Isnin, 30 Mac 2009

PRK BUKIT SELAMBAU : BILA MASA BN MENJADI PARTI PEMBELA RAKYAT ??

Ketua Wanita UMNO Malaysia yang baru dilantik tidak sampai tempoh matang telah bersuara bahawa calon parti itu mewakili kerajaan mempunyai rekod cemerlang sepanjang memerintah negara ini sejak selepas merdeka lagi.

Lawak dipagi hari, jika kenyataan tersebut keluar dari pimpinan UMNO sejuta kali aku tidak akan mempercayainya. Persoalan yang ingin saya timbulkan disini, jika lebih 50 tahun memerintah sudah pasti masalah kemiskinan yang melanda masyarakat di Malaysia sudah hampir berjaya diatasi atau nasib bangsa Melayu serta bumiputera sudah terbela hingga kini. Jika hendak disembangkan isu pembangunan, ianya sudah menjadi tanggungjawab mana2 pemerintah untuk melaksanakannya jika sesebuah kerajaan mentadbir. Itu dari segi pembelaan rakyat dan bagaimana UMNO dan BN berusaha membanteras gejala keruntuhan akhlak dan murtad yang semakin serius melanda umat Islam dikala ini dan bagaimana UMNO dan BN mahu menghakis gejala rasuah yang sudah sebati dalam kehidupan mereka yang sudah lebih daripada 50 tahun ???

Jadi jawapannya mudah sahaja, UMNO dan BN sebenarnya bukan parti yang membela rakyat. Ucapan Shahrizat tadi hanyalah omong-omong kosong sahaja bahkan hakikatnya UMNO dan BN lah penindas kepada rakyat di Malaysia...Tak percaya ker?? Lu try cari maklumat selain dari Utusan, Berita Harian @ blog UMNO. Insya-Allah ada akan bertemu dengan jawapan yang dicari...

p/s : UMNO dan BN membantu rakyat bila time PRK sahaja...oleh itu jika anda mahukan segala kemudahan infrastruktur, banyakkanlah berdoa agar ramai lagi wakil rakyat BN yang meninggal dunia...

Tiada ulasan: