Khamis, 11 November 2010

ZAID IBRAHIM, LU PIKIRLA SENDIRI ....


Terlalu awal untuk zaid Ibrahim untuk menjatuhkan hukuman kepada PKR dan DSAI...dalam politik sepatutnya Zaid kena cerdik...dalam usia yang xsampai setahun dalam PKR sepatutnya zahid kena pelajari suasana di dalam parti tersebut. PKR berbeza dengan UMNO walaupun PKR merupakan parti serpihan UMNO. Mereka ada dasar perjuangan dalam membentuk keadilan di dalam Malaysia..Aku kurang setuju pabila Zaid hendak bertanding timbalan, tetapi atas dasar demokrasi maka zahid boleh bertanding jawatan no.2 dalam PKR. Jika dalam UMNO aku pasti Zaid dah ke boo...

Untuk Zaid jangan buat tindakan terburu2...sepatutnya zahd kena membantu melaksanakan kerja2 pemutihan dalam PKR agar PKR menjadi sebuah parti yang betul2 mantap serta kukuh dipersada tanah air dan insya-Allah, kes seperti 'katak2 lompat' dari Behrang, Kulim bandar baru dsbnya tidak akan berulang lagi...untuk itu, zaid seharusnya memikirkan keperluan untuk rakyat dan juga ahli, bukan atas kepentingan dirinya sendiri...Jika Zaid mempunyai keinginan @ kepentingan individu, aku rasa karier zaid dalam parti xakan lama sebaliknya menjadi mangsa pemulauan masyarakat...

Tiada ulasan: