Amerika memang negara yang paling laknat begitu juga dengan pemimpinnya. Baru 1 januari hari tu saya ada keluarkan artikel berkenaan kezaliman tentera israel terhadap umat Islam Palestin kini saya mengeluarkan lagi agar semua rakan2 blogger dan pengunjung sekalian berkempen dengan memboikot segala barangan keluaran israel dan Amerika.
Saya faham tidak semua rakyat Amerika yang bersifat seperti pemimpin mereka yang zalim tetapi dalam isu ini kita memang secara terang dapat melihat bahawa Amerika sememangnya ada connection dengan Israel laknatullah. Lihat sahaja berita dari Utusan Malaysia bertarikh 4 Januari 2009 dimana pentadbiran White House dan Jabatan Negara AS menekankan, Israel berhak berbuat apa sahaja untuk melindungi rakyatnya dan pada masa yang sama turut mendesak Hamas mematuhi syarat rejim Zionis sekiranya mahu melaksanakan gencatan senjata.
Nampak sangat yang puak celaka ini begitu berat sebelah dalam menangani masalah ini. Jadi salah satu usaha melemahkan mereka ialah dengan memboikot segala barangan mereka ini. klik disini untuk melihat senarai barangan yang ada kaitan negara celaka ini. Jadi dengan itu, kita jangan hanya turun berdemo sahaja bahkan mari kita attachkan gambar yang melambangkan kita anti israel dan Amerika di dalam blog kita sebagai satu usaha protes kita kepada mereka yang membunuh umat Islam di Palestin serta negara-negara Islam yang lain....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan