Sabtu, 14 Februari 2009

KEPADA MUKHRIZ DAN BN, JOM SERTAI PAS - Malaysiakini

Mukhriz Mahathir pada hari ini telah memberikan satu formula bagaimana mahu menyelesaikan kepimpinan politik di Perak. Formula yang beliau maksudkan ialah dengan mempelawa PAS menyertai Barisan Nasional.

Alahai Mukhriz, idea lapuk macam ni yang kamu berikan. Cukup-cukuplah dengan tawaran yang diberikan sebelum ini. Cukuplah dengan sejarah pahit yang PAS alami bersama dengan BN sebelum ini ketika berada di dalam kerajaan campuran. PAS antara parti yang meletakkan Islam sebagai tunjang di dalam perjuangan dan antara parti yang membela rakyat. Adalah sangat mustahil melihat PAS akan menyertai BN. Lihat sahajalah sepanjang pemerintahan mereka selama 50 tahun, tiada apa yang boleh dibanggakan melainkan dipenuhi dengan bangunan pencakar langit dan jenayah yang semakin meningkat. Islam menjadi bahan cacian dan hinaan serta boleh dipermainkan oleh pimpinan dari UMNO dan Barisan Nasional. Barisan kepimpinan mereka yang penuh dengan hipokrit serta terlibat dengan pelbagai gejala rasuah samseng dan sebagainya adalah tidak sesuai untuk PAS bersama dengan mereka. Ahli di dalam Barisan Nasional tidak ubah seperti mengenakan pakaian yang cantik pada bahagian luaran sebaliknya di badan penuh dengan kurap dan kudis.

Alangkah baiknya jika parti kamu UMNO yang menyertai PAS agar dapat memperteguhkan kedaulatan Islam di negara ini. Jadi lebih baik Mukhriz nasihatkan kepada kepimpinan UMNO dan BN agar bertaubat dan masuklah ke Pakatan Rakyat agar dapat terus berbakti kepada rakyat. Insya-Allah segala hak dan keperluan rakyat pasti terbela

5 ulasan:

IPOH MALAY berkata...

ko ingat abih problem? kalau dia jentik husam hadi tnga sok cemaner?

laung laung gabung.. gaduh..

takyah gabung... cukup la bersekutu dan sanggah menyanggah dalam satu barisan pemerintah..

tu pun taknak...

busuk hati punya olang!

oh.. lupa.. melayu mmg busuk hati..

tambah2 yg pakai lebai akhir zaman ni..

Tanpa Nama berkata...

Alahai, jangan perasan pemerintahan bawah PAS tu,menitikberatkan ISLAM,contohnya yang ada sekarang,4 negeri bawah kerajaan pembangkang,ada jalankan ciri-ciri pentadbiran ISLAM...???

Tanpa Nama berkata...

sekurang-kurangnya yang pakai lebai tak cacimaki agama. Sekurang-kurangnya yg pakai lebai tu ada memperjuangkan agama Allah swt bukannya membiarkan org lain mempermainkan ISLAM!!! IPOHMALAY mmg takde otak punya olang.....booodooh!

saji berkata...

Saya cadangkan supaya diwujudkan KERAJAAN NEGERI PERAK SEMENTARA yang dipimpin oleh pegawai kerajaan bagi mengatsi kemelut politik Perak sekarang

si lembik's berkata...

to IPOH MALAY

untuk isu ISLAM dan Hudud, sebagai contoh di Kelantan semua sudah dipersetujui tapi bila mendapat sekatan dari kerajaan pusat..jadi sapa yang bikin masalah kalau bukan B dan UMNO karat tu sendiri