Isnin, 15 November 2010

PIMPINAN KERAJAAN NEGERI MELAKA TAK UBAH SEPERTI TIN KOSONG

Kos Senggaraan Lebih Tinggi Berbanding Perolehan Kenderaan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 menetapkan rekod penyenggaraan kenderaan perlu disediakan dengan lengkap dan kemas kini. Selain itu, program penyenggaraan kenderaan perlu dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Analisis Audit terhadap kos penyenggaraan bagi lapan buah kenderaan yang dipilih mendapati kos senggaraan adalah lebih tinggi berbanding kos perolehan kenderaan iaitu di antara 142.9% hingga 280.8%. Kos senggaraan yang tinggi adalah disebabkan kenderaan tersebut mengalami masalah kerosakan enjin dan kotak gear. Kos senggaraan berbanding kos perolehan bagi tempoh 2006 hingga 2009 adalah seperti di Jadual 2.5.

Jadual 2.5
Kos Senggaraan Berbanding Kos Perolehan Kenderaan Bagi Tahun 2005 Hingga 2009

Pada pendapat Audit, pengurusan penyenggaraan di JKMM adalah tidak memuaskan kerana kos penyenggaraan adalah tinggi berbanding kos perolehan.


Tiada ulasan: