Rabu, 1 April 2009

TIADA SATU PUN JASA UMNO YANG BOLEH KITA BANGGAKAN


Hari ni 31 Mac adalah ulangtahun perletakan batu asas hotel genting,kasinonya dll iaitu pada 31Mac 1969.Pengerusi Genting Highlands Bhd ketika itu arwah Tan Sri Mohamed Noah yang juga datuk kepada Najib dan Hishamuddin.

Inilah sumbangan UMNO untuk Melayu beragama Islam iaitu kasino terbesar di Asia Tenggara.Tak sampai 2 Bulan lepas perletakan batu asas tu berlaku trajedi 13 Mei 1969.

Tak semua Melayu tahu tapi tak ramai melayu yang cerdik tinggal dalam UMNO.Tok tak mahu jadi Melayu bodoh yang mengharapkan sesuap nasi daripada UMNO dan pertahankan setiap tindakan UMNO biarpun salah.

Hishamudin pulak gagal dalam peranannya sebagai Menteri Pelajaran.Anaknya belajar kat sekolah antarabangsa satu hal.Kejayaan nik nor madihah menjadi pelajar terbaik SPM 2008 dengan mendapat 20A tamparan hebat buat Hisham.Madihah bersekolah di sekolah men keb maahad muhammadi(P) yang di bawah kelolaan Yayasan Islam kelantan(YIK).Kira kategori sekolah agama rakyat.Ada kementerian pelajaran umumkan dia atau beri anugerah kepada madihahnya.kejayaannya telah mengalahkan semua sekolah berasrama penuh dan MRSM.Patut Kementerian Pelajaran mengambil modul pengajaran dan pembelajaran daripada Sek Men Maahda Muhammadi(P)ini untuk diprakikkan ke seluruh sekolah menengah di bawah kelolaan kementerian pelajaran.

Begitu juga dengan bantahan PPSMI oleh GMP yang diketuai oleh sasterawan negara datuk A. samad Said dan datuk Dr Hassan Ahmad.Bila tokoh bahasa dah turun ke padang dan menyertai demonstrasi membantah PPSMI,Hishamudin masih mempertahankan egonya.Biarpun UMNO Johor dan wanita UMNO juga menyokong usul membantah PPSMI tapi hishamudin tetap menang.Nampak sangat UMNO tak perjuangkan bahasa Melayu.

Tentang cadangan Hishamudin agar guru dibenarkan berpolitik sebenarnya untuk menutup kelemahannya yang membiarkan Kementerian Pelajaran,JPN dan PPD dikuasai orang UMNO dan sering menghukum guru-guru yang menyokong pembangkang dengan menghantar mereka ke pedalaman biarpun mereka tergolong guru cemerlang.

Pegaai khas Hishamudin sendiri ialah pengarah JPn Pahang,Datuk Azmi yang juga merupakan bekas setiausaha UMNO Bahagian Pekan yang diterajui sepupunya Najib.

Kepada semua pengundi Melayu yang beragama Islam jika anda mengundi Pakatan rakyat bermakna anda menolak kepimpinan Najib sebagai PM yang akan membawa negara kita semula ke era Mahathir sebagai PM yang penuh dengan autoritarian dengan penindasan.Mengundi BN bermakna bersetuju Najib jadi PM biarpun satu dunia suda tahu perihal kes Altantunya. Dalam aljazeera turut disiarkan selain akhbar di Perancis,India,Korea,indonesia, Australia dan lain-lain.

LAGI di Politik Banjar

Tiada ulasan: