Selasa, 30 Disember 2008

TERBUKTI UMNO PARTI HIPOKRIT !!! - Malaysiakini


Tahniah kepada aktivis yang menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi.

Himpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji.

Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan.

Persoalannya, dimanakah pemimpin2 dan penyokong UMNO yang lain ?? Jika di Melaka mereka lebih sibukkan mem[perjuangkan isu babi daripada membela nasib umat Islam di Palestin yang dibedil oleh puak kufar Israel Laknatullah. Bagi saya, UMNO merupakan parti yang hipokrit begitu juga dengan para pemimpinnya. Islam yang mereka canang selama ini hanyalah untuk kepentingan mereka dan bukan untuk kepentingan sejagat. Lihat sahajalah kes hudud mereka antara parti yang begitu kuat menentang perlaksanaan hukum Allah walhal mereka ini semua beragama Islam. Mereka juga sanggup menakutkan non muslim daripada tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan..Kesimpulannya, jika benar UMNO mahukan Islam di Malaysia ini dah lama mereka bawa....

4 ulasan:

~PakKaramu~ berkata...

Selamat menyambut tahun bahu hijrah

bungaraya berkata...

UMNO buat Bank Islam.
UMNO buat Insuran Islam.
UMNO buat LUTH.
UMNO buat Universiti Islam.
Pengendalian Zakat di Malaysia amat tersusun dibanding negara islam yang lain.
UMNO ramai menghantar anak-anak islam Malaysia menimba ilmu keseluruh dunia.
Dan banyak lagi usaha UMNO untuk menjadikan islam bersinar dan begemerlapan di Tanah Melayu ini.
Kenapa tak ikut berdemostrasi bersama PAS itu dianggap tidak memperjuangkan islam? Jangan Dangkal dalam menilai sesama kita.

Tanpa Nama berkata...

saudara bungaraya..
pas hanya menegur mane2 yg kurang di dalam umno...bukan mencaci mereka..setakat buat bank,universiti belum cukup.
laksanakan sepenuhnya pe yg terdapat dalam Al Quran baru betul..umno cume mengambil ape yg menjadi keuntungan pada mereka sahaja..ikut separuh tingal separuh..itulah perangai umno.

Tanpa Nama berkata...

kpd bungaraya ..kalau nak guna Islam,gunalah sepenuhnya..jangan separuh2..kalau nak tahu pusat judi terbesar di asia ada di Malaysia(Genting Highland).