Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka diatas kejayaan melaksanakan salah satu misi dakwah dengan menyebarkan risalah pada malam tahun baru. Mengikut perancangan asal berpandukan maklumat yang diberi, Kerajaan Negeri akan mengadakan konsert di Dataran MBMB tetapi dibatalkan atas alasan ia datangnya dari arahan dari Pak Lah.
Tetapi masalah itu tidak sedikit menggugatkan semangat kami semua dan dengan kerjasama sahabat - sahabat dari Dewan Pemuda PAS Kawasan kami semua duduk berkumpul dan berbincang di Masjid di MITC untuk mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti dakwah. Hasilnya semua bersetuju ke Dataran Pahlawan, Bandar Hilir untuk meneruskan misi ini. Misi dakwah ini diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek. Seramai 35 orang pemuda yang terlibat di dalam misi ini. Selepas mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Kamarudin, semua bergerak menuju ke Banda Hilir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan