Khamis, 15 Januari 2009

JOMLAH BOIKOT !!! - Malaysiakini


Ayah , kenapa ayah tak boikot barang Israel ?
Kenapa ayah tak boikot barang Amerika ?
Rokok itu buatan kilang Amerika ayah

Ayah larang saya merokok
Tapi ayah sendiri hisap rokok
Rokok buatan Amerika
Asap rokok tu macam asap rumah rakyat Palestin yang dibom

Ayah , kenapa kita tak boikot restoran makanan segera ?
Along , dah lama menganggur ayah
Nak buka warung burger
Orang kita tak ramai yang sokong ayah

Boikotlah restoran makanan segera ayah
Biar Along dan kawan-kawan dia yang ramai menganggur
Dapat mereka buka warung burger

Ayah , kenapa kita tidak boikot makanan Amerika ?
Paksu yang berniaga pasar malam
Katanya , pengunjung semakin kurang sekarang

Boikotlah kedai, makanan dan minuman Amerika ayah
Biar Paksu dan peniaga pasar malam, pasar tani
Bertambah maju

Ayah , kenapa ada pemimpin Melayu yang bodoh
Dia kata , kalau boikot , ramai tak kerja
Tapi dah dua kilang di Senawang dah tutup

Satu kilang papan, satu kilang sarung tangan
Tak ada kena mengena kilang ni dengan boikot

Boikotlah ayah
Dato Nooh Gadut yang ayah kata Ulamak Umno
Dia pun suruh boikot ayah
Dato Nooh Gadut kata berdosa kalau kita tak boikot

Boikotlah ayah
Banyak untung boikot ni ayah
Dapat bantu rakyat Palestin
Dapat memeningkan Israel dan Amerika
Dapat bantu Along, Paksu dan ramai lagi

Boikotlah ayah
Itulah senjata kita selain doa

3 ulasan:

Unknown berkata...

minta ayah jangan guna computer & mircosoft juga kerana ciptaan america.

COFFEE & TEA berkata...

ayah janganlah guna microsoft walaupun pirate. pasal ayah, bila ayah dah biasa dengan microsoft dan windows di rumah, ayah akan minta microsoft dan windows di kilang jugak. kilang tak boleh beli pirate. ini strategi microsoft ayah. lagipun dalam internet ayah, banyak classified dan directory free. tapi dia orang bikin banyak wang. macammana? ini strategi dia orang ayah. samalah juga blogspot. dia orang kasi free tapi bila banyak pengguna blogspot, dia orang bikin wang ayah. maka ayah, tolong boikot blogspot. sama jugalah dengan google,yahoo,yahoomail,gmail,hotmail dan sebagainya ayah. masa depan jangan beli computer ayah, pasal apa tau? setiap computer guna chip AMD atau INTEL ayah. kedua-duanya company Amerika ayah.takpelah ayah, kita guna potato chip buatan Malaysia ayah. bila pegi luar negeri, jangan guna boeing ayah, jika boleh guna sampan buatan Malaysia ayah.

si lembik's berkata...

ayah guna yang tiruan yang...