Khamis, 1 Januari 2009

BETUL KE RASHID SPR NAK KE MAHKAMAH ?? - Malaysiakini

Bukan niat nak menghina tapi mempelekehkan beliau tetapi itulah hakikatnya. Bekas pengerusi SPR Malaysia, Tan Sri Ra-Shit yang bertindak akan menyaman Pakatan Rakyat ekoran fitnah yang ditaburkan.

Saya terbaca kenyataan oleh YB Hj Salahudin Ayub ( MP Kubang Kerian ) yang membidas kenyataan Rashid dimana beliau berkata "kalau saman, ini bermakna beliau tidak bertanggungjawab kerana dulu membisu ketika kita cuba bawa berbincang isu proses pilihanraya."

Ini antara secebis ayat yang dapat saya keluarkan, berbalik kepada isu penggunaan dakwat kekal untuk PRU 12, Rashid seolah-olah bermain wayang dengan semua pihak sehinggakan SPR telah membazirkan wang rakyat sebanyak RM 1 juta untuk membeli 30 ribu botol dakwat tetapi ia telah dibatalkan penggunaannya ekoran alasan bodoh yang dikeluarkan. Kata beliau "laporan keselamatan tersebut mendedahkan bahawa terdapat pihak tertentu di Malaysia yang telah membeli dakwat tersebut di luar negara."

Banyak lagi kalau mahu dibangkitkan masalah Rashid sepanjang menguruskan PRU di Malaysia. Tak mampu saya memuntahkannya. Jika benar Rashid betul, kenapa BERSIH mengadakan himpunan kuning pada bulan Nov 2007, bahkan BERSIH mengalu-alukan dan juga mencabar Rashid agar mengheret kes beliau ke mahkamah.. Nak kupas lagi...xmampu rasanya..banyak sangat 'kejahatan' yang dibawa oleh beliau..tak aman beliau nak rehat nanti..almaklumlah, dah pencen..

p/s : Saya menunggu tindakan selanjutnya....

Tiada ulasan: