Sabtu, 13 Mac 2010

PANDANGAN RINGKAS PEMECATAN YB ZULKIFLI NORDIN

Isu Zulkifli Nordin semakin hangat diperkatakan. Selepas dipecat macam2 stori yang saya dengar. Yang mengelikan usus saya apabila ada usaha yang hendak membawa si zul ni ke dalam PAS. Secara peribadi saya nyatakan disini bahawa PAS tidak akan mengkhianati rakan seperjuangan di dalam PR dan yang keduanya PAS menghormati keputusan PKR dalam memecat si Zul walaupun PKR berdepan krisis kehilangan kerusi Parlimen. Kesimpulan, PAS tidak akan menerima si Zul untuk bersama di dalam perjuangan mereka

Untuk itu, orang seperti si zul, walaupun dia pandai berbicara tetapi sayangnya dia bercakap seolah-olah tidak berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Saya setuju sikap beliau yang mahu memperjuangkan dan menegakkan Islam tetapi beliau kena lihat beliau diacuan yang mana. Cuma yang saya harapkan jika beliau ikhlas dalam perjuangan, beliau tidak akan menggunakan platform media dalam memburukkan parti dan seharusnya beliau sendiri duduk bersama serta berbincang dalam untuk menangani masalah yang timbul di dalam parti. Diatas kebodohan politik si Zul mengakibatkan media sentiasa mencucuk beliau dalam mendapatkan berita sensasi. Jadi ramalan saya bahawa si Zul xakan lama dalam PR kini sudah menjadi realiti. Banyak point yang boleh diutarakan tetapi cukupla sekadar ini sahaja. Jangan lepas ini si Zul masuk UMNO sudahla..jika beliau masuk UMNO ini membuktikan bahawa beliau ini memang buta hati dan perjuangan Islam yang beliau sebut selama ini hanyalah retorik semata-mata..

Tiada ulasan: