Ahad, 15 Februari 2009

JATUHNYA IMEJ MALAYSIA DIMATA DUNIA - Malaysiakini

Pasukan Malaysia semakin menunjukkan kemorosotan daripada ranking dari 158 kepada 161. Tahniah untuk FAM dan tahniah juga untuk Khairy dan mungkin dengan kaedah sebegini, populariti beliau makin meningkat dimata perwakilan pemuda UMNO yang akan berhimpun pada bulan hadapan. Kita pastinya tidak lupa kelibat Allahyarham Mohtar Dahari bersama-sama rakannya yang berjaya menaikkan imej bola sepak Malaysia di mata dunia. Pasukan Malaysia pernah 2 kali layak ke Sukan Olimpik dan pernah memenangi pingat gangsa di dalam Sukan Asia. Tetapi itu hanya menjadi kenangan semata-mata dan kini Pasukan Malaysia semakin jatuh merudum etiap kali menyertai kejohanan antarabangsa. Baru-baru ini pasukan yang digelar sebagai Harimau Malaya diaibkan dengan kekalahan 5-0 kepada pasukan UAE.

Punca ranking semakin merosot

Pemecatan Sathianatan selaku jurulatih pasukan Malaysia serta Datuk Chin Aun adalah satu keputusan yang tidak tepat. Sepatutnya jawatnkuasa FAM yang perlu dirombak. Inilah kesannya jika di dalam jawatankuasa FAM diwakili oleh semua badan politik dan bukannya daripada badan sukan bahkan mereka ini tidak pernah mewakili negara diatas mana-mana sukan terutama bola sepak. Sebagai contoh kita rujuk kelab-kelab di EPL, rata rata pengurus kelab dan jurulatih adalah antara yang melibatkan diri di dalam sukan bola sepak. Fenomena inilah yang perlu diubah di dalam struktur organisasi FAM.

Panggillah sehebat mana jurulatih daripada sepelusuk dunia untuk melatih pasukan Malaysia tetapi jika pengurusan FAM tidak dirombak bererti pencapaian Malaysia diarena antarabangsa semakin merosot bahkan cita-cita FAM untuk memastikan pasukan Malaysia bertanding di pusingan akhir kejohanan Piala Dunia pada tahun 2018 pasti berkubur. Jika dilihat sejarah jurulatih di Malaysia bermula tahun 90 an semuanya hebat-hebat belaka. Antaranya Claude Le Roy, Ken Worden, Hatem Sousi, Bertalan Biscki serta bebeberapa jurulatih tempatan yang mempunyai rekod yang cemerlang. Bagi saya antara jurulatih yang dinyatakan Claude Le Roy lah yang paling cemerlang melalui rekod peribadi diarena kejurulatihan Bola Sepak Moden. Lihat sahaja bagaimana beliau pernah membimbing pasukan sehingga ke pusingan akhir piala dunia sehingga mara ke pusingan kedua tetapi di Malaysia dia gagal memberikan hasil yang membanggakan sebaliknya hanya dimalukan oleh pasukan yang baru hendak mengenali dunia bola sepak.

Jangan asyik salah pemain dan jurulatih

FAM harus menyalahkan diri mereka sendiri dan tidak hanya menyalahkan pemain dan jurulatih semata-mata. Untuk itu, langkah yang paling efektif adalah melakukan rombakan dari peringkat presiden sehinggalah ke jawatankuasa. Cuba terapkan satu kaedah yang baru bagi mempertingkatkan mutu bola sepak Malaysia. Sudah banyak kaedah yang mereka cuba dengan memecat jurulatih dan merombak pemain kini sudah sampai masanya pengurusan FAM pula dirombak. Cubalah strategi ini insya-Allah pasti berjaya. Serahkan kepada mereka yang berhak melaksanakan tanggungjawab di dalam FAM. Bukan kita hendak menidakkan kehadiran orang politik di dalam sukan tetapi jadikanlah mereka pada golongan yang minoriti dalam badan induk terbabit kerana kita akui tanggungjawab orang politik adalah lebih besar kepada rakyat jelata di Malaysia ini..

2 ulasan:

mn berkata...

1. Yang salah ialah Presiden, Jurulatih dan Pemain-pemain.

2. Timbalan Presiden tidak salah sebab tugasnya cuma membantu Presiden.

3. Faktor utama kemerosotannya ialah kerana pemain-pemain kita macam tuan blog ni...'silembik'. HAHA..

si lembik's berkata...

sukahati kamu la labu....orang kalau dah sayang ngan KJ suma dia bela....yang tak betul pn jadi betul....