Aku tersentak ketika mendengar cabaran Khairi kepada Husam berkenaan perlaksanaan Hukum Hudud sekiranya berjaya mengambil alih pemerintahan dari BN.
Bagi Khairi ini adalah peluangnya untuk menjadikan modal politik khususnya bagi menakutkan pengundi bukan melayu.
Tetapi sebagai orang Islam, aku tertanya-tanya khairi ni sebenarnya beragama apa sehinggakan cara dia mencabar husam seolah-olah dia malu dengan undang-undang agamanya sendiri?
Kenapa dia tindak berbangga dengan hukum Islam yang pernah memerintah 1/3 daratan yang terbentang luas di atas muka bumi ini?
Masih tidak cukup kah puluhan ribu anak luar nikah yang lahir di Malaysia ini menyebabkan dia masih tidak sedar undang-undang yang ada pada hari ini masih tidak mampu menangani masalah sosial di negara kita?
Sebagai orang Islam aku menasihati khairi segera bertaubat dan menyesali fikrah dan tanggapan serong terhadap hukum Islam yang dianuti olehnya dan sebahagian besar pengikut UMNO pada hari ini. Satu perkara lagi yang aku bengang dengan sikap penonton yang terpekik pekik ketika panelis berhujah. Tunjukanlah adab, kematangan dan keterbukaan berpolitik.
Lagi teruk ada yang bersorak ketika Khairi membaca ayat al quran semasa mukadimah ucapannya (apa ni ???) Akhirnya aku nak tabik juga pada Khairi kerana berani menyahut cabaran debat ini.Tak kiralah apa niat dihati. Dari sudut positifnya, wacana seperti ini perlu diperbanyakan dan diterbukakan. Barulah kita dapat menilai ketokohan seorang pemimpin. Dan sekali gus mengangkat status ahli ahli Yang Berhormat kita ketahap 'world class'.
sumber : Ulau Tedong

Tiada ulasan:
Catat Ulasan