Selasa, 31 Mac 2009

LAGI PEKERJA HILANG KERJA...JOM BANTU NIZAR DI BUKIT GANTANG

Masalah ekonomi global telah memberikan satu gelombang yang besar kepada rakyat di Malaysia khususnya bagi mereka yang bekerja di sektor industri perkilangan. 2 minggu lepas saya dimaklumkan oleh sahabat saya sebuah kilang yang belum sampai setahun bermastautin di Senai Johor sudah bangkrap dan semua pekerja diarahkan berhenti dengan serta merta.

Untuk berita terkini pula, Sebanyak 26,224 orang telah diberhentikan kerja di negara ini sejak 19 Mac, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan hari ini.

Beliau memberitahu Bernama bahawa daripada jumlah itu, sebanyak 12,674 rakyat tempatan dan 6,651 warga asing diberhentikan kerja begitu sahaja, manakala selebihnya ditawarkan skim pemisahan sukarela (VSS).

Dalam kerajaan menyarankan agar khidmat pekerja asing dimansuhkan tetapi masih lagi ada majikan yang mengambil mereka. Sepatutnya dalam situasi yang melanda kerajaan bukan hanya membebel sebaliknya turun serta memantau masalah yang berlaku. Jika tidak masalah sebegini akan berterusan dan yang menjadi mangsa adalah rakyat tempatan sendiri. Ini bukan soal mereka pilih pekerjaan tetapi dalam situasi sebegini mereka tetap akan menerima apa jua kerja asalkan ia tidak mencuri. Jadi pihak yang bertanggungjawab kena bekerja keras dalam menangani masalah ini dan sepatutnya sudah ada plan susulan apabila berdepan dengan situasi sebegini

Tiada ulasan: