Isnin, 15 November 2010

PR TETAP UTUH WALAUPUN ZAID MENINGGALKAN PKR

Zaid akhirnya bakal meninggal PKR..bagi aku apa yang berlaku kepada PKR merupakan satu perkara yang sudah menjadi lumrah dalam sejarah PKR...masuk keluar pimpinan tertinggi PKR adalah perkara biasa....Lihat saja ezam, nalla, lokman adam (sekadar nama yang disebut) dan ramai lagi...mereka inilah antara tonggak yang memainkan peranan besar dalam reformasi dan pembentukan PKR di Malaysia n kini masing2 sudah hanyut dibuai harta2 yang disajikan oleh UMNO. Cuma bezanya pengunduran Zaid kali ini tidak seperti yang berlaku kepada bekas hardcore PKR..Bahkan tidak akan memberikan impak kepada PKR dan juga Pakatan Rakyat

zaid yang baru setahun jagung dalam PKR, saya lihat terlalu terburu2 untuk mendaki puncak tertinggi PKR. sepatutnya zaid perlu berusaha dalam memainkan peranan memperkukuhkan parti n bukannya menghentam. Apa2pun selamat berjaya buat zaid dan andaikata terbukti beliau ingin menubuhkan parti yang baru, kami alu2kan. Cuma harapan kami agar parti yang terbentuk adalah sebuah parti yang menentang kezaliman dan telus dalam segala urusan...moga parti yang bakal ditubuhkan oleh zaid dapat memenuhi segala kehendak dan impian beliau selama ini..

Tiada ulasan: