Isnin, 22 September 2008

Harap YB Teresa Mohon Maaf Kepada Golongan Miskin Di Malaysia - Malaysiakini

Saya bukan nak membangkitkan masalah perkauman di dalam blog ini. Bagi saya jika sesuatu perkara tidak betul maka ia perlu diperbetulkan coz kita kena ketahui bahawa sebagai hamba Allah kita tak lari dari melakukan kesilapan.

Dalam kes ini saya kurang senang dengan kenyataan yang keluar dari mulut YB Teresa Kok. Semua sedia maklum yang YB Teresa baru sahaja dibebaskan dari tahanan ISA selepas ditahan selama seminggu. Semasa didalam tahanan beliau Ahli parlimen Seputeh itu juga mendakwa,
dijamu "seperti makanan anjing" - dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari pada waktu makan tengah hari dan makan malam

Dalam hal sebegini saya harap YB Teresa menarik balik semula kenyataan beliau dimana kenyataan beliau seolah-olah menghina dan merendah-rendahkan makanan golongan miskin. Saya faham status YB Teresa yang mungkin tidak pernah merasai makanan sebegitu tetapi apabila beliau melabelkan makanan tersebut seperti makanan anjing ia sedikit sebanyak telah mengguris perasaan dan hati bagi mereka yang tidak hidup semewahnya.

Alangkah sedihnya yang bersuara merupakan seorang YB yang dikatakan hendak membela nasib rakyat. Bagaimana beliau mahu membela nasib rakyat sedangkan ujian sebegini (makanan) beliau sudah gagal. Bagi saya dengan makanan dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari masih boleh dianggap mewah. Bagaimana dengan nasib orang miskin yang hanya mengalas perut dengan memakan nasi berlaukkan kicap sahaja bahkan ada yang makan nasi sehari sekali dan berlaukkan garam ?? Sepatutnya dalam situasi sebegini YB Teresa dapat lebih menghayati masalah sebenar rakyat di Malaysia terutama bagi mereka yang miskin. Moga YB Teresa sedar akan ketelanjuran kata beliau dan saya sekali lagi memohon YB Teresa menarik balik kenyataan beliau yang berbaur penghinaan kepada golongan miskin dan meminta maaf kepada mereka...

silembiks :
ramai blogger2 marah dengan kenyataan YB Teresa ( antaranya Pak Bakaq , Perisik Rakyat , Sebol )tetapi saya pelik dengan Bro. Sofi kenapa terlalu sangat membela YB Teresa sedangkan beliau dah terang2 menghina orang miskin...Ada juga saya komen dalam ruangan komen diblog beliau "tapi tiada reapon dari beliau...."

Tiada ulasan: