Memaparkan catatan dengan label syed hamid albar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syed hamid albar. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Februari 2009

HAMID ALBAR DAH MULA MAIN GERTAK-GERTAK - Malaysiakini

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran tidak akan teragak- agak mengambil tindakan tegas terhadap dua akhbar parti pembangkang sekiranya masih menyiarkan artikel-artikel yang boleh menggugat perpaduan rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, akhbar Suara Keadilan dan Harakah didapati melanggar syarat permit serta menyalahgunakan kebebasan akhbar dengan menerbitkan artikel berunsur fitnah, hasutan dan pembohongan.

Pelik juga membaca ulasan Syed Hamid berikutan kenyataan beliau terhadap 2 akhbar yang dikatakan menerbitkan artikel berunsur fitnah, hasutan dan pembohongan. Sepanjang saya membaca 2 akhbar terbabit saya merasakan mereka ini lebih telus dalam menyalurkan maklumat. Sekurang-kurangnya rakyat tidak tertipu dengan pembohongan demi pembohongan di dalam akhbar milik mereka. Nampak sangat si Hamid botak takut dengan kebenaran maklumat yang dibawa oleh akhbar tersebut. Ini salah bukti yang kita dapat lihat selama ini Kerajaan Barisan Najis sentiasa membawa berita yang penuh dengan penipuan di dalam akhbar mereka.

Jika 20 tahun yang lepas, rakyat memang mudah diperbodohkan tapi dizaman teknologi yang dilengkapi dengan kemudahan internet adalah mustahil kerajaan dapat menyekat kemahuan rakyat. Lihat sahajalah pada PRU 12, kejatuhan beberapa negeri di bawah naungan Barisan Najis adalah berpunca daripada bantuan blogger yang berjaya mendapatkan maklumat yang sahih untuk disalurkan. Jika kamu sekat penerbitan 2 akhbar tersebut maka alternatif lain sudahpun menjadi ganti. Jadi, masyarakat sekarang lebih cenderung mendapatkan maklumat melalui internet. Untuk itu, jika kamu sekat 2 akhbar tersebut maka ia bukan sahaja membangkitkan semangat Sang Blogger sebaliknya Barisan Najis seolah-olah ingin menempah maut lebih awal dan jika silap perkiraan kamu maka Barisan Najis bakal tersungkur pada PRU 13....Buatlah kalau kau berani wahai si Hamid botak !!!!

Jumaat, 17 Oktober 2008

Syed Hamid 'Botak' Hanya Pandai Menabur Janji - Malaysiakini

Tinggi sungguh cita-cita Syed Hamid 'Botak' di dalam pemilihan UMNO kali ini. Beliau yang berhasrat untuk bertanding sebagai Naib presiden kini sudahpun mendapat 6 pencalonan setakat ini. Beliau mensasarkan 20 pencalonan lagi bagi membolehkan beliau bertanding merebut jawatan Naib Presiden.

Syed Hamid 'Botak' menjelaskan, pertandingan dalam parti bukan pemutus kepada segala-galanya kerana yang penting sumbangan untuk menghidupkan semula UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku bakal Presiden parti.

Itulah pemimpin UMNO, dalam hal ni semua menyatakan pendirian untuk memberikan sumbangan yang penting kepada negara dan memperkukuhkan parti tetapi hakikatnya yang dicari hanyalah kepentingan peribadi. Tiada usaha pun mereka hendak memperkukuhkan parti dan jika dilihat dari beberapa aspek mereka ini hanya pandai menabur janji daripada melaksanakannya. Jika lagi dahulu mereka hendak mempertahankan UMNO sudah lama mereka menegur Pak Lah, ini apabila kudis sudah mula merebak barulah terhegeh-hegeh minta Pak Lah letak jawatan. Jika begini sikap pemimpin UMNO alamat tak lama lagi 'hancur' la UMNO di atas muka bumi.....