Isnin, 15 November 2010

MELAKA MAJU 2010 - 1 LAGI KEGAGALAN KERAJAAN BN MENGURUSKAN NEGERI MELAKA

Ada sorang menteri dulu ada kata yang PAS ni parti pak lebai n Pak Lebai mana reti memerintah....maybe dia lupa @ tak baca sirah Nabi coz Rasulullah S.A.W adalah seorang rasul yang bersifat sederhana dalam menjalani kehidupan. Kesan pentarbiyah dari beliau kepada sahabat2 sehingga menyebabkan Islam menguasai 2/3 dunia pada suatu ketika. sejarah telah membuktikan dan sedikit coretan disini untuk tatapan pembaca untuk melihat betapa lemahnya pentadbiran kerajaan negeri Melaka yang mengaku sebagai sebuah negeri Maju bermula tahun 2010..

Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) telah membelanjakan sejumlah RM2.47 juta bagi tempoh tahun 2006 hingga 2009 untuk perolehan 17 buah kenderaan baru. Manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam tempoh yang sama telah membelanjakan sejumlah RM2.29 juta untuk perolehan 20 buah kenderaan baru.

Secara keseluruhannya pengurusan kenderaan JKMM adalah tidak memuaskan kerana terdapat kelemahan yang telahmengakibatkan kerugian kepada Kerajaan Negeri dan pembaziran wang awam. Kelemahanyang perlu diberi perhatian ialah pengurusan kad inden minyak yang tidak dipantau sehinggamenyebabkan berlakunya pengisian minyak dalam tempoh yang singkat.

Kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi melebihi harga perolehan kenderaan antara 143% hingga 281% dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan. Selain itu berlakunya pembaziran pembelian Sistem Pengesanan Automatik Kenderaan (AVLS) sejumlah RM96,350 yang tidak digunakan. Pengurusan kenderaan di JKR adalah memuaskan kecuali kelewatan tindakan pelupusan bagi membolehkan penggantian kenderaan baru.

Tiada ulasan: