Sabtu, 30 Ogos 2008

Merdekakah kita ???


Esok ( 31 Ogos ) kita semua akan menyambut ulangtahun kemerdekaan Negara buat kali ke 51. Bersyukurlah kerana negara kita bebas daripada cengkaman penjajah sejak kedatangan Portugis di Melaka.

Walaupun kita bebas dari cengkaman penjajah hakikatnya pemikiran sebilangan masyarakat dan pemimpin masih lagi dijajah. Budaya barat semakin menjadi ikutan masyarakat Malaysia kini. Kenapa ?? lihat sahaja apa yang saya nyatakan dibawah ini.

- kita merdeka tetapi gejala maksiat semakin berleluasa
- kita merdeka tetapi jenayah semakin meningkat
- kita merdeka tetapi jenayah rogol makin meningkat
- kita merdeka tetapi rasuah semakin berleluasa

- kita merdeka tetapi yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin

- kita merdeka tetapi murtad tidak dapat dibendung, walaupun dikatakan Malaysia ini sebagai Negara Islam

- kita merdeka tetapi polis menjadi kuda tunggangan parti memerintah

Inilah antara sebahagian yang dapat saya nyatakan, selebihnya pengunjung sekalian boleh menambahnya. Percaya atau tidak terpulang pembaca membuat penilaian tetapi inilah hakikat yang kita dapat saksikan. Sampai bila perkara ini akan berterusan, hanya kalian yang dapat menjawabnya..kerana kitalah yang bertanggungjawab memilih pemimpin yang mencorakkan pentadbiran negara ini..

Persoalan dari saya, adakah masih dinamakan 'merdeka' jika setiap malam diambang tarikh ulangtahun kemerdekaan 31 Ogos kita disajikan dengan lagu-lagu, konsert-konsert serta aktiviti tidak bermoral dikalangan mat rempit serta pasangan kekasih yang mengambil peluang memadu asmara..jawab, jangan tak jawab..

silembiks : selamat menyambut ulantgtahun kemerdekaan yang ke 51

3 ulasan:

Ibnu Mohyeddin berkata...

maknanya tak merdekalagi lah kawan .. ca bagi aku hanya yang berpegang atas dasar islam jer yang merdeka

mek chabang4 berkata...

didunia ini mana ada merdeka sebenarnya terutamanya yang dah berumah tangga semua dalam perhatian.
kawanmu itu bila nak berbini?

Ibnu Mohyeddin berkata...

hehehe.. ada duit dan kerja tetap insya Allah ..