Khamis, 1 Januari 2009

ABDUL WAHID ENDUT CALON PAS UNTUK PRK KUALA TERENGGANU - Malaysiakini


Akhirnya teka teki selama ini terjawab dimana Adun Wakaf Mempelam iaitu YB Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon di dalam PRK di P036 Kuala Terengganu.

Sebagai anak tempatan insya-Allah PAS akan memberikan persaingan yang sengit kepada UMNO dalam usaha meraih kemenengan. YB Wahid merupakan seorang ahli Politik yang sangat berpengalaman dan dikenali ramai bukan sahaja di Terengganu malah diperingkat nasional. Beliau pernah menjadi pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat selain telah beberapa penggal menjadi ADUN Wakaf Mempelam.

Beliau berasal dari keluarga yang terkenal di Kuala Terengganu. Keluarganya merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai wisma sendiri. Wahid sebenarnya sangat digeruni di DUN Terengganu kerana berani berhujah dengan fakta dan isi yang bernas.

Kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, ayuh kita bersama-sama berkempen bagi menjamin kemenangan PAS di dalam PRK Kuala Terengganu ini..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS AKAN KALAH ! TENGOK LAH !