Rabu, 27 Ogos 2008

Hilang Sudah Keangkuhan Ali Rustam

Genap sehari PRK Permatang Pauh berlalu dengan kemenangan menjadi milik DSAI dengan menewaskan pencabarnya dari Barisan Nasional, Dato’ Arif Shah Omar Shah dengan majoriti sebanyak 15,524 undi. Calon AKIM pula hanya mendapat 92 undi sahaja.

Jika sebelum ini kita dapat dengar ucapan-ucapan dari Najib Altantuya dan Ali Rustam yang berkeyakinan bahawa BN akan menang di Permatang Pauh walaupun dengan bilangan majoriti yang kecil tetapi kini dia baru sedar penangan sebenar Permatang Pauh. Undi dari BN bukan sahaja merosot sebaliknya PKR pula telah menambahkan bilangan undi kepada 2000 pengundi.

Mungkin
Ali Rustam belum pernah menerima kekalahan sebegini jauh sekali merasai nikmat menjadi pembangkang di Melaka, jadi tak mustahillah jika dia berani mengeluarkan kenyataan yang tidak seberapa cerdik. Bagi saya, elok Ali Rustam cuba belajar selok belok bagaimana caranya mahu menjadi pembangkang yang berjaya, bukan hanya membuat ramalan kosong tanpa membuat 'assigment' dan bila wartawan tanya terus dia hentam keromo menjawab yang BN akan menang.

Saya bukanlah ahli politik full time tetapi ada juga buat assigment berkenaan dengan pilihanraya Permatang Pauh dan saya juga berkeyakinan yang PR akan menang berdasarkan beberapa aspek yang dapat saya lihat pada setiap blog dan email yang rakan-rakan kirimkan. Malang sekali untuk Ali Rustam dan saya rasakan bahawa Ali Rustam belum boleh menjadi ahli nujum yang berjaya dalam membuat ramalan keputusan pilihanraya. Kalau di Melaka tu insya-Allah saya masih boleh lagi meletakkan kepercayaan.
Tapi kalau bab nak kelentong orang Melaka serah sahaja pada dia..Rasanya Ali Rustam memang tak boleh nak pergi jauh dalam politik UMNO dan karier beliau dalam UMNO hanya sekadar Naib Presiden UMNO sahaja dan ia bakal tersungkur dalam pemilihan agung UMNO hujung tahun ini.

Tak percaya, lihatlah sendiri..ini semua gara-gara kegagalan UMNO dalam PRK Permatang Pauh..bukan Pak Lah dan Najib sahaja perlu dihukum, Naib Presiden UMNO juga perlu !!

Selasa, 26 Ogos 2008

TAHNIAH DSAI dan PAKATAN RAKYAT


KEADILAN : 31,195
BARISAN NASIONAL : 15,524
AKIM : 92 (Hilang wang pertaruhan)

ANWAR MENANG DGN MAJORITI 15,671 UNDI

Permatang Pauh : UMNO Terus Kalah dan Kalah.....

TV3 suku dan RTM malam ini gagal menjalankan tanggungjawab dengan sempurna berbanding hari-hari sebelum ini. Almaklumlah selepas penamaan calon mereka yang merupakan medium utama kerajaan selalu memutarkan pelbagai peristiwa dan gejala -ve yang 'konon'nya dilakukan penyokong-penyokong dari Pakatan Rakyat.

Tapi Allah itu maha kaya, kalau dia tidak merestui maka inilah hasilnya, selepas melihat kegagalan calon
Barisan Nasional untuk menewaskan DSAI, TV3 suku dan RTM terus jadi stesen penyalur maklumat yang lembap. Ntahla...maybe mereka sedang menghitung nasib mereka selepas melihat kemenangan besar DSAI kali ini bahkan segala perang saraf yang dimainkan oleh mereka semua menemui kegagalan..Yang pasti Si Najib Altantuya dan si Ali Rustam yang selama ini begitu yakin bahawa kemenangan akan menjadi milik mereka terus senyap dan mungkin malu bukan kepalang diatas kekalahan ini. Ini sedikit sebanyak telah mencacatkan rekod Najib yang sebelum ini telah dicacatkan oleh isu Altantuya yang masih belum settle sampai la ni...

Apa-apahal kita semua saksikan adegan seterusnya yang akan dimainkan oleh muka-muka yang tidak dapat menerima kenyataan berikutan kegagalan mereka kali ini. Kepada
Pakatan Rakyat , harap bersedia akan tindakan selanjutnya dimana mereka dari puak-puak yang zalim akan berusaha merekacipta pelbagai story bagi memastikan Pakatan Rakyat akan berpecah dan berkubur.

Tahniah DSAI dan
Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini. Hasrat untuk membentuk kerajaan Malaysia baru semakin hampir. Moga Allah mempermudahkan segala urusan agar rakyat memperolehi kesejahteraan di bawah kerajaan baru setelah terhimpit dengan segala badi seksaan dari Barisan Nasional !!

Permatang Pauh : Budak Kecik Pun Sokong DSAI dan Pakatan Rakyat



Respek Saya dengan budak-budak ni. Kecik lagi tapi hati sudah terbuka untuk menerima Pakatan Rakyat dan menyokong DSAI yang bertanding dalam PRK di Permatang Pauh . Kesian juga saya kepada golongan pengundi dari saluran 1 sampai 3 yang masih lagi buta hati mereka dengan mengundi UMNO. Moga gambar ini menjadi saksi kepada mereka bahawa UMNO dan BN sudah tidak relevan lagi di Malaysia dan sambutan ulangtahun kemerdekaan ke 51 merupakan ulangtahun 'berkubur'nya UMNO dan BN di Malaysia.


INGAT SEMUA, NEGARA INI BUKAN BN DAN UMNO YANG PUNYA, INI ADALAH NEGARA KITA

Salam Merdeka dan Tahniah Pakatan Rakyat serta DSAI !!! Terima kasih kepada pengundi yang telah mengundi dan khasnya kepada pengundi Pakatan Rakyat !!

sumber gambar : http://emysamsudin.blogspot.com

Keputusan Tidak Rasmi PRK Permatang Pauh


Sumber Dari Laman Marhaen

8.20mlm : Laporan Din Merican dari Pusat Penjumlahan Undi

DS Anwar - 31,949
Arif - 14,297
(Keputusan sebahagian)

26.08.2008 - 8.25 malam

1) Mengkuang

Box 1 : anwar 170 / Arif 115
Box 2 : Anwar 267 /Arif 183
Box 3 : anwar 310 / Arif 136
Box 4 : Anwar 282 / Arif 126

2) Guah Perahu

Box 1 : anwar 136 / Arif 161
Box 2 : Anwar 232 / Arif 236
Box 3 ; Anwar 284 / Arif 176
Box 4 : Anwar 258 / Arif 153

3) Kuala Mengkuang

Box 1 : Anwar 136 / Arif 157
Box 2 : anwar 268 / Arif 274

Box 3 : Anwar 285 / Arif 233
Box 4 : Anwar 291 / Arif 192
Box 5 : Anwar 227 / Arif 206

_____________________________________________


1) Taman Tun Hussein Onn

Box 1 : Anwar 159 / Arif 100
Box 2 : Anwar 320 / Arif 156
Box 3 : Anwar 334 / Arif 131
Box 4 : Anwar 329 / Arif 106

2) Seberang Jaya

Box 1 : Anwar 158 / Arif 97
Box 2 : Anwar 258 / Arif 7
Box 3 : Anwar 335 / Arif 201
Box 4 : Anwar 369 / Arif 141
Box 5 : Anwar 356 / Arif 161

3) JDM 6

Box 1 : Anwar 178 / Arif 78
Box 2 : Anwar 192 / Arif 80
Box 3 : Anwar 179 / Arif 95

4 ) Kg Cross Station 2

Box 1 : Anwar 179 / Arif 29
Box 2 : Anwar 411 / Arif 49
Box 3 : Anwar 441 / Arif 34
Box 4 : anwar 381 / Arif 66

5) Siakap

Box 1 : anwar 358 / Arif 203
Box 2 : anwar 411/ Arif 104
Box 3 : Anwar 369 / Arif 141
Box 4 : Anwar 356 / Arif 156

6) Jalan Tuna

Box 1 : Anwar 163 / Arif 95
Box 2 : Anwar 342 / Arif 193
Box 3 : Anwar 344 / Arif 116
Box 4 : anwar 325 / Arif 145

7) Permatang Pauh

Box 1 : Anwar 314 / Arif 95
Box 2 : anwar 337 / Arif 60

Ahad, 24 Ogos 2008

Permatang Pauh : UMNO Yang Semakin Kelemasan...

Pilihanraya kecil kali ini saya boleh anggapkan pilihanraya yang paling jijik jika dibandingkan dengan pilihanraya kecil yang lepas2. KERAjaan Barisan Nasional menggunakan sepenuh kuasa mereka untuk memastikan agar Permatang Pauh berjaya dirampas dan hasrat DSAI untuk menjadikan Pak Lah sebagai Ketua Pembangkang pertama dari Barisan Nasional hancur berkecai. Bahkan bukan itu saja, BN dan UMNO sanggup membuat apa sahaja helah dan tipu daya bagi memastikan mereka memperolehi kemenangan.

Baru-baru ini saya mengunjungi blog
Puan Emy (Ketua Puteri UMNO Melaka) dimana dalam kenyataan blog beliau bahawa bilik gerakan Puteri UMNO menerima ancaman bom. Disini saya saya cuma nak letakkan 2 perkara kenapa perkara ini berlaku :-

1. Agenda Perang saraf yang dilakukan oleh puak-puak UMNO bagi memburukkan Pakatan Rakyat terutama PKR yang mempertaruhkan DSAI sebagai calon dalam PRK Permatang Pauh
2. Langkah terakhir untuk meraih sokongan penduduk setempat kerana mereka sudah mengetahui kegagalan mereka dalam pilihanraya kecil kali ini..

Hebat sungguh permainan UMNO Barisan Nasional kali ini dan seterusnya saya ada menerima SMS yang saya terima bahawa UMNO telah menyebarkan SMS yang menfitnah Anwar Ibrahim atas nama PAS.

Saya kurang jelas akan maksud dari SMS tersebut tetapi dari bunyi SMS tersebut saya dapat menangkap bahawa UMNO dan Barisan Nasional sememangnya dalam kelemasan di Permatang Pauh apatah lagi dalam memperjuangkan isu-isu tempatan..yang hanya memberikan kemenangan kepada mereka ialah hanyalah penipuan sepertimana PRK di Pengkalan Pasir....

Si Lembik : kepada pengunjung sekalian, maybe bole melawat link yang saya sediakan. Mungkin anda sendiri boleh saksikan siapa yang bermain kasar dalam PRK kali ini. "Jadilah orang yang cerdik untuk berfikir bukan menjadi orang yang cerdik untuk mengampu". Nyatakan perkara yang benar walaupun ia pahit sekali. Klik disini untuk melihat seterusnya

Minyak Dah Turun Dah...Tapi.............

Tepat sekali jangkaan saya bahawa Pak Lah akan menurunkan harga minyak sebelum Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh...terima kasih Pak Lah tapi kenapa sikit sangat turunnya...cuma RM 0.15 jer...kenapa time naik dulu sampai mencanak2 dan bila nak naikkan takde pula buat 'promosi' sepertimana mahu turunkan harga minyak..?? maybe rakan2 dari Parti KERAjaan boleh menjawab dengan penuh hikmah dan budi bahasa..

Menurut
Utusan Malaysia pada hari ini (24 Ogos 2008), Pak Lah meminta para peniaga menurunkan harga barang. Bagi pandangan saya yang tidak seberapa kemungkinan besar saranan KERAjaan hanya menjadi saranan yang sia-sia. Ini berdasarkan kepada pengalaman yang lalu. Saya rasa mungkin segelintir pengunjung blog ini sependapat dengan saya.

Saya tidak mahu mengulas
kenyataan ku Li berhubung penurunan harga minyak cuma yang saya mahu persoalkan disini adakah penurunan harga minyak sebanyak RM 0.15 ini dapat memberikan satu jaminan keselasaan hidup kepada masyarakat ataupun ini cuma sebahagian taktik Pak Lah dengan kerjasama Budak tingkat 4 Putrajaya untuk menewaskan DSAI dalam pilihanraya kecil di permatang Pauh...Saya tidak mahu dengar alasan minyak dunia turun jadi harga minyak turun, jika sebelum ini harga minyak turun mana ada Pak Lah nak turunkan harga minyak dan ini sama sekali dapat rumuskan bahawa UMNO dan BN sebenarnya terdesak dalam meraih populariti kepada masyarakat setelah badai PRU 12 menimpa mereka sehingga kehilangan 4 negeri dengan sekelip mata..

Jadi kepada masyarakat sekalian terutama golongan UMNO dan BN..mungkin hujah saya tidak begitu kuat tapi, sebagai masyarakat yang berilmu dan cerdik pandai saya rasa kalian tentu boleh memikirkannya....