Jumaat, 26 September 2008

Pak Lah Di Ambang Kejatuhan - Malaysiakini


Dah nak hampir waktu berbuka saya dikejutkan dengan satu sms yang berbunyi 'pemilihan UMNO yang pada asalnya akan diadakan pada bulan Disember kemungkinan akan ditunda ke tahun depan'. Begitulah bunyinya, bagi mencari kesahihan berita tersebut saya try check dalam harakahdaily dan Malaysiakini.

Terbukti memang ada menyebut tentang isu ini. Bagi saya jika benarlah pemilihan UMNO ditunda ia tentunya bermotifkan politik individu dimana ia berkaitan dengan masa depan politik Pak Lah. Seperti yang diramalkan oleh penganalisa politik, Pak Lah berkemungkinan tidak akan mendapat pencalonan yang secukupnya dari UMNO Bahagian untuk membolehkan beliau bertanding dan mengekalkan jawatan Presiden, tambahan pula ada beberapa bahagian yang terang-terang tidak menyokong Pak Lah sebaliknya mahu mencalonkan Najib dan Muhyiddin bagi jawatan Presiden dan timbalan. Jadi ini antara faktor yang pertama dapat saya berikan disini.

Seterusnya, ia ada bersangkut paut dengan pelan peralihan kuasa. Dalam harakahdaily ada menyebut bahawa esok (26 Sept 08), mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno yang akan diadakan jam 10 pagi dimana mesyuarat tersebut bakal memuktamadkan pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum ini, dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian Umno di Selangor, secara tidak langsung Abdullah diingatkan supaya berundur segera jika ahli-ahli MT tidak sepakat menyokong peralihan kuasa pada pertengahan 2010 seperti yang dikehendaki dan ditetapkan oleh beliau.

Jadi nampaknya masa depan politik Pak Lah sudah semakin kabur dan menantu yang dia harapkan selama ini pun tidak dapat membantu...Jadi, andaikata keputusan mesyuarat UMNO esok memutuskan yang pemilihan UMNO ditunda tahun hadapan bermakna mereka mahu memberi peluang pada Pak Lah meraih sokongan semula kepada ahli2 UMNO peringkat bahagian...Bagi saya, Pak Lah umpama 'kurap' dan perlu di'ubati' dengan segera..Jika puak-puak UMNO tak mencari ubat untuk Pak Lah, alamatnya UMNO yang popular dengan slogan 'Kini dan Selamanya' hanya tinggal kenangan dan bersedia sahajalah untuk ditalkinkan.....

Tiada ulasan: