Jumaat, 12 September 2008

Adakah Malaysia Sebuah Negara Yang Aman, Part 2 - Malaysiakini

Baru semalam saya mengeluarkan satu artikel berkaitan dengan keamanan di Malaysia. Artikel yang saya keluar hanya banyak menghuraikan berkenaan isu jenayah yang membabitkan banjiran pendatang asing ke Malaysia.

Di dalam akhbar
Utusan pada hari ini (12 September 2008) telah mengeluarkan cerita yang hampir sama dimana ulasan di Utusan Malaysia berkaitan dengan isu trend jenayah di Malaysia semakin membimbangkan. Jadi bukan saja saya yang bimbang bahkan ramai lagi yang bimbang.

Disini saya hanya dapat memaparkan statistik berkenaan dengan isu kes pecah rumah seperti yang dilaporkan. Mengikut statistik pula, 33,599 kes pecah rumah dilaporkan pada 2007 meningkat 4,727 kes berbanding 28,872 kes pada 2006, manakala sehingga sembilan bulan pertama 2008, polis tidak menolak kemungkinan angkanya akan terus meningkat.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kes pecah rumah, Selangor merekod jumlah tertinggi pada 2007 iaitu 8,798 kes pada 2007 diikuti Kuala Lumpur (3,846 kes), Johor (3,205 kes), Kedah (2,356) dan Sarawak (2,233 kes).

Nampaknya keselamatan di Malaysia semakin membimbangkan dan Polis pula jangan hanya menjadi kuda tunggangan kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Almaklumlah, setiap kali demo ataupun ceramah yang membawa penglibatan kepada Pakatan Rakyat, pihak Polis sentiasa melibatkan diri seolah2 mereka ini penjenayah yang besar dan boleh membawa ancaman kepada negara.

Saya tidak mahu menyalahkan polis 100% dalam hal ini dan tidak semua anggota polis yang setuju apabila dikerahkan untuk kerja-kerja sebegini cuma yang pasti kami mahukan peranan polis adalah terjurus kepada bidang tugas yang sebenar bukannya menjadi hamba kepada mainan politik kerajaan Barisan Nasional. Tetapi malang KPN sanggup menjadi kuda tunggangan kepada kerajaan yang korup.

Dalam menangani masalah ini saya sebenarnya tidak mahu hanya meletakkan tanggungjawab ini sepenuhnya kepada pihak polis tetapi sebaliknya kita sama-sama berusaha membantu menangani masalah sebegini. Kaedah yang macam mana, kita sama-sama fikirkan dan yang pasti apa yang kita mahukan ialah kadar jenayah mesti diturunkan bagi menjamin kehidupan di Malaysia aman dan harmoni...

Isu Azan : Terbukti UMNO Dalangnya - Malaysiakini

Hah sudah terbukti yang UMNO merupakan dalang dalam kes yang membabitkan isu "Penduduk bukan Islam bantah laungan azan". Menurut dari akhbar portal Malaysiakini, penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ seperti mana yang diwar2kan oleh pemimpin UMNO Negeri Selangor.

Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.

Ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar anak-anak mereka belajar pada sebelah malam.

Ini dijelaskan oleh seorang penduduk yang bertanggungjawab menghantar petisyen tersebut bagi pihak penduduk bukan Islam di situ, Steven Ee.

Jadi perkara ini sudah terbukti penjelasannya bahawa UMNO Selangor sememangnya sudah ketandusan isu apatah lagi isu Azan yang cuba dipermainkan mereka bagi menarik pengaruh orang Islam telah menunjukkan kegagalan. Masyarakat sudah pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Lebih 50 tahun hidup dibawah pentadbiran BN semuanya hancur. Masjid dan Surau sebelum ini kurang di'imarah'kan semasa pemerintahan UMNO dan BN, sehinggakan TGNA pun diharamkan menyampaikan kuliah di Negeri tersebut. Ini sudah membuktikan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sememangnya anti pada Islam dan hanya menggunakan Islam sebagai satu alat untuk kepentingan politik mereka.

Oleh itu saya ingatkan kepada rakan-rakan UMNO bahawa jangan sesekali menjadikan isu agama sebagai permainan politik. Jika sebelum ini kamu berkata bahawa PAS yang mempolitikkan agama tetapi sebaliknya kamu sudah menjilat semula ludah kamu. Padan dengan muka kamu wahai pimpinan UMNO Selangor....


Nampak sangat mereka sendiri tak peka dengan masalah penduduk..lain yang dicakap lain yang dibuat..patutla pentadbiran Negeri Selangor dibawah mereka hancur lebur......

Terbukti yang selama ini semua propaganda yang direka oleh UMNO untuk mencetuskan perbalahan diantara Umat Islam dengan non muslim...sepatutnya orang seperti ini yang patut di 'ISA' kan...

Jam Malaysia berdetik Perlahan-lahan ke 16 September! - Malaysiakini

Dihantar dari ruangan komen.....-silembiks

Tick, Tock! Tick, Tock! Tick Tock!

Sementara tu alatganti tambahan dan batteri masih belum mencukupi, jika berhenti. Ada yang cuba percepatkan masanya 15 minit, ada yang nak 30 minit. Tak ada sesiapa pun yang mengerakan ia ke belakang. Hairannya aku? Kebanyakan cuma memerhati jam atas meja dan masanya. Sesetengah cuma memastikan jam tu masih senantiasa bergerak. Sesetengah cuma merenung jam dan tidak pasti ia masih bergerak atau berhenti.

Sesetengah bercadang jam tu tak boleh diharap. Kena ganti dengan jam lain ataupun bawa masuk jam lama. Sekurang-kurangnya jam lama tak tunjuk tarikh dan bulannya.

Ada juga orang bercadang untuk menambahkan jam-jam untuk menentukan masa itu betul. Ada orang bercadang untuk menutup muka jam dengan pelindung matahari supaya cuma kita dapat melihatnya.

Sesetengah bercadang menukarkan angka-angka pada jam supaya tidak semua dapat membaca masanya. Sesetengah bercadang mengeluarkan jarum panjang saat daripada jam. Selepas tu mungkin ada juga yang akan bercadang mengeluarkan jarum panjang minit juga.

Akhir-akhirnya ada orang bercadang, "Mengapa tidak keluarkan jam pendek juga dan tinggalkan cuma tarikh dan bulan untuk dipaparkan.

"Masa itu Emas? Adakah Manusia menentukan Masa dan Takdir?

http://patek1472.wordpress.com

SYABAS tumpukan pada peranan - MB Selangor ~ Malaysiakini

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rakyat Selangor akan terus menikmati bekalan air sebanyak 20 meter padu secara percuma yang dinikmati sekarang dalam jangka masa yang lebih panjang.

Ini berlawanan dengan kenyataan Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail semalam bahawa syarikat itu akan melanjutkan pemberian air percuma itu yang sepatutnya tamat 30 September ini sehingga 31 Disember.

Lanjutan pemberian air percuma itu berikutan persetujuan Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) membuat pembayaran kepada SYABAS bagi bulan Oktober, November dan Disember tahun ini, menurut Rozali.

Sebaliknya Abdul Khalid berkata: "Bukan hanya tahun ini anda akan mendapat air percuma, tetapi untuk jangka masa yang panjang. Jangan bimbang kerana ini hanya merupakan isu kecil. Saya fikir ia tidak relevan bagi sebuah syarikat kecil untuk bercakap mengenai isu kerajaan negeri."

"Adalah lebih baik bagi SYABAS untuk menumpukan perhatian kepada peranannya dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk mengagihkan bekalan air bersih kepada pelangganpelanggannya," kata beliau dalam sidang media selepas mempengersuikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

"Beliau (Rozali) tidak bertanggungjawab dalam semua hal ini, seperti air percuma, semua ini tidak mengenai dengan SYABAS, ia berkaitan kerajaan negeri," tambahnya.

Mengenai status kediaman exco kerajaan negeri di Seksyen 7 di sini yang terbiar tidak dimanfaat selepas kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, Abdul Khalid berkata, ejen hartanah telah dilantik bagi mencari penyewa kepada kediaman berkenaan.

Bila Harga Minyak Mahu Turun ??? - Malaysiakini

Harga minyak mentah dunia jatuh di bawah paras AS$100 (RM346) setong buat pertama kali dalam tempoh lima bulan di London apabila Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sebulat suara memutuskan untuk menurunkan pengeluaran minyak kepada 520,000 tong sehari.

Walau bagaimanapun harga minyak di Malaysia masih lagi menggunakan harga lapuk yang tidak mengikut pasaran semasa. Cuma Perdana Menteri ada menurunkan 15 sen pada Ogos lalu dan dan berjanji 15 sen lagi penghujung tahun ini.

Tak tahulah…Malaysia guna pasaran atau sistem harga minyak yang mana satu hingga susah sangat nak turunkan harga minyak. Masa naik minyak hari tu, para pemimpin Negara sampai ‘berbuih mulut’ mempertahankan bahawa harga minyak dinaikkan kerana harga minyak pasaran dunia meningkat. ( Ketika dinaikkan RM.70 sen untuk petrol dan RM 1 bagi diesel harga pasaran minyak dunia ketika itu melebihi AS $ 130 setong ).

Tetapi bila harga pasaran dunia turun…tak ikut pula… Mungkin harga minyak tak dapat diturunkan disebabkan dah berhabisan-habisan masa pilihanraya kecil Permatang Pauh lalu. Di samping terpaksa menanggung ‘Program Cuti-cuti di Taiwan’ 49 ahli parlimen di Taipei.

sumber dari : Blog Angkasanuri

Retak Menanti Belah - Malaysiakini

Nampaknya, UMNO dah memang tak lama lagi dah di bumi Malaysia...satu persatu cerita yang timbul...Selepas isu Ahmad Ismail kini timbul pula kes Tan Sri Muhyiddin yang menggesa agar isu peralihan kuasa disegerakan....mmm Pak Lah macam biasalah, buat muka seposen untuk meraih simpati...baca artikel dibawah untuk selanjutnya...

Kemelut yang melanda UMNO bertambah meruncing. Terbaru, Pak Lah meluahkan rasa kesal dan terkejut dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan peralihan kuasa 2010 yang disifatkan terlalu perlahan.

"Saya terkejut kerana dia adalah sebahagian daripada ahli Kabinet saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama. Muhyiddin mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah `tenggelam' dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Apa tujuan atau motif Muhyiddin mengeluarkan kenyataan itu tidak diketahui. Mungkinkah Muhyiddin merasakan ini waktu yang terbaik untuk menunjukkan taringnya ? Adakah Muhyiddin termasuk dalam senarai yang akan menyeberang ke Pakatan Rakyat ? Mungkin ini yang dikatakan kejutan yang berlaku pada 16 September nanti.

Apa pun tujuan dan agenda di sebalik kenyataan Muhyiddin in, apa yang pasti masalah yang berlaku dalam UMNO telah memasuki episod baru. Jika sebelum ini wujud suara-suara protes tidak puas hati di peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian kini bertambah parah apabila melibatkan orang nombor tiga dalam UMNO.

Senario ini semakin menghakis kepercayaan orang Melayu kepada UMNO yang dilihat sebelum ini begitu dominan kepada kuasa politik orang Melayu. Apa yang berlaku menunjukkan UMNO terpaksa menghitung dan meratapi nasib yang bakal dilalui pada masa akan datang khususnya dalam tempoh beberapa hari dari sekarang

sumber dari : Blog Angkasanuri

UMNO Pencetus Perbalahan Masyarakat Di Malaysia - Malaysiakini

Dalam saat-saat kehancuran, UMNO mula bermain bermacam-macam isu tanpa memikirkan kesan negatif terhadap perancangan bodoh mereka. Terkini Khir Toyo telah membuat satu kenyataan berhubung dengan isu azan dimana menurut beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh pada 9 September 2008, ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor.

Menurut beliau yang juga bekas Menteri Besar Selangor, ada usaha pihak yang dipercayai didalangi salah sebuah parti yang membentuk kerajaan negeri itu, membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara.

Mmmmm....kenyataan Khir Toyo rupanya lagi hebat jika hendak dibandingkan dengan si Ahmad Ismail, kerana isu Ahmad hanya membabitkan perkauman sebaliknya isu Khir Toyo membabitkan semua Orang Islam di Malaysia. Tak sangka yang UMNO selama ini menolak agama Islam sebagai pegangan kini berusaha menjadi pembela.

Banyak juga pandangan dan info berkenaan dengan isu ini, antaranya merujuk dari blog Puan Nuraflah dimana beliau telah membuat dua perbandingan kenyataan dari Dr Siti Mariah Mahmud dan Dr Khir Toyo .

Tetapi bagi saya, saya lagi suka mengambil tulisan dari YB Teresa Kok berkenaan dengan isu ini. Mungkin anda sendiri dapat menilainya. Klik disini untuk selanjutnya.

Bagi saya, apa jua perkara yang berlaku sekarang ini adalah satu propaganda dari UMNO sendiri. Tambahan kedudukan politik mereka di Malaysia semakin terancam berikutan beberapa MP dari Barisan Nasional akan menyeberangi untuk menyertai Pakatan Rakyat. Tak termasuk lagi kes di Negeri Sembilan yang semakin merunsingkan MB nya, Mohamad Hasan...