Selasa, 17 Februari 2009

KHIR TOYO CUBA JADI HERO - Malaysiakini


Tidak saya sangka, Calon yang bakal merebut Kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah antara manusia yang berotak udang. Dia tidak faham ke dengan kenyataan YB Elizabeth Wong atau pura-pura tak faham ?? Nak kata bodoh, ramai pula pemuda UMNO bahagian mencalonkan dia. Nak kata bangang pandai pula dia repair muka dia dari tua nampak muda. Tapi itulah Khir Toto, kaki putar alam. Sebijik macam Sha bery bery, Menteri Penerangan Malaysia. Itu belum lagi digandingkan dengan Uncle Sam. Makin huru hara jadinya.

Dalam isu yang membabitkan Adun Bukit Lanjan, saya bukannya hendak membela adun tersebut tetapi meminta agar pembaca sekalian berfikir. Adakah bersalah jika kita berbogel di dalam bilik sendiri ?? Tambahan pula, gambar beliau pun diambil dalam keadaan ketika beliau sedang tidur dan bukannya dalam keadaan tergedik-gedik. Jadi secara ringkasnya pembaca sekalian pun boleh membuat keputusan yang si Eli ni memang dianiaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun.

Jadi adalah wajar saya melafazkan yang si Khir Toyo ni memang bodoh !! Wajar saya mengungkap ayat sedemikian kerana beliau secara jelas menonjolkan kebodohan beliau dikhalayak ramai sampaikan keluar televisyen kenyataan dia. Saya sempat copy & paste sedutan ayat yang diungkap.

"bekas MB Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo membuat kenyataan mendesak Eli meletakkan jawatan.

“Ini adalah isu moral, samada gambar itu diambil dengan kehendaknya atau tidak, itu soal lain.

“Saya tidak boleh menerima seorang Adun yang dipertikaikan moralnya,” kata Khir ".

Itu hanya sebahagian...Klik disini untuk membaca berita seterusnya...Sedih sekali saya dengan sikap Khir Toyo.. Dalam hal ini beliau tanpa berfikir panjang dan mengambil keputusan terus menghukum Eli agar beliau meletakkan jawatan. Kepada Khir Toyo, bawa-bawalah berfikir secara matang...Awak tu calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Jangan disebabkan kebodohan yang sengaja anda paparkan menyebabkan anda gagal mendapat undi dari perwakilan. Elok awak bawa-bawa berfikir secara waras. Kepada Eli, jangan terpengaruh dengan agenda jahat BN. Saya percaya yang anda tidak bersalah. Jangan bimbang ramai yang memberi sokongan kepada anda. Laksanakan tanggungjawab sebaik yang mungkin. Mungkin ini antara ujian yang perlu anda lalui dalam dunia politik yang semakin mencabar....

silembiks : teringat akan kes Nasha Aziz dimana gambar bogel beliau dirakam dirumahnya. Sedikit lebih kurang sama dengan kes Eli. Kalau bawa mahkamah sure di Eli boleh menang...

Tiada ulasan: