Khamis, 8 Januari 2009

ISRAEL MEMANG CELAKA !!!!! - Malaysiakini

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menafikan dakwaan Israel bahawa pejuang Hamas bersembunyi di sekolah-sekolah kendaliannya seperti yang didakwa oleh Israel.

Jurucakap Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Christopher Gunness memberitahu, siasatan mendapati tiada sebarang aktiviti membabitkan pejuang Hamas di kawasan itu.

"Kami yakin 99.9 peratus bahawa tiada pejuang atau aktiviti pejuang Hamas berlaku di dalam atau perkarangan sekolah berkenaan," tegasnya.

Rejim Zionis menjadikan 'kewujudan' pejuang Hamas di kawasan sekolah tersebut sebagai alasan untuk melancarkan serangan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 48 pelajar terkorban.

Jelasnya lagi, satu penyiasatan bebas perlu diadakan untuk mengesahkan fakta tersebut.

"Sekiranya undang-undang perang telah dicabuli maka mereka yang bersalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyifatkan serangan ke atas sekolah sebagai perbuatan paling biadab.

Sementara itu, tentera Israel terus mara dan memasuki Gaza City tanpa mempedulikan amaran antarabangsa agar mereka berundur dan melaksanakan gencatan senjata, hari ini.

Tentera Zionis terus membedil kubu pertahanan Hamas di Gaza, mengakibatkan jumlah kematian rakyat Palestin meningkat kepada 680 orang setakat ini ketika para diplomat berusaha mendesak negara Yahudi itu agar menghentikan serangannya.

Menurut pasukan perubatan, satu serangan udara membunuh seorang pejuang Palestin dan mencederakan tiga yang lain di kawasan kejiranan Zeitun iaitu antara kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit sejak askar Israel menceroboh Genting Gaza pada Sabtu lalu.

Serangan udara juga dilaporkan di bandar Khan Younis dan Rafah.

Majlis Keselamatan PBB kini berbincang dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak di New York bagi memastikan serangan itu dihentikan segera.

Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner menjelaskan bahawa Hosni telah menjemput Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert untuk membincangkan cadangan gencatan senjata.

"Saya tahu bahawa satu persidangan melibatkan kumpulan teknikal dari kedua-dua negara akan dilangsungkan esok. Jadi kami sedang menunggu jawapannya," kata beliau lagi.

Selepas berbincang dengan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, Hosni menjemput penduduk Israel dan Palestin agar mencapai kata sepakat dan jaminan yang tidak membenarkan serangan berulang.

Hosni turut mencadangkan gencatan senjata untuk membolehkan bantuan dibawa masuk ke Gaza. - Utusan

* Nak tunjukkan betapa bangsat Yahudi itu. Mereka lebih buas daripada binatang buas.

Tiada ulasan: