Selasa, 23 September 2008

Pak Lah Mampu Membawa Perubahan - Malaysiakini


1.Politik dalam Negara masih terus membara dan ianya banyak berkisar kepada pemilihan UMNO.

2.Ramai orang memberi pandangan agar masalah UMNO adalah masalah mereka dan kita jangan masuk campur.

3.Saya boleh terima pandangan itu kalau yang rosak itu hanya UMNO. Tapi UMNO adalah penguasa, wang yang mereka belanjakan ada kalanya wang rakyat, cara mereka berpolitik juga memberi kesan pada kestabilan Negara.

4.Hari ini ramai orang menjangkakan Pak Lah akan kecundang kerana desakan akar umbi kononnya. Suara-suara MT dan Tan Sri Muhyiddin seolah-olah membenarkan lagi bahawa Pak Lah sudah tidak punya sokongan.

5.Menyedari permainan itu, semalam Pak Lah memulakan langkah pertama, melantik Shahidan Kasim selaku penasihat NCER. Kelantan dan Pulau Pinang mulakan gendang sokongan pada Pak Lah.

6.Baru dua negeri sokong, Najib terus membisu, Muhyiddin dah mula kendur balik. Kenyataan Muhyiddin semalam bahawa beliau kembali menyerahkan peralihan kuasa kepada Pak Lah. Muhyiddin berpolitik sorong tarik. Sorong bila Dr Mahathir memberikan sokongan untuk kembali kepada UMNO. Tarik bila beliau melihat Dr Mahathir masih tunggu dan lihat.

7.Umno parti keramat. Orang yang paling kerap mengungkapkan kata-kata ini ini adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam. Tapi Datuk Ali lupa bahawa diMelaka banyak benda yang bermula dengan keramat, kemudian menjadi tahyul, akhirnya menjadi syirik. Pulau besar sebagai buktinya. Sebab itu Datuk Ali kena hati-hati dengan kalimah itu.

8.Walau apapun pandangan, saya tetap yakin bahawa Pak Lah akan kekal sebagai Presiden UMNO Disember ini. Perdana Menteri, itu belum pasti. Ramai pemimpin UMNO sebut bahawa mereka taat pada Parti bukan pada individu. Itu ungkapan politik. Yang pasti, UMNO telah dididik supaya taat kepada kuasa dan yang berkuasa. Dr Mahathir dipinggirkan bukan kerana beliau meninggalkan UMNO, masa dalam UMNO pun Dr Mahathir sudah ditinggalkan. Puncanya kerana tiada kuasa. Walaupun wawasan beliau menjangkau 2020, tanpa kuasa ianya hanya menjangkau 2004.

9.Pak Lah pun begitu. Ramai yang suruh beliau berundur. Bila Pulau Pinang dan Kelantan mula memberi sokongan maka beliau dilihat masih kuat.

10.Kekuatan dan kudrat Pak Lah hari ini adalah amat diperlukan. Kerana politik Pak Lah mampu menghancurkan UMNO dan BN.


sumber : Adly Zahari

Tiada ulasan: