Isnin, 15 November 2010

MALAYSIA BAKAL MEWARISI HARTA JUDI


Kes begini begitu banyak berlaku di seluruh N.Sembilan dari Gemencheh, Kuala Pilah, Senawang, Seremban, di mana orang Melayu tak tahu malu untuk berjudi di kedai judi “halal” kerana berlesen. Penguatkuasaan begitu lemah di N.Sembilan, itu sebab orang Melayu lagi tak malu bawa anak berjudi secara terbuka.

Apa ke tidak Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Sembilan tahun 2009 menyatakan perbelanjaan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2009 hanya RM5.96 Juta sedangkan pada tahun 2008 ialah RM12.59 Juta, iaitu turun RM6.63 Juta atau turun sebanyak 52.7%. Sepatutnya wang Jabatan Agama diguna sepenuhnya untuk menambah bilangan penguatkuasa dengan gaji yang lumayan , kerana masalah sosial semakin parah sekarang. Fakta Ketua Audit Negara di http://amkns.blogspot.com/2010/11/masjid-baru-jelebu-tertangguh-20-tahun.html


Anak teman bapa beli nombor ekor
Kosmo 15 Nov 2010


SEORANG lelaki (dua dari kiri) yang membawa anak lelakinya untuk membeli nombor ekor ditahan dalam satu serbuan di Bahau kelmarin.

-------------------------------

BAHAU – Seorang bapa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak tetapi lain pula cerita seorang kaki judi di sini yang membawa anaknya ketika membeli nombor ekor.

Tabiat buruk bapa berusia 40-an tersebut terbongkar apabila dia ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama sekumpulan 16 lelaki beragama Islam dan seorang wanita di sebuah premis judi di sini kelmarin.

Kesemua mereka yang berumur antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS, Majlis Keselamatan Negeri dan polis.

Penyelaras Operasi JHEAINS, Mohd. Zol Sidek berkata, lelaki berkenaan membawa bersamanya anak lelaki yang baru berusia lima tahun ketika ditangkap membeli nombor ekor.

“Anggota penguat kuasa terkejut selepas mendapati salah seorang lelaki yang ditahan membawa anak lelakinya berusia lima tahun ke premis berkenaan.

“Lelaki tersebut pada mula cuba memberi alasan hanya berjumpa kawan tetapi selepas disiasat dia mengaku membawa anaknya untuk membeli nombor ekor,” katanya di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Bapa bawa anak berjudi antara 18 ditahan JHEAINS
Utusan Malaysia 15 Nov 2010

JEMPOL 14 Nov. - Tugas seorang bapa adalah mendidik anak agar menjadi insan yang berguna.

Namun apa berlaku di Bahau semalam, menyedihkan apabila seorang insan bergelar bapa sanggup membawa anak lelakinya yang baru berusia lima tahun ke premis perjudian untuk membeli nombor ekor.

Tabiat buruk bapa berusia 40-an itu terbongkar selepas dia dan 16 lelaki lain serta seorang wanita ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kerana berjudi.

Penyelaras JHEAINS, Mohd. Zol Sidek memberitahu, dalam serbuan pukul 2.30 petang itu, tujuh buah premis menjual nombor ekor diserbu.

Jelas beliau, seramai 17 lelaki dan seorang wanita beragama Islam berusia dalam lingkungan 30 hingga 60-an ditahan kerana berada di dalam premis judi.

"Anggota kita juga terkejut selepas mendapati salah seorang lelaki yang ditahan membawa anak lelakinya berusia lima tahun ke dalam premis berkenaan.

"Lelaki itu mulanya cuba memberi alasan hanya berjumpa rakan tetapi selepas disoal siasat, dia mengaku membawa anaknya membeli nombor ekor," katanya di sini semalam.

Mohd. Zol memberitahu, kesemua yang ditahan itu termasuk kanak-kanak terbabit dibawa ke Balai Polis Bahau untuk disoal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan.

"Lebih menyedihkan kanak-kanak itu turut menangis apabila melihat bapanya ditangkap dan dibawa ke balai polis.

"Kita sangat sedih kerana sebagai bapa, lelaki itu seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada anaknya dan bukannya membawa kanak-kanak terbabit ke premis judi," ujarnya.

Mohd. Zol menjelaskan, pihaknya turut menahan seorang lelaki yang juga penjaga salah sebuah premis judi tersebut kerana cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

Katanya, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 79 Enakmen Jenayah Syariah 2003 kerana berjudi dan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Penjaga premis judi itu pula ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Jika sabit kesalahan, dia boleh di penjara tidak kurang dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

kredit untuk AMKNS

Tiada ulasan: