masing2 dan juga menerima sogokan. Ayuh zahrain, jika benarlah YB Saifudin Nasution menfitnah kamu atas isu hutang kamu RM 1.8 juta kepada salah sebuah syarikat di Pulau Pinang, apa lagi pergilah saman beliau dan bawa kes ini ke mahkamah..

Tapi bagi saya, bu zahrain ni jangan dilayan. Orang seperti ini kalau sudah kemaruk dengan duit dia sanggup berbuat apa sahaja...Jangan bimbang, spesis katak lompat seperti ini akan pupus selepas PRK 13...

SIAPA AGAKNYA YANG ZULKIFLI NORDIN KAITKAN ORANG KETIGA ??


Sejak dah jadi MP Bebas ekoran dipecat dari PKR, si zul ni saya tengok macam gila meroyan dengan publisiti. Macam2 citer yang saya dengar tapi lebih kepada negatif. Semalam dalam parlimen ia membuat pendedahan katanya ia ditawarkan ganjaran kaitkan Najib dan Rosmah berhubung kes pembunuhan Altantuya Sharibu..

Sudah-sudahla Zul, semua orang sudah mengenali siapa anda. Banyak kes yang boleh dibongkarkan. Di Kulim Bandar Baru si zul ini pun gagal dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai MP yang dipilih oleh rakyat...Kesian saya tengok si Zul ni...Dia dah macam xde tiang nak berpaut yang ada cuma UMNO dan BN..malangnya, tapi jangan bimbang...orang2 PAS dah kenal lama dah siapa insan yang bernama Zulkifli Nordin !

Rabu, 24 Mac 2010

ADUN TITI TINGGI TAK JADI LETAK JAWATAN

Baru sahaja hendak merasai pilihanraya kecil pembukaan sempena tahun 2010. Alasan Yit menarik balik semula surat perletakan jawatannya ialah "beliau lebih mementingkan parti dan penyokong di kawasannya dan di negeri Perlis.

Mmm macam2 gelagat BN dimasa kapal mereka sudah mula pecah dipukul ribut. No komen dari saya tetapi pimpinan UMNO dan BN akan pastikan PRK tidak akan diadakan kerana mereka sudah mengetahui peluang untuk meraih kekalahan lebih cerah berbanding dari kemenangan. Tak caya lu tengoklah kes di Seputih yang masih tidak diketahui statusnya...

Rabu, 17 Mac 2010

UMNO PERLUKAN ZULKIFLI NORDIN BUKAN PAS

Sebagai salah seorang pemimpin PAS Pusat saya tidak boleh menerima apa-apa alasan/ justifikasi sekiranya PAS bersedia menerima semula Y.B Zulkifli Nordin sebagai ahli PAS. Kecualilah PAS ingin diporakperandakan seperti mana Zulkifli berjaya memporak perandakan PKR sebelum ini.

Zulkifli adalah liabliti bukan aset kepada PAS- dan juga mungkin kepada mana-mana parti politik . Tidak tahulah kalau Umno anggap beliau sebagai aset. Saya percaya bagi UMNO Zulkifli hanya berguna selagi beliau berada di PKR atau Pakatan Rakyat kerana bodohlah jika Umno tidak suka pemimpin Pakatan sendiri ingin hancurkan Pakatan !!! Ringkasnya Zulkifli hanya berguna kepada Umno selagi Umno boleh gunakan atau salahgunakan beliau.

Bagi mereka yang tidak tahu dan tidak sedar ,untuk rekod, PAS sebelum ini telah pernah membuat keputusan memecat Y.B Zulkifli apabila beliau melanggar keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan beliau bertanding dalam pilihan raya. Bayangkan semasa beliau masih dalam PAS , beliau dengan tanpa rasa bersalah bertanding dalam pilihan raya atas tiket parti lain tanpa restu parti.

Jadi jika sekarang beliau ingin berhajat masuk balik kepada PAS , kita ingin mengatakan : Maaf Zul we know who you are and sorry we are not impressed at all with your behaviour and conduct. We believe you should resign as MP and just sit at home and do nothing. Many believe that you are menace to any political party in this country. If you still have dignity please resign within 24 hours from the date hereof !!!

sumber : Peguam PAS

Sabtu, 13 Mac 2010

APABIILA SI FAIRUS BERKATA HENDAK PERTAHANKAN ISLAM....

Bekas Timbalan Ketua Menteri, si Fairus sudahpun keluar PKR dan mula bersekutu dengan parti yang semakin karam, UMNO. Atas alasan beliau keluar PKR kerana kegagalan parti tersebut untuk memperjuangkan Islam. Itupun katanya lagi, beliau mendapat petunjuk melalui solat istiharah. Apa2la Fairus, janji engkau bahagia..

Beberapa pekung milik si Fairus sudah dapat dihidu antaranya berhubung beliau meminta parti membayarkan RM 15k untuk 2 buah kereta mewah milik beliau. Itu xkuasa saya hendak mengulasnya. Cuma disini bila dia sebut perkataan Islam yang hendak diperjuangkan bersama UMNO itu sudah menimbulkan keraguan pada saya kerana :

- Fairus gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Adun Penanti dan juga peranan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 sehinggakan mendapat teguran dari DSAI. Jika benar seseorang itu faham akan Islam, beliau pasti akan melaksanakan segala amanah yang diberikan sebaik yang mungkin dan rasa takut kepada Allah jika gagal menunaikan amanah yang telah diberi. Erti kata, beliau dah 'FAIL' dalam hal ini..

- Sejak bila UMNO memperjuangkan agama ??? isu murtad xsetel2, zina makin berleluasa, kes rogol, samun, bunuh, dera semakin meningkat dari masa kesemasa. Tak masuk lagi dengan kes rasuah dsbnya. Jadi dimana Islam yang akan dibawa oleh si Fairus ketika beliau berada di dalam UMNO. Usaha DSAI semasa dalam UMNO pun gagal apatah lagi manusia cicak kubing seperti dia.

- Kegagalan Fairus dalam melaksanakan amanah ketika menjawat jawatan sebagai Adun dan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang seolah2 beliau mengkhianati pengundi yang mengundi beliau. Jadi dalam istilah ini, beliau sendiri boleh menafsirkan istilah dosa dan pahala jika menyakiti hati manusia yang memberi sokongan kepada beliau.

Banyak mahu diulas tetapi 3 perkara ini sudah mencukupi untuk membuatkan orang UMNO yang dungu berfikir...Jika masih tidak boleh berfikir lagi, xtau saya nak jawab apa lagi...lu jawab jawabla sendiri

PANDANGAN RINGKAS PEMECATAN YB ZULKIFLI NORDIN

Isu Zulkifli Nordin semakin hangat diperkatakan. Selepas dipecat macam2 stori yang saya dengar. Yang mengelikan usus saya apabila ada usaha yang hendak membawa si zul ni ke dalam PAS. Secara peribadi saya nyatakan disini bahawa PAS tidak akan mengkhianati rakan seperjuangan di dalam PR dan yang keduanya PAS menghormati keputusan PKR dalam memecat si Zul walaupun PKR berdepan krisis kehilangan kerusi Parlimen. Kesimpulan, PAS tidak akan menerima si Zul untuk bersama di dalam perjuangan mereka

Untuk itu, orang seperti si zul, walaupun dia pandai berbicara tetapi sayangnya dia bercakap seolah-olah tidak berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Saya setuju sikap beliau yang mahu memperjuangkan dan menegakkan Islam tetapi beliau kena lihat beliau diacuan yang mana. Cuma yang saya harapkan jika beliau ikhlas dalam perjuangan, beliau tidak akan menggunakan platform media dalam memburukkan parti dan seharusnya beliau sendiri duduk bersama serta berbincang dalam untuk menangani masalah yang timbul di dalam parti. Diatas kebodohan politik si Zul mengakibatkan media sentiasa mencucuk beliau dalam mendapatkan berita sensasi. Jadi ramalan saya bahawa si Zul xakan lama dalam PR kini sudah menjadi realiti. Banyak point yang boleh diutarakan tetapi cukupla sekadar ini sahaja. Jangan lepas ini si Zul masuk UMNO sudahla..jika beliau masuk UMNO ini membuktikan bahawa beliau ini memang buta hati dan perjuangan Islam yang beliau sebut selama ini hanyalah retorik semata-mata..

UMNO BIKIN CERAMAH SERANG BALAS


Selepas ceramah DSAI di Melaka, penjilat Ali Rustam semakin panas punggung. Di Kg Pulai sahaja lebih kurang 2-3 ribu orang yang hadir. Tidak termasuk di Pulau Gadong yang saya difahamkan angka tersebut melebihi daripada angka di Kg Pulai. Yang hendak saya 'story'kan bukan masalah angka tetapi sebaliknya isu 'back fire' yang dilakukan oleh UMNO 2 hari selepas DSAI datang.

Betulla ramalan sahabat saya sebelum ini, kini UMNO pula terpaksa mengadakan ceramah sepertimana yang dilakukan oleh PR. Tetapi malangnya ceramah UMNO malam tersebut hanya ramai dihadiri oleh segala jin dan jembalang berbanding manusia. Dari sumber risikan, ceramah UMNO pada malam tersebut jelas berbaur perkauman dan tiada point2 yang kuat semasa ceramah disampaikan. Emmmm nampaknya bahang dari Utara sudah meresap ke Selatan, jadi PRU 13 jadi penentu....Jika sumbang langkahnya xmustahil UMNO bakal tersungkur di Melaka.. Inilah jadi kepada parti yang berteraskan perkauman...Walaupun duduk bawah satu bumbung atas lambang 'Dacing' tetapi kesepakatan serta kemesraan gagal dibina walaupun sudah puluhan tahun mereka bersama berbanding dengan PR. Jadi, lu pikirla sendiri....!!

TAKUTNYA UMNO PADA ANWAR IBRAHIM


Akhir-akhir ini, kita dapat lihat bahawa UMNO sudah ketandusan idea dalam usaha memerangi kemaraan Pakatan Rakyat. Lihat sahaja gambar yang saya lampirkan dan ini sudah cukup membuktikan bahawa UMNO semakin terdesak mendapat sokongan rakyat. Banner ini digantung bertujuan kononnya mahu mengaibkan DSAI. Dasar bodoh punya UMNO...!!!!

Gambar ini saya rakam di Pekan Umbai, salah satu lokasi yang menjadi sasaran puak UMNO laknatullah. Orangnya yang menjadi barua untuk kerja ini saya kenal. Laporan polis sudah dibuat bersama rakan PR. Yang peliknya, Majlis Pembadaran Jasin seolah-olah bersubahat sama coz hampir seminggu banner ini digantung tetapi tiada tindakan diambil. Kalao PR kejap je dah kena rembat. Dasar Barua punya UMNO + BN

Ahad, 7 Mac 2010

KENAPA UMNO MELAKA TAKUT SANGAT DENGAN ANWAR ??

Jumaat baru-baru ini saya dapat menghadirkan diri ke ceramah DSAI. Alhamdulillah ribuan manusia hadir untuk mendengar isu-isu panas yang melanda tanah air. Semasa YB Tey dari DAP berucap, beliau ada menyatakan bahawa ada manusia yang tidak bertanggungjawab menampal poster memaklumkan bahawa tarikh ceramah DSAI berubah kepada hari Sabtu. Tak cukup dengan itu, mereka menghantar sms palsu kononnya hasrat mereka hendak sabotaj ceramah DSAI. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun manusia spesis najis cuba menggagalkan aktiviti yang dilaksanakan oleh Pakatan rakyat..

Cuma yang pelik, kenapa mereka takut sangat dengan DSAI?? UMNO buat program pun kami xganggu kerana menyahut seruan demokrasi yang diamalkan di negara ini.Jadi sudah jelas bahawa UMNO sememangnya tidak sekukuh sepertimana diperkatakan bahkan perkara bodoh yang mereka lakukan membuktikan bahawa mereka semakin terdesak untuk berdepan dengan PRU 13. Nampaknya gelombang politik dari Utara sudah mula melanda di Selatan.Jadi apa2hal tunggu sahajala di PRU 13....SELAMAT MENGUBURKAN BARISAN NAJIS...

MCA TUNGGU MASA MAHU HANCUR

Ini kisah lagi menarik untuk dibaca, AGM Pemuda MCA kali ke 46 tidak cukup kourum. Hanya 87 daripada 1742 perwakilan satu negara yang hadir.. Tak sampaipun 1/3 kehadiran semua perwakilan. adakah ini petanda menunjukkan MCA menuju kearah kehancuran. Nampaknya badi daripada perletakan jawatan Chua Soi Lek baru-baru ini terpalit kepada perwakilan MCA 1 MALAYSIA.

jadi semua dah nampak, krisis didalam parti kompenen BN kini sudah sampai ke usus. Silap2 haribulan, sebelum PRU 13 MCA sudah dibukukan didalam buku sejarah. UMNO pula, siap dah ada muzium...xpercaya you all bole p kat banda hilir, melaka...cuma mereka semua menanti masa untuk dikuburkan....krisis dalaman mereka semakin meruncing, cuma ia dinafikan oleh media2 yang sememangnya penyokong tegar kepada parti yang hanya memperjuangkan rasuah dan menjual negara kepada negara luar...

p/s : lagila bertambah haru BN selepas ini coz berdepan dengan karenah katak2 yang kononnya mahu perjuangkan nasib rakyat

AKHIRNYA ZULKIFLI NORDIN DIPECAT DARI PKR..

Tindakan PKR memecat Zulkifli Nordin merupakan satu tindakan yang bijak. Zulkili antara duri dalam daging di dalam PKR kini sudah tiada kena mengena dengan parti tersebut. Mmmm nampaknya Zulkifli nordin kena cari parti lain atau kena tubuh parti sendiri. Saya xmau nak komen banyak, tapi bagi saya xsalah hendak menegur tetapi beliaupun kena memberikan kerjasama untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam parti yang beliau sertai. Ini tidak, sana sini dia canang keburukan parti. DAP yang xde kena mengena pun disabitkan sekali. Jaga dulu tempat awak n jangan masuk campur urusan kerajaan negeri Pulau Pinang...

Cuma apa yang saya harapkan, bila dah takde parti berjuangla dengan ikhlas dan bukannya menjadi barua serta boneka kepada BN-UMNO...

Isnin, 1 Mac 2010

SPRM BIKIN TAK SERUPA CAKAP

Sebut SPRM semua orang tau...budak kecik yang baru nak masuk sekolah pun tau. Hari ini dalam Utusan munafik, menyebut ketelusan SPRM menjalankan tanggungjawab. Sila klik disini untuk membaca kenyataan Pengarah SPRM negeri, Mohd. Jaafar Hussen.

Kalau sekadar isu macam ni baik lupakan jela...isu Jet pejuang dan rasuah pemimpin tertinggi masih tak setel2 lagi, masih ada hati nak setelkan kes yang kecik macam ni..SPRM ada pun macam xde...Kalau dah nama balaci UMNO, keje yang nampak bodo pun mereka nak bikin juga.....macam2 stori lawak jenaka kat Malaysia..

FAIRUS MASUK UMNO


Berita Hairan hari ini mengumumkan bekas TKM 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin hari Keluar PKR dan masuk ke UMNO. Saya tak mahu nak mengulas panjang cuma disini apa yang dapat saya maklumkan bahawa usaha PKR untuk melakukan pemutihan semula kepada ahli PKR yang jenis tangkap muat sudah mula membuahkan hasil. Dari sini kita dapat lihat sejauh mana ketelusan hati seseorang itu berjuang demi menegakkan kebenaran dan bukannya kerana mengejar kemewahan seperti mana yang terjadi kepada Adun2 dan MP yang sudah disumpah menjadi katak....

WELCOME TO ANWAR IBRAHIM

Ceramah DS Anwar Ibrahim di Kampung Pulai jam 8.00 malam pada 5 Mac 2010. Semua dijemput hadir. salam Perjuangan