Memaparkan catatan dengan label Ir NIzar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ir NIzar. Papar semua catatan

Jumaat, 3 April 2009

NIZAR MAHU ZAMBRY MAMAK BUKTIKAN KESAHIHANNYA SEBAGAI MB


Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini hari ini menetapkan esok bagi mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung usaha mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding mencabar perlantikan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim berkata dalam kes permohonan semakan kehakiman itu, isu pertama yang perlu diputuskan ialah sama ada kebenaran untuk memulakan prosiding tersebut boleh diberikan kepada pihak pemohon, Mohammad Nizar.

Beliau kemudian memerintahkan peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, bagi pihak Peguam Negara, untuk berhujah mengenai isu itu pada pukul 2.30 petang esok.

Permohonan semakan kehakiman itu telah didengar semula di Mahkamah Tinggi setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Mac lalu menetapkan bahawa isu mengenai takrif Perkara 16 (6) Undang-undang tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan perkara itu hanya boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan menerusi rayuan.

Panel lima hakim itu mengarahkan agar kes tersebut dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan, selain turut mengetepikan semua perintah Mahkamah Rayuan pada 20 Mac.

Abdul Aziz, yang baru bertukar hari ini ke mahkamah itu dari Mahkamah Tinggi di Sarawak, merupakan hakim (Mahkamah Tinggi) ketiga yang mendengar kes itu, sebelum Pesuruhjaya Mohamad Ariff Md Yusof, yang telah memutuskan untuk menarik diri, dan Hakim Lau Bee Lan, yang telah mengarahkan supaya kes itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Dalam prosiding pagi tadi, Kamaluddin memberitahu mahkamah, pihak Peguam Negara akan membantah permohonan Mohammad Nizar untuk mendapatkan kebenaran itu.

“Mahkamah Persekutuan telah meletakkan status quo dalam kes ini, oleh itu jika permohonan ini diteruskan, kami perlu membantah supaya kebenaran (untuk memulakan prosiding) tidak diberikan,” katanya.

“Saya mohon satu penangguhan kerana notis bantahan belum diserahkan lagi, saya perlu masa untuk meneliti alasan (bantahan) pihak Peguam Negara,” balas Sulaiman.

“Saya bercadang supaya perbicaraan kes ini dibuat selewat-lewatnya minggu depan. Kalau esok kita boleh mendengar hujahan permohonan mendapatkan kebenaran, hari Jumaat saya boleh berikan keputusan. Jika kebenaran diberikan, perbicaraan boleh dibuat minggu hadapan.

“Saya yakin Datuk Kamaluddin dan tuan Haji Sulaiman mempunyai banyak pengalaman, dan dengan dibantu rakanrakan lain, boleh menjalankan hujahan ini dalam masa satu hari (esok),” kata Abdul Aziz, yang mengarahkan supaya Kamaluddin menyerahkan hujahan bantahan bertulis mereka ke mahkamah dan satu salinan kepada pemohon hari ini.

Pada 13 Feb, Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memohon diadakan semakan kehakiman bagi mengisytihar dirinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan untuk mendapatkan injunksi melarang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.

Beliau juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang undang Tubuh Negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan jika:

i) Menteri Besar telah memberi nasihat kepada Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri;ii) Tidak berlaku pembubaran dewan;iii) Tidak ada undi tidak percaya terhadapnya di dewan undangan negeri;iv) Tidak berlaku peletakan jawatan oleh beliau.

Mohammad Nizar juga mahu supaya Zambry membuktikan kesahihannya sebagai Menteri Besar.

Khamis, 2 April 2009

50 TAHUN PENTADBIRAN UMNO DAN BN, RAKYAT MASIH LAGI BERGELAP DAN MINUM AIR HUJAN DI BUKIT GANTANG


Sikap hipokrit dan diskriminasi Umno dan Barisan Nasional yang berlandaskan perkauman yang tebal hari ini didedahkan kepada dunia apabila calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana penduduk sebuah pulau dalam kawasan parlimen tersebut diabaikan serta dinafikan hak menikmati kemudahan asas sejak lebih 50 tahun di bawah pemerintahan Umno dan BN.

Sambil menyifatkan Pulau Pasir Putih yang terletak kira-kira 11 kilometer dari Pekan Sungai Kerang di Trong, Taiping sebagai Lost World atau Dunia Terasing, Nizar melahirkan rasa terkejutnya penduduk yang rata-ratanya masyarakat Cina Hokkien terpaksa bergelap dan meminum air tadahan hujan selama lebih lima abad.

"Kita mampu membina Litar F1 Sepang yang menelan belanja lebih 300 juta ringit dan digunakan hanya tiga kali setahun dan kita landasan keretapi berkembar dari Ipoh ke utara.
"Kenapa pula kita tidak membantu masyarakat di Pasir Hitam hanya kerana mereka berbangsa Cina. Ini adalah satu bentuk diskrimasi dan perkauman yang tidak lagi boleh diterima oleh mana-mana rakyat Malaysia," kata Nizar dalam ucapan ringkas yang disampaikan kepada penduduk di pulau tersebut.

Ahli Dewan Undangan Pasir Panjang itu sempat beramah mesra dengan penduduk tempatan dalam siri lawatan beliau semasa kempen PRK Bukit Gantang.

Beliau yang tiba dengan bot yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke jeti Pulau Pasir Putih disambut meriah masyarakat China di situ yang mahukan perubahan besar dilakukan oleh Nizar sekiranya dipilih mewakili Bukit Gantang.

"Umno dan Barisan Nasional telah gagal memperjuangkan nasib penduduk Pasir Hitam selama 50 tahun. Saya berharap pada 7 April nanti seluruh masyarakat Cina di sini akan mengundi calon Pakatan Rakyat supaya isu pengabaian dan diskriminasi ini boleh saya ketengahkan pada peringkat parlimen.

"Penduduk Pasir Hitam berhak menerima pembangunan yang setimpal seperti rakyat Malaysia yang lain," tegas beliau lagi.

Selasa, 31 Mac 2009

IR NIZAR SEPATUTNYA SAMAN MENTERI HARAM JADAH SI ZAMBRY MAMAK

Perkara asas yang perlu kita tahu dan hafal ketika PRK059 ini ialah,

Senarai calon pilihan raya kecil Bukit Gantang

1) Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)
2) Ismail Safian (BN)
3) Kamarul Ramizu Idris (Bebas)

Hari ini, UMNO telah menggunakan jentera Media mereka yang terdiri daripada Berita Harian. Berita Harian melaporkan,

"Calon Pakatan Rakyat (PR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencatatkan pekerjaan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, bukan Menteri Besar Perak dalam borang pencalonan.

Tindakan beliau itu menimbul persoalan berhubung dakwaan beliau sebelum ini yang mengaku sebagai Menteri Besar Perak yang sah bukannya, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang dilantik Sultan Perak."

Adakah UMNO CELAKA ini masih tidak sedar yang Menteri Besar Haram Jadah Zambry masih lagi merayu kepada rakyat Perak untuk terima beliau? Ataupun masih lagi belum sedar, Zambry masih lagi tidak diterima rakyat.

Berita Harian juga melaporkan,


"Lebih memalukan apabila Mohammad Nizar sanggup merampas dan mengambil alih program solat hajat serta majlis bacaan Yassin yang dikendalikan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, malam tadi."


Di atas merupakan laporan Berita Harian, Isnin 30 Mac 2009, sila dapatkannya jika tidak percaya.

Saya mencadangkan supaya Ir Nizar saman Menteri Besar Haram Jadah Zambry atas kenyataannya di dalam Berita Harian, kenyataan MB Haram Jadah itu ialah,

"Dia bertindak keterlaluan apabila meminta mikrofon daripada imam dan cuba adakan ceramah..." - Zambry Abdul Kadir


Saman fitnah boleh dibuat kepada Menteri Besar Haram Jadah tersebut jika Ir Nizar mahu.

Ir Nizar telah membuat kenyataan rasmi di blognya, sila ikuti kenyataan rasmi beliau - SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB

UMNO sudah ketandusan isu, akan tetapi mereka ini akan menggunakan segala cara untuk menghalal segala tindakan jahat mereka. Memang CELAKA UMNO!

Mapuh UMNO!

Artikel ini juga patut dibaca -

Imam akui jemput nizar
UMNO sendiri tidak yakin Zambry MB Perak yang SAH

DI CILOK DARI BLOG : Peraknews

Khamis, 26 Mac 2009

PRO DAN KONTRA NIZAR SEBAGAI CALON DI BUKIT GANTANG

Saya bukan menidakkan pandangan individu atau mana-mana pimpinan tetapi dalam isu ini saya sependapat dengan idola saya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Walaupun beliau tidak menyatakan secara terperinci, maklumat yang saya perolehi daripada blogger Panglima Tengku 7 boleh dibuat rujukan. Dalam isu ini ia ada pro dan kontra yang perlu kita renungi bersama kerana UMNO dan Barisan Nasional sentiasa bersedia untukmenggerakkan jentera saraf mereka dalam usaha menjatuhkan PAS di Bukit Gantang. Sila baca kebaikan dan keburukan yang saya nyatakan disini..

Kebaikan

1. Akan menaikkan sokongan ke atas PR lebih-lebih lagi dengan isu rampasan kuasa secara haram oleh UMNO & BN.
2. Memungkin PR menang dalam pilihanraya kecil ini.

Di antara keburukan jika mencalonkan DS Nizar bertanding di Bukit Gantang.

1. UMNO akan menngunakan isu derhaka terhadap beliau dengan menggunakan apa jua saluran media.
2. Sekiranya beliau kalah maka UMNO & BN akan memanipulasikan kekalahan PR ini dengan isu Tumbangnya Kerajaan PR di Perak. Sedangkan Kerajaan yang ditubuhkan oleh UMNO di Perak sendiri adalah Kerajaan Haram.
3. UMNO menggunakan isu ini dan memaksa DS Nizar meletakkan jawatannya sebagai MB sebagai jawapan kekalahan PR di Bukit Gantang. Sedangkan beliau masih MB yang sah yang dipilih oleh Rakyat.

Mengikut perkiraan, moleklah sekiranya calon Parlimen Bukit Gantang dipilih selain dari DS Nizar. Apa pun rakyat Perak akan memilih Parti berbanding calon untuk pilihanraya kali ini. Tetapi saya yakin pucuk pimpinan PAS Pusat tentunya ada alasannya yang tersendiri dengan meletakkan Dato Seri Ir Nizar sebagai calon PAS di bukitGantang. Bagi saya, tidak kira siapa calonnya yang penting insya-Allah saya akan hadir bersama sahabat2 saya dalam membantu jentera PAS di Bukit Gantang pada minggu hadapan. Bagi saya calon yang terbaik adalah bonus bagi kemenangan di Bukit Gantang.