Ahad, 17 Ogos 2008

Susulan Ahli Pakatan Rakyat Melaka Masuk BN : Kenapa Beritahu 500 orang jer ??

Utusan Malaysia pada 15 Ogos 2008 melaporkan seramai 500 orang ahli PAS, PKR dan DAP di Melaka telah menyertai UMNO dan BN. Hebat sungguh Ali Rustam, saat orang lain sibuk di Permatang Pauh, dia pula sibuk dengan kempen nak jadi Naib Presiden. Bukan saya hendak menidakkan kemasukan 500 orang dalam BN tapi banyak perkara yang memusykilkan hati saya. Kenapa saya berhujah sebegini ?? ini jawapannya :-

1. Sebelum PRU 12, kecoh dengan kemasukan abang Dato' Mustapa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu) ke dalam UMNO, bila dikaji semula rupa-rupanya ia lakonan semata-mata, yang kelakarnya Abang Dato' Mustapa Ali yang dikenali sebagai Cikgu Zakaria memang pengikut setia UMNO lagi dulu, lagi hebat dia yang tak pernah keluar UMNO masuk UMNO untuk kali yang kedua. Mahu maklumat lebih detail,
klik disini.

2. Ini kes yang berlaku kat kampung saya bahkan ia melibatkan ahli keluarga saya. Adik dan abang saya tak pernah mendaftar menjadi ahli UMNO mahupun Puteri UMNO tiba-tiba dapat kad keahlian. Bila dikaji rupa-rupanya ia terjadi bila abang dan adik saya mengisi borang untuk daftar pemilih pilihanraya dibawah kendalian seseorang yang juga orang UMNO. Rupa-rupanya bila dah isi borang daftar pemilih secara automatik mereka jadi ahli UMNO.

3. Seterusnya berita dari salah seorang kawan saya, sapa yang hendak menyewa atau membeli kedai dibawah kendalian kerajaan negeri, syarat utamanya ialah kena isi borang keahlian
UMNO. Ini merupakan salah satu syarat yang dikenakan.

4. Hah, ini lagi best, rakan dari
PKR Melaka telah membongkarkan isu tersebut berkaitan dengan kesahihan ahli yang masuk BN, menurut mereka nama-nama yang terdapat akhbar tidak pula berada di dalam senarai ketiga-tiga parti komponen dan menurut Timb. AMK Melaka beliau telah meminta kerajaan negeri mendedahkan butiran ahli yang dikatakan keluar parti dibawah naungan Pakatan Rakyat. Untuk isu ini, sila rujuk di dalam akhbar Sinar Harian (Melaka & N9) bertarikh 16 Ogos 2008 di m/s 2.

Rasanya cukup 4 perkara saya maklumkan, sebenarnya banyak perkara yang saya sukar terima dari mereka terutama dari Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka,
Ali Rustam. Entah apa yang beliau takutkan..hairan-hairan..

Kenyataan beliau sentiasa berbelit-belit dan dia seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri. Ayuh Ali Rustam, jika kau mengaku diri kau anak jantan, mari kita berpencak secara anak jantan, bukan seloka irama sebegini yang kami mahukan...

lagi satu, takde pula hujah dari
Ketua Penerangan PAS Melaka berkenaan dengan isu ini. Apa-apahal saya nantikan isu ini dari dia.

Tiada ulasan: