Memaparkan catatan dengan label imbuhan RM 1 juta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label imbuhan RM 1 juta. Papar semua catatan

Ahad, 10 Ogos 2008

RM 1 Juta Untuk Emas Olimpik : Sikit Jer tu, Kata Najib

Dari dulu saya ingin mengemukakan pandangan tapi tiada kesempatan sehinggalah sukan Olimpik sudah masuk hari ke 2. Bukan saya cemburu kepada 'bakal' pemenang pingat emas olimpik dan saya tahu mereka berkorban dan menaikkan nama sukan Malaysia dipersada dunia. Mengikut kata Najib Altantuya KERAjaan akan memberikan ganjaran sebanyak RM 1 juta berserta bayaran pencen yang berjumlah RM 5,000 sebulan kepada atlet yang berjaya memenangi pingat emas pertama dalam sukan Olimpik.

Mana perginya slogan keramat kamu 'UBAH CARA HIDUP' wahai
Najib Altantuya . Saat rakyat dibebani dengan kenaikan harga minyak kamu cuba meraih populariti dikalangan atlet dengan mengumumkan skim ini. Kenapa dalam bab menjaga kebajikan masyarakat tidak pula kamu mengumumkan skim ini terutama bagi rakyat yang benar-benar memerlukan. Dalam rancangan Bersamamu yang dibawakan khas oleh TV3 suku pun ada menceritakan kesusahan rakyat Malaysia yang menderita serta dibebani dengan masalah kehidupan. Ini semua realiti dan bukannya fantasi.

Sempat jugalah saya jengah didalam
forum di web TV3 suku. Rata-rata mereka tidak bersetuju malahan ada diantara mereka mencadangkan agar KERAjaan tumpukan pada projek pembangunan dan kemudahan struktur. Tu hah, MRR2 dah retak lagi, masih mahu membazir lagi ker ??

Ringkas saja dari saya, sebanyak mana wang ditaburkan kepada para atlet yang mewakili negara tetapi jika tiada semangat perjuangan di dalam diri mereka dan hanya memikirkan habuan semata-mata elok tak payah mewakili negara. Malaysia masih belum mampu melahirkan atlet seperti
Datuk Dr Mani Jegathesan , Allahyarham Mokhtar Dahari , Pasukan Hoki Lelaki Malaysia yang menduduki no.4 dalam Piala Dunia dan atlet-atlt sekitar tahun 70-80 an. Mereka inilah yang wajar dicontohi. Tanpa ganjaran yang besar mereka mampu meraih kejayaan yang cemerlang di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa. Jadi, renung-renungkanlah...

INFO
Kenaikan Imbuhan Olimpik


Individu

Emas: RM1 Juta (RM160,000)
Perak: RM300,000 (RM80,000)
Gangsa: RM100,000 (RM40,000)


Berpasukan (lebih daripada enam)

Emas: RM150,000 setiap seorang
Perak: RM40,000 setiap seorang
Gangsa: RM20,000 setiap seorang


Si Lembik ~ tak membantah tapi menasihat..renung-renung dan berfikirla..Masing2 Allah sudah kurniakan akal untuk berfikir