Apabila saya membaca kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz agar memperkenalkan subjek hudud dalam matapelajaran di sekolah saya mula terfikir dan merasakan cadangan Tuan Guru adalah sangat relevan. Saya menyokong bukannya saya hendak membodek Tuan Guru tetapi sebaliknya keterbukaan beliau melontarkan pandangan yang bernas bagi memahamkan semua pihak apa yang dimaksudkan dengan hudud. Umumnya semua mengetahui bahawa hukum hudud ini menjadi senjata utama dan juga bahan politik dari UMNO serta Barisan Nasional untuk memerangi PAS antara parti yang berusaha agar hukum ini berjaya dilaksanakan di Malaysia.
Sebagai seorang muslim, kenapa kita harus takut kepada hukum hudud. Kenapa kita yang mengaku sebagai muslim yang melafazkan kalimah syahadah dengan bersaksi tiada tuhan yang kita sembah melainkan Allah tapi dari sebelah sudut pula kita menentang hukumNYA dan seolah2 muslim di Malaysia ini malu dengan undang-undang yang dibawa oleh Islam.
Oleh itu, pihak kementerian tidak kiralah kementerian pendidikan @ pengajian tinggi perlulah memikirkan langkah yang positif dan bukannya meletakkan satu tembok penghalang daripada memberi penjelasan dengan menyerapkan subjek hudud di dalam silibus pejalaran bagi menerangkan apa yang dimaksudkan dengan hudud. Kepada rakan2 dari UMNO, kenapa kamu semua begitu lantang dan berkeras menghalang perlaksanaan hukum hudud ?? malukah kamu dengan undang-undang yang dibawa oleh agama kamu ?? kenapa undang2 sekular menjadi perhatian kamu ?? saya memohon jawapan dari sahabat dan rakan2 dari UMNO..Jika benar kamu mengaku Islam agamamu berikan jawapan yang relevan kenapa hudud tidak wajar dilaksanakan di Malaysia dan jangan kamu menggunakan hudud ini sebagai satu usaha untuk menakutkan golongan non muslim. Tetapi secara peribadi, jika pembelajaran hudud ini diserapkan sebagai subjek pembelajaran sudah semestinya puak2 UMNO yang sememangnya menolak Islam akan tergugat dan jika kena gayanya alamat UMNO akan terus pupus dari muka bumi kerana sudah jelas bahawa parti yang bersifat nasionalis ini hanya memperjuangkan bangsa Melayu sahaja dan menolak Islam sebagai tunjang pemerintahan. Secara kesimpulan, UMNO menggunakan hudud sebagai modal politik beliau bagi meraih sokongan dari non muslim.
Bagi saya, hanya orang yang berkepentingan untuk mengaut keuntungan duniawi yang akan bertindak menentang hukum dan undang-undang Islam ini kerana mereka sememang takut akan ketelusan hukum hudud ini....Tapi ingatlah, yang kita mahukan keamanan dan bukannya keadaan huru-hara seperti sekarang..Sebagai peringatan dari saya untuk semua, tiada sempurnanya undang-undang yang direka oleh manusia melainkan undang-undang itu datangnya dari Allah S.W.T.. Jadi, lu all fikir2lah sendiri

Tiada ulasan:
Catat Ulasan