Rabu, 7 Januari 2009

BENARKAH PEMUDA UMNO NAK MEMBANTAH KEKEJAMAN ISRAEL ?? - Malaysiakini

Tahniah saya ucapkan kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Hishamudin Tun Husin diatas keprihatinan yang beliau tunjukkan akibat kezaliman yang menimpa umat Islam di Palestin. Moga selepas ini anda serta bersama-sama rakan-rakan UMNO yang lain berada di dalam landasan yang benar untuk mempejuangkan Islam di Malaysia.

Tetapi saya masih tidak dapat melihat dengan jelas inisiatif bagaimana yang beliau maksudkan di dalam akbar Utusan Meloyar
.. adakah dengan memakai gelang getah seperti yang beliau sarankan dahulu ?? Bagi saya, jika hanya bercakap tanpa melaksanakan tiada gunanya...

Baru-baru ini saya ada menyembang dengan seorang sahabat dan beliau mengutarakan pandangan berkenaan dengan demontrasi. Sepatutnya setiap kali demontrasi bantahan kezaliman diadakan, adalah wajar jika diadakan dikedutaan negara-negara Arab agar mereka dapat menilai dan berusaha untuk bersatu menentang kekejaman zionis...


Berbalik kepada Hishamudin, saya sentiasa menantikan betapa seriusnya Pemuda UMNO dalam memperjuangkan hak orang Islam baik di Malaysia mahupun di Palestin serta kaedah macam mana yang mahu dilakukan untuk menentang Israel akan saya nantikan.

Tetapi yang hairannya, jika benar mereka menentang sikap Yahudi Israel Laknatullah keatas umat Islam di Palestin, kenapa anda tidak membela para-para pendemo menentang kemasukan pemain kriket ke Malaysia ?? Tak silap saya, akibat hendak mempertahankan maruah dan kedaulatan Islam YB Mahfuz Omar (Ketika itu sebagai Ketua Pemuda PAS) bersama YB Salahudin Ayub (Timb. Ketua Pemuda) antara yang menjadi mangsa ditahan oleh pihak polis dan merengkok di dalam penjara

Bahkan jangan kalian semua terlupa, bagaimana bendera negara Israel laknatullah ini boleh berkibar di bangunan UMNO dan ia mengambarkan seolah-olah UMNO dan Israel Yahudi Lakatullah ini tidak dapat dipisahkan umapan isi dengan kuku...Persoalannya, benarkah UMNO mahu memperjuang dan mempertahankan maruah umat Islam di Palestin sedangkan maruah umat Islam di Malaysia mereka sendiri menganaktirikan..Ataupun adakah semua ini hanya lakonan semata-mata bagi menunjukkan yang UMNO kononnya benar-benar memperjuangkan Islam..Bagi saya, lebih baik lu semua pikirla sendiri

2 ulasan:

Unknown berkata...

haha... isn't old ma has huge account in the israel bank???

i hope the government will send the whole team of FRU to Gaza. then we can see how well they can fight, instead of only beating the innocent citizens here.

si lembik's berkata...

chong....great idea..:-)