Memaparkan catatan dengan label Umbai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umbai. Papar semua catatan

Ahad, 10 Ogos 2008

Apalah Nasib Kamu Pernu dan Umbai.. - Part 2


Pada posting yang lepas, saya ada menceritakan mengenai jalanraya yang bertampal di Kampung Pernu dan Umbai. Seperti yang dijanjikan saya akan memaparkan keadaan jalan tersebut untuk posting kali ini. Gambar ini saya rakamkan pagi tadi betul2 di selekoh Surau Haji Konel Solok Hujung di Kampung Pernu, Melaka.

Nampak macam ok, tapi bila rakan-rakan melalui jalan tersebut barula rakan-rakan tahu betapa 'adventure'nya jalan tersebut...jadi pengunjung sekalian boleh memikirkan sama ada ia merbahaya atau tidak kepada pengguna jalan tersebut...bak kata Nabil dalam Astro, lu pikirla sendiri..

Nota ~ gambar ini dirakamkan dengan menggunakan Handset Nokia model 6288

Sabtu, 9 Ogos 2008

Apalah Nasib Kamu Pernu dan Umbai..

Sekali sekala layan isu tempatan best jugak. Semua orang tahu yang Melaka ni negeri yang kaya dengan bahan sejarah dan secara automatiknya ramai pelancong yang hadir. Tak percaya ?? jemputlah datang ke Melaka. Tempat yang menjadi tumpuan pelancong, macam biasalah kalau bukan Bandar Hilir.

Untung jadi
Bandar Hilir, dia dipandang, disanjung, dijaga dan dibelai dengan sempurna oleh Kerajaan Negeri Melaka lebih-lebih lagi si ketua mereka, Pak Ali Rustam. Macam-macam kemajuan yang dibikin, selepas gerai orang Melayu dirobohkan dengan memberikan 'beban terlampau' kepada mereka, mereka juga telah meng'upgrade' Padang Pahlawan dan yang terkini dah ada pulak Menara Tamingsari yang boleh berputar macam gasing. Itula untung jadi Bandar Hilir, tetapi malangnya jika menjadi Pernu dan Umbai, mereka mendapat layanan yang boleh diungkapkan sebagai langit ngan bumi.

Rasanya semua orang tahu yang kedua-dua tempat ini popular dengan keenakan makanan ikan bakar, tetapi kalau tempat makan jer diberi keperihatinan sebaliknya jalanraya di dua kawasan tersebut seperti dilanda bom atom..apa pula ceritanya...Dimana keperihatinan
wakil rakyat yang diundi oleh penduduk umno di dun berkenaan..dah kena sindrom tidur Pak Lah atau dah pergi makan angin..Takkan satu 'komplen' pun tak de...Jangan asyik sibukkan merasmi program sana sini..Taulah sekarang pemilihan UMNO dah dekat tapi kebajikan rakyat janganlah diabaikan juga.

Saya antara pengguna utama laluan dari Umbai ke Melaka....bila menyusuri kampung Umbai dan Pernu tak dapat hendak saya katakan....Entah berapa kali toyor motorsikal saya bocor akibat lubang yang ditampal dengan tidak sempurna..Rem motor tak payah la nak kata..Saya akui memang ada yang sependapat dengan saya dan yang tak sependapat tu terpulangla..mungkin dia diantara orang-orang yang mendapat subsidi tayar dan rem motorsikal.

Harapan saya minta YB di Dun berkenaan tolongla ambil berat masalah ini. Lubang yang digali dan ditampal dengan tidak sempurna bukan sekadar mengakibatkan tayar saje bocor bahkan boleh mengundang kepada kecelakaan yang lebih dari itu. Harap dapatlah ambil tindakan. Saya sebagai rakyat hanya mampu mengeluh...jadi sendiri pikirla..

p/s : Gambar jalan Umbai Pernu akan saya paparkan esok di dalam blog ini sebagai tatapan umum....lebih hebat dari Litar formula one di Sepang serta memberikan cabaran kepada mat-mat rempat yang suka merempit