Isnin, 30 Mac 2009

MAINAN POLITIK BN SEBALIK 500 ORANG keADILAN KELUAR PARTI SEMASA PRK DI BUKIT SELAMBAU

Inilah kesannya jika belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris. Menurut sumber dari Bernama bahawa PKR bahagian Jerai hari ini dibubarkan ekoran lebih 500 anggotanya termasuk ketuanya B Kalaivanar keluar daripada parti berkenaan. Berikut adalah sumber yang saya perolehi melalui seorang sahabat yang juga merupakan pemimpin tertinggi pada peringkat negeri dan kini bertugas di Bukit Selambau.

Cerita sebenar disebalik spekulasi bodoh dari BN

- B Kalaivanar merupakan manusia yang telah lama keluar PKR dan beliau antara manusia yang sanggup diperkudakan oleh BN dalam PRK kali ini

- Sudah menjadi lumrah dalam setiap kali PRK, mesti diumumkan ahli PKR @ mana-mana parti dari Pakatan Rakyat akan keluar menyertai BN. Untuk kali ini, pembaca sekalian semuanya sudah dikaburi bahawa yang keluar PKR hanyalah tidak lebih 15 orang bukannya 500 orang seperti yang digembar gemburkan oleh media pro KERAjaan. Nampaknya satu usaha kerajaan dalam memperkenalkan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Matematik sudah menemui kegagalan akibat kebodohan melampau penyokong BN serta penulis dari akhbar pro KERAjaan dalam melaksanakan pengiraan.

Jadi, you all bole fikir sendiri. 2 perkara yang berjaya dikesan sudah membuktikan kegagalan BN dalam PRK di Bukit Selambau iaitu gagalnya penggunaan BI dalam Matematik dan yang kedua cerita lapuk parti BN yang sudah tidak berkesan walaupun media mereka kuasai...

Tiada ulasan: