Sabtu, 13 Mac 2010

APABIILA SI FAIRUS BERKATA HENDAK PERTAHANKAN ISLAM....

Bekas Timbalan Ketua Menteri, si Fairus sudahpun keluar PKR dan mula bersekutu dengan parti yang semakin karam, UMNO. Atas alasan beliau keluar PKR kerana kegagalan parti tersebut untuk memperjuangkan Islam. Itupun katanya lagi, beliau mendapat petunjuk melalui solat istiharah. Apa2la Fairus, janji engkau bahagia..

Beberapa pekung milik si Fairus sudah dapat dihidu antaranya berhubung beliau meminta parti membayarkan RM 15k untuk 2 buah kereta mewah milik beliau. Itu xkuasa saya hendak mengulasnya. Cuma disini bila dia sebut perkataan Islam yang hendak diperjuangkan bersama UMNO itu sudah menimbulkan keraguan pada saya kerana :

- Fairus gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Adun Penanti dan juga peranan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 sehinggakan mendapat teguran dari DSAI. Jika benar seseorang itu faham akan Islam, beliau pasti akan melaksanakan segala amanah yang diberikan sebaik yang mungkin dan rasa takut kepada Allah jika gagal menunaikan amanah yang telah diberi. Erti kata, beliau dah 'FAIL' dalam hal ini..

- Sejak bila UMNO memperjuangkan agama ??? isu murtad xsetel2, zina makin berleluasa, kes rogol, samun, bunuh, dera semakin meningkat dari masa kesemasa. Tak masuk lagi dengan kes rasuah dsbnya. Jadi dimana Islam yang akan dibawa oleh si Fairus ketika beliau berada di dalam UMNO. Usaha DSAI semasa dalam UMNO pun gagal apatah lagi manusia cicak kubing seperti dia.

- Kegagalan Fairus dalam melaksanakan amanah ketika menjawat jawatan sebagai Adun dan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang seolah2 beliau mengkhianati pengundi yang mengundi beliau. Jadi dalam istilah ini, beliau sendiri boleh menafsirkan istilah dosa dan pahala jika menyakiti hati manusia yang memberi sokongan kepada beliau.

Banyak mahu diulas tetapi 3 perkara ini sudah mencukupi untuk membuatkan orang UMNO yang dungu berfikir...Jika masih tidak boleh berfikir lagi, xtau saya nak jawab apa lagi...lu jawab jawabla sendiri

Tiada ulasan: