Memaparkan catatan dengan label Barisan Najis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Barisan Najis. Papar semua catatan

Khamis, 2 April 2009

50 TAHUN PENTADBIRAN UMNO DAN BN, RAKYAT MASIH LAGI BERGELAP DAN MINUM AIR HUJAN DI BUKIT GANTANG


Sikap hipokrit dan diskriminasi Umno dan Barisan Nasional yang berlandaskan perkauman yang tebal hari ini didedahkan kepada dunia apabila calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana penduduk sebuah pulau dalam kawasan parlimen tersebut diabaikan serta dinafikan hak menikmati kemudahan asas sejak lebih 50 tahun di bawah pemerintahan Umno dan BN.

Sambil menyifatkan Pulau Pasir Putih yang terletak kira-kira 11 kilometer dari Pekan Sungai Kerang di Trong, Taiping sebagai Lost World atau Dunia Terasing, Nizar melahirkan rasa terkejutnya penduduk yang rata-ratanya masyarakat Cina Hokkien terpaksa bergelap dan meminum air tadahan hujan selama lebih lima abad.

"Kita mampu membina Litar F1 Sepang yang menelan belanja lebih 300 juta ringit dan digunakan hanya tiga kali setahun dan kita landasan keretapi berkembar dari Ipoh ke utara.
"Kenapa pula kita tidak membantu masyarakat di Pasir Hitam hanya kerana mereka berbangsa Cina. Ini adalah satu bentuk diskrimasi dan perkauman yang tidak lagi boleh diterima oleh mana-mana rakyat Malaysia," kata Nizar dalam ucapan ringkas yang disampaikan kepada penduduk di pulau tersebut.

Ahli Dewan Undangan Pasir Panjang itu sempat beramah mesra dengan penduduk tempatan dalam siri lawatan beliau semasa kempen PRK Bukit Gantang.

Beliau yang tiba dengan bot yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke jeti Pulau Pasir Putih disambut meriah masyarakat China di situ yang mahukan perubahan besar dilakukan oleh Nizar sekiranya dipilih mewakili Bukit Gantang.

"Umno dan Barisan Nasional telah gagal memperjuangkan nasib penduduk Pasir Hitam selama 50 tahun. Saya berharap pada 7 April nanti seluruh masyarakat Cina di sini akan mengundi calon Pakatan Rakyat supaya isu pengabaian dan diskriminasi ini boleh saya ketengahkan pada peringkat parlimen.

"Penduduk Pasir Hitam berhak menerima pembangunan yang setimpal seperti rakyat Malaysia yang lain," tegas beliau lagi.

LAGI FITNAH UMNO DAN BN TERHADAP NIZAR DI BUKIT GANTANG


Setelah berbagai strategi habis diguna pakai untuk menjatuhkan kreadibiliti Dato' Seri Ir Nizar gagal, akhirnya senjata sulit UMNO/BN dan juga pencacai-pencacai peliharaan mereka (baca BPN) terpaksa menggunakan senjata terakhir mereka yang paling hina iaitu memfitnah dan juga cuba memporak-perandakan keluarga Dato' Seri Ir Nizar.

Siapa yang tak kenal strategi paling bangang-sebangang-bangangnya ini yang sering diguna pakai oleh UMNO/BN? padahal perkara ni sudah diketahui oleh pihak kami lebih sebulan yang lalu dan akhirnya seperti yang diduga, inilah senjata terakhir mereka.

Memang aku akui, kalau aku dipihak UMNO/BN, satu perkara yang sukar untuk dilaksanakan ialah menjatuhkan kreadibiliti pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat, silap percaturan, akan memakan diri.

Mahu dikaitkan dengan rasuah..? UMNO/BN apa kurangnya sampaikan bila sebut saja UMNO/BN, semua orang akan ingat rasuah atau dalam bahasa sopannya "Politik Wang". nak kaitkan dengan salah guna kuasa? aih... bila sebut saja salah guna kuasa, pasti orang akan tergambar wajah-wajah pimpinan UMNO/BN.

Jadi apa agaknya cara terakhir mereka? nak dikaitkan dengan perempuan simpanan memang sangat-sangat sukar lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan Dato' Seri Ir Nizar yang orang-orang UMNO sedia maklum akhlaknya ditahap mana.

Dalam ketandusan isu, pencacai-pencacai UMNO/BN (baca BPN) akhirnya menggunakan strategi yang paling dilaknat Allah iaitu cubaan untuk memporak perandakan hubungan Dato' Seri Ir Nizar dengan Datin Seri Fatimah.

Dengan cara yang paling halus, mereka tidak memfitnah Dato' Seri Ir Nizar tetapi dengan sengaja, mereka mereka-reka cerita kononnya Dato' Seri Ir Nizar mempunyai seorang teman wanita dan ada memasang niat untuk bernikah dengan wanita tersebut yang disebut sebagai Cikgu Manishah.

Nampak seperti amat berakhlak sekali saranan mereka (baca BPN) supaya Dato' Seri Ir Nizar mengajukan niatnya untuk bernikah dengan wanita tersebut kepada Datin Seri Fatimah tetapi niat mereka yang sebenarnya ialah untuk memporak perandakan rumahtangga Dato' Seri Ir Nizar dan juga Datin Seri Fatimah.

Aku sarankan supaya mereka-mereka (baca BPN) tidak melampaui batas-batas keagamaan. Islam tidak mengajar umatnya mengadu-domba sehingga ketahap cuba mengahuncarkan rumahtangga orang lain.

Bukan begitu caranya. Syaitan menangis bilamana bersatunya 2 pasangan (bernikah) tetapi syaitan ketawa terbahak-baahak sekiranya 2 pasangan berpisah. kamu berjuang untuk Agama kamu (kununnya) tetapi kamu memuliakan kesukaan Syaitan yang direjam.

Cukuplah dengan fitnah-fitnah, maki-hamun, carutan-carutan yang kamu hambur saban hari. tak perlu menambah nanah dengan mengadu domba.

Jangan sampai senjata memakan tuan.

sumber dicilok : Perisik Rakyat

BARISAN NASIONAL MAKIN TERDESAK. FITNAH MERATA - RATA

Musuh politik PAS dan Hj Nizar sudah semakin terdesak, rakyat Bukit Gantang sudah mual dan muak dengan BN. Mereka sudah turun habis-habisan dengan jutaan wang ringgit. Projek "mee segera" terus dilaksanakan kepada rakyat dan berbagai janji manis ditaburkan, namun tidak ada petanda baik untuk BN menang di Bk. Gantang.

Mereka perkudakan blogger-blogger yang bersama dengan mereka. Sebelum ini, blogger tersebut membuat ancaman bunuh ke atas Hj Nizar, menghina Hj Nizar dengan membuat aturcara kononnya Hj Nazir akan menghadiri majlis melapah daging babi, main telur anjing, merasmikan kuil dan sebagainya. Rakyat semakin benci kepada BN. Fitnah baru pula dihamburkan iaitu kononya Hj Nizar mempunyai girl friend yang akan dinikahinya nanti. Inilah fitnah jahat dari agen-agen upahan murahan UMNO BN untuk cubaan memburukkan imej Nizar supaya ditolak oleh pengundi. Tetapi kita percaya, UMNO BNlah yang akan ditolak oleh pengundi dan rakyat Bukit Gantang. (misbahul munir)

POLITIK MERAPU BARISAN NASIONAL DI BUKIT GANTANG

Ingatkan apa lah halnya dekat rtm ini. Siang malam dok bising. Rupa-rupanya depa dok kempen pilihanraya. Tak kira siang malam pagi petang. Kerjanya asyik kutuk Pakatan Rakyat. gomel-gomel bla bla bla. Umno sahajalah bawa kemajuan.. bla bla bla.. Jangan lupa jasa Umno... bla bla bla.. Pakatan Rakyat mengamalkan politik perkauman.. bla bla bla.. Pakatan Rakyat tak bagus.. bla bla bla..

Pagi petang siang malam kempen. Live pulak tu. Itupun masa persidangan hari tu depa kata tak cukup. Maklumat tak sampai. Kena gunakan IT juga. Kena lawan media IT Pakatan rakyat. Tak faham aku. Surat khabar, tv semua depa sapu. Tak cukup lagi rupanya. Internet pun dia sapu. Lepas tu sibuk cakap orang fitnah itu ini. Agaknya apa yang orang lain cerita semua fitnah, kalau dia orang cerita semua betul!

Aku pun tak faham macam mana tadi aku boleh terlayan tv1 pulak. Macam kenal la seorang mamat ni, tapi di mana ya! Oh, Zambry. Kempen Bukit Gantang rupa-rupanya. Macam best! Pentas lawa. Tapi bila tengok kat bawah kenapa semua orang tua-tua je yang join. Orang muda tak de ke? Lepas tu soalan yang dia orang tanya pun macam baca skrip jer. Rasa-rasa dah plan kot. Takde tokoh pun macam orang rajin tanya soalan.

Oh, sibuk cerita pasal Nizar take over dia masa dekat masjid masa hari penamaan calon tu. Bukan main marah dalam senyum nampaknya. Bising dia pasal Nizar cerita apa yang jadi dekat blog. Kononnya benda-benda macam itu pun dibesar-besarkan. Kasihan sungguh dia ni. Dah jadi MB haram pun emosional lagi. Last-last sekali dia punya ayat - siapa-siapa boleh jadi imam, saya pun boleh jadi imam. Mak ai. Hang mengaji kat mana ni Zambry? Kitab mana hang pakai. Kalau nak goreng pun ingat-ingatlah. Nampak sangat kejahilan tu tanpa dapat dicover lagi.

Macam mana lah orang Perak nak terima kalau MB dia sejahil macam ini. Kalau Ali Rustam cakap macam tu mungkin boleh terima pasal dah tengok cd dia cakap Haji Hadi Kafir. Cakap terang-terang je tak ada cover-cover. Cuma confirm tak masuk tv. Sibuk dia kecoh Nizar politikkan masjid. Yang hairannya sejak bila Umno guna masjid buat majlis depa ni? Kata tak nak politikkan masjid. Pergilah baca Yassin kat rumah ke. Nak guna masjid juga. Tapi yang sensasikan cerita ini siang malam aku tengok tv, suratkhabar. Tv, suratkhabar. Lepas tu salahkan Nizar. Yenadeyyy!!!

Kemudian sibuk pusing pasal kuasa Sultan dekat Perak. Lepas tu tuduh Pakatan Rakyat amalkan politik perkauman. Hairan betul! Yang aku baca kat blog-blog depa semua pakat tuduh Nizar jadi boneka pasal bagi tanah kat kaum Cina. Marah betul dia orang. Tapi yang Umno bagi satu bukit Genting dekat Lim Goh Tong tak apa pulak. Betul-betul kerjanya kasik pusing sahaja. Corner baring pun takpe.

Tun Mahathir Pun Nak Turun Kempen Di Bukit Gantang

Dalam hal ini Pakatan Rakyat kena berhati-hati. Tidak dapat dinafikan Mahathir masih lagi mempunyai auranya yang tersendiri. Walaupun diri ini memang dah lama meluat dengan dia, tetapi orang lain belum tentu. Walaupun kalau kita menilai secara rasional, kemasukan Tun kembali ke dalam Umno tidak akan memberi kesan kepada kadar kebersihan Umno, tetapi sebagai orang lama beliau sudah masak dengan permainan politik.

Biarpun di akhir hayat pemerintahan beliau, kebanyakan orang membenci beliau di atas kediktatoran beliau tetapi masa bisa sahaja memadamkan ingatan-ingatan tersebut. Namun saya juga menasihatkan beliau supaya berehat sahaja. Sesungguhnya sisa-sisa umur yang ada eloklah digunakan sepenuhnya. Namun jika beliau masih juga ingin meneruskan sisa-sisa perjuangan beliau membela parti yang sudah reput, dipersilakan sahaja.

Kini, akan berlaku pertembungan aura lama dan baru. Aura mahathir dan Nizar. Najib sudah pasti tidak berani menunjukkan rupanya di Perak. Osman Jailu tiga bersaudara pun sudah tentu tidak sudi membantu jentera BN. Seperti kelihatan jentera mereka tidak bersemangat untuk mengempur Bukit Gantang, tetapi jangan kita alpa dan leka. Yang penting konsentrasi jangan hilang. Lawan tetap lawan tidak kira siapa pun yang datang. Kepada Tun semoga kekal di dalam Umno - dulu, kini dan selamanya. Seeloknya biarlah Tun menjadi presiden Umno antara yang meninggal dan terus kekal di dalam Umno. (source : link )

aku cut dan paste di Politik Banjar

Rabu, 1 April 2009

BUKTI BARISAN NASIONAL MEMUTAR BELITKAN FAKTA DI PERAK


Ust. Idris Hj. Ahmad

Umno Perak terutama Dato’ Zambry ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Dato’ Seri haji Nizar boneka kepada China DAP kerana beri tanah kepada orang China di Perak. Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno/BN kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi Pas/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang melayu kepada bangsa asing.

Ini adalah jawapan kepada Dato’ Zambry dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno, bukan Pas, bukan DAP dan bukan PKR

Fakta yang Dato’ Seri haji Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderkahaka kepada Raja-Raja Melayu.

Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.

Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising fasal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam.

Kalau Umno tuduh Pakatan Rakyat boneka China dan khianat tanah orang Melayu kenapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada 2008 sebanyak 45 ekar. Kalau kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Haji Nizar boneka China sudah tentulah permohonan ini tidak diluluskan. Adakah pemimpin Umno ingat Pak Teh ini China Taiwan sehingga permohonan beliau tidak diluluskan. 12 tahun Pak Teh menunggu kelulusan. Tiba-tiba kerajaan yang kononnya boneka China meluluskan permohonan tersebut walaupun tidak sampai sepuluh bulan memerintah. Manakala Umno yang mendakwa tonggak orang Melayu telah kianat kepada bangsa sendiri walaupun tanah itu untuk kegunaan pondok.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;

22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12)

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

sumber : Blog YB Idham Lim