Jumaat, 2 Januari 2009

MANUSIA MEMANG TIDAK SUKA MENGAMBIL IKHTIBAR - Malaysiakini


Sekurang-kurangnya 61 terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera apabila sebuah kelab malam mewah di sini musnah dalam satu kebakaran lewat malam tadi.

Kebakaran di kelab malam Santika itu berlaku sewaktu ambang sambutan tahun baru dan nahas itu turut mengorbankan beberapa pelancong dari Australia, Jepun, Belanda, Singapura dan Nepal.

Kebanyakan mangsa terbunuh akibat tersedut asap tebal atau lemas kerana dipijak ketika rempuhan untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap polis, Mejar Jeneral Chokchai Deeprasertwit memberitahu, kelab itu hanya mempunyai satu pintu untuk pengunjung manakala satu lagi pintu di bahagian tepi dikhaskan bagi para pekerja.

Pusat Kecemasan Narenthorn melaporkan, setakat ini kira-kira 61 terbunuh dengan lapan daripadanya terbakar teruk sementara 203 yang lain cedera.

“Kebakaran mungkin berpunca daripada bunga api yang dibawa masuk oleh pengunjung atau mungkin daripada percikan bunga api daripada pertunjukan pentas berhampiran kelab itu,” kata Chokchai.

Sementara itu wakil Bernama di Bangkok melaporkan, pegawai Malaysia dan Thai mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden menjelang ketibaan tahun baru itu.

Sungguhpun butiran kejadian masih tidak lengkap, difahamkan pengunjung kelab malam diberikan bunga api sejurus sebelum tengah malam dan sebaik sahaja dentingan jam menunjukkan bermulanya 2009, bunga api mula dinyalakan di kawasan menari sekali gus mengakibatkan kebakaran besar.

Kelab itu terletak di Ekkamai, iaitu jalan yang popular dengan pengunjung dari luar negara dan masyarakat kelas atasan Thai. Banyak mayat yang rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti dan kebakaran memusnahkan sepenuhnya bangunan terbabit.

Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata, pihak berkuasa Thai telah memaklumkan tentang kematian seorang lelaki warga Singapura dalam kejadian itu.

Dua warga Singapura juga merupakan antara yang cedera dalam kebakaran di kelab malam terkemuka itu dan mereka diberi rawatan kerana kecederaan ringan di sebuah hospital tempatan.

p/s : Kalau di Malaysia, sat je insaf, pastu depa dah start bikin balik......Moga Allah S.W.T bukakan pintu hati mereka..

Tiada ulasan: