Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar sikap pembangkang kerana sering mendakwa kononnya pengumuman beberapa projek pembangunan kerajaan menjelang pilihan raya sebagai satu bentuk rasuah politik. Sila rujuk disini untuk bacaan seterusnya
Secara peribadinya saya tidak menyokong kenyataan yang diberikan oleh Menteri Pendidikan ini. Bukan atas dasar berlainan parti tetapi kenyataan yang diberikan itu seolah-olah cuba memperbodohkan masyarakat melalui media. Bagi sesiapa yang cerdik pandai berkemungkinan mereka boleh berfikir kenapa setiap kali PRK Kecil banyak projek disalurkan di kawasan yang bertanding sedangkan sebelum ini kawasan tersebut tidak dipandang oleh kerajaan. Lihat sahajalah pilihanraya kecil di Machap sebelum ini dimana ia melibatkan pertembungan antara BN (MCA) dan DAP. Pelbagai projek telah ditaburkan dan jalan di tar dengan sekelip mata walhal sebelum ini kawasan tersebut tidak dipandang oleh kerajaan. Situasi ini juga berulang di Ijok ketika pertembungan antara Tan Sri Khalid Ibrahim (Keadilan) dengan Cikgu Parthiban (MIC).
Sehubungan dengan itu, saya memohon penjelasan dari Datuk Seri Hishamudin terhadap 2 contoh yang diberikan. Tak perlulah nak bangkitkan soal tanggungjawab dan kesedaran kerajaan terhadap masyarakat coz ini sudah menjadi tanggungjawab bagi mana-mana kerajaan yang memerintah cuma yang peliknya kenapa setiap kali pilihanraya kecil barulah kerajaan memandang serius bahawa kawasan yang baru sahaja kehilangan YB . Kalau macam tu sikap kerajaan, saya harap masa akan datang lebih ramai YB khususnya dari Barisan Nasional kembali ke rahmatullah agar lebih banyak projek di salurkan di kawasan terbabit…Kalau tidak jangan mimpila…..
1 ulasan:
Hishamuddin ni tak layak jadi menteri. Kalau tak percaya lihat lah apa dah jadi dengan kementerian yang dia jadi menteri.
Naik pun harapkan nama bapak dia aje, lain tak de apa sama macam si Najib tu.
Catat Ulasan