Ahad, 22 November 2009

SPRM PERLU SIASAT PEMIMPIN UMNO !!!

Jangan kecoh mendesak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) bilamana laporan terhadap kepimpinan UMNO sebelum ini tidak diambil sebarang tindakan.”

Begitulah kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik, ketika mengulas mengenai desakan supaya SPRM menyiasat Mursyidul Am Pas atas dakwaan ditaja pihak tertentu menunaikan haji tahun ini.

Menurut Kamaruddin, mereka tidak perlu mendesak SPRM menyiasat Nik Abdul Aziz tetapi sebaliknya memberi perhatian kepada kepimpinan UMNO yang nyata telah terlibat dalam gejala rasuah, termasuk politik wang.

“Saya sendiri pernah menuntut supaya SPRM menyiasat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, atas dakwaan rasuah pada 18 Mac dulu, tetapi sehingga kini saya masih belum nampak hasil siasatan itu.

“Beliau yang telah dibuktikan terlibat oleh Lembaga Disiplin UMNO pun tidak disiasat mengapa Nik Abdul Aziz yang belum pergi haji sebagaimana yang didakwa perlu disiasat?

“Tidak perlulah mana-mana pihak membuat kecoh dan mendesak SPRM menjalankan siasatan kerana kalau hendak siasat, siasat dulu kepimpinan (UMNO) yang terbukti pembabitan mereka,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak supaya siasatan dijalankan ke atas Nik Abdul Aziz.

Memorandum setebal lapan muka surat itu dibuat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Sapian, dan diserahkan kepada Penolong Penguasa SPRM negeri, Muhamad Hafiz Hamzah

SUMBER : Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka

Tiada ulasan: