Selasa, 31 Mac 2009

WALAUPUN SEKATAN DIKENAKAN KEPADA HARAKAH DAN SK, NIZAR TETAP MARA...

Orang yang gila jawatan mana mahu letak jawatan mudah-mudah... merapu ni bukan macam shahrir... dah tahu ahli Umno sendiri tak suka, tunggu apa lagi... kalau pakatan rakyat tak suka awak lainlah... ini ahli umno sendiri..pegang jawatanpun,buat menyusahkan rakyat saje...

Syed Hamid belum fikir letak jawatan

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata beliau belum memikirkan sama ada mahu meletak jawatan dalam kabinet selepas gagal merebut jawatan Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti Khamis lepas.

Beliau berkata perkara itu terserah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku bakal Perdana Menteri.

“Apa saja keputusan yang hendak dibuat, saya rasa ia tidak harus diheboh-hebohkan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, yang tewas dalam pertandingan merebut kerusi anggota Majlis Tertinggi Umno telah mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan dalam kabinet dengan alasan bahawa kekalahan itu menunjukkan beliau tidak cemerlang dalam tugasnya sebagai seorang menteri.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said, yang juga tewas dalam pemilihan bagi kerusi MT Umno, bagaimanapun tidak berhasrat untuk meletakkan jawatan tetapi menyerahkan kepada Najib untuk menentukan kedudukannya.


Tiada ulasan: