Wajar kita bersyukur diatas penarikan semula pengantungan 2 akhbar PR serta pembebasan 13 tahanan ISA. Tapi anda semua ingat, itu hanyalah gula2 yang dimainkan oleh Najib selepas menjadi PM. Kita sama2 tunggu tindakan selanjutnya. Maybe dia ingat dengan cara ni masyarakat akan lupa kejahatan yang pernah beliau lakukan......Ingat Najib, PRK ini merupakan ujian pertama kau selaku PM. Nak lihat sokongan rakyat macam mana kita sama2 saksikan....kini sudah sampai masanya KERAjaan BN diajar oleh rakyat...!!
Penggantungan dua akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik serta-merta malam ini dan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut dibebaskan.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walaupun beliau tidak menyebut secara khusus dua akhbar terbabit, tetapi sudah menjadi pengetahuan umum bahawa akhbar PAS dan PKR itu telah digantung sementara penerbitannya sejak 23 Mac lalu.
Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang secara rasmi mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong jam 10.10 pagi tadi, membuat kenyataan sulung itu ke seluruh negara di TV1.
Dalam ucapan sulungnya selama lapan minit sebagai perdana menteri, Najib juga berjanji untuk menyemak semula ISA dalam masa terdekat.
"Proses kajian semula terhadap ISA juga dimulakan," tambahnya.
Pengumuman Najib itu dilihat selari dengan desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini supaya perdana menteri baru itu bertindak lebih demokratik termasuk menarik larangan ke atas dua penerbitan tersebut dan membebaskan tahanan ISA.
Difahamkan, antara tahanan yang akan dibebaskan itu termasuk pemimpin Hindraf dan tahanan yang disyaki anggota Jemaah Islamiah (JI).
Dalam ucapan itu juga Najib berkata, sudah tepat masanya mengambil langkah-langkah sedemikian untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berwajib atas soal keselamatan dan mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah.
"Kementerian Dalam Negeri akan memberi butir-butir selanjutnya selepas ini," tambahnya.
Pengumuman mengejut penarikan semula penggantungan akhbar PAS dan PKR itu dijangka memberi kesan besar ke atas tiga pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di Perak, Kedah dan Sarawak.
Tabloid dwimingguan Harakah dan mingguan Suara Keadilan digantung serta-merta selama tiga bulan mulai 23 Mac - tindakan yang dianggap cuba menghalang keberkesanan kempen dua parti itu dalam pilihanraya di parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai.
"Saya menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga. Saya komited, kepimpinan akan berdiri kukuh untuk menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia, termasuk negara kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan