Khamis, 8 Januari 2009

UMNO PENCETUS PROVOKASI - Malaysiakini

Tuan Guru Haji Hadi dalam ceramahnya sebelum ini ada berpesan kepada semua petugas dari Pakatan Rakyat agar berwaspada dengan provokasi yang dimainkan oleh musuh. UMNO yang bagi saya berada di dalam situasi terdesak sanggup mengguna apa jua kaedah bagi meraih undi dan kemenangan di dalam PRK Kecil Kuala Terengganu.

Baru sebentar tadi saya menelefon sahabat saya yang berada di Kuala Terengganu dimana beliau menceritakan sedikit pengalaman beliau sepanjang 3 hari berada di Kuala Terengganu. Yang paling membimbangkan apabila situasi semalam dimana kamera beliau hampir dirampas ketika beliau mengambil gambar. Isu sahabat saya ini ada juga diceritakan di dalam blog saudara Sofi.

Seperti yang saya nyatakan tadi, UMNO tetap akan berbuat apa sahaja bahkan mereka sememangnya takut berdepan dengan PAS serta Pakatan Rakyat dalam setiap kali pilihanraya. Justeru itu, hanya provokasi yang mampu mereka mainkan dalam usaha memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat di mata masyarakat, walhal yang berhati busuk dan buruk adalah dari pemimpin dan ahli UMNO sendiri..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah puak2 yg tak bertamadun. Apapun byk2 kita bersabar. Marilah kita beramai2 berdoa semoga BN/UMNO cepat2 kita talkinkan. Takbir 3x.