Ahad, 15 Februari 2009

NAJIB MESTI DIHALANG JADI PM - Malaysiakini

Kemelut politik Perak mendedahkan petualang sebenar negara. Beliau merupakan orang yang sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kuasa hatta menggunakan taktik dan teknik paling tidak bermaruah.

Malah beliau yang bertanggungjawab mengheret Istana Perak ke kancah politik.

Merujuk kepada peranan Najib dalam usaha tidak bermoral menjatuhkan kerajaan Pakatan di Perak, Ustaz Abdul Hadi semasa berucap di hadapan lebih 30,000 orang dalam majlis ceramah perdana di kediaman rasmi Menteri Besar Perak baru-baru ini berkata:

"Belum dapat kuasa sudah tunjuk jahat, saya bimbang kalau sudah jadi Perdana Menteri nanti, hancur negara dibuatnya."

Beliau menggesa seluruh rakyat bangkit secara aman bagi menuntut keadilan.

"Malam ini kita bersatu di Ipoh, esok di Kuala Lumpur, seterusnya di seluruh Malaysia bagi menentang kezaliman dan menegakkan keadilan," tegasnya.

Ustaz Abdul Hadi berpesan agar diselamatkan bahtera negara yang kini, baginya, berada dalam bahaya: "Kapten bahtera ini sekarang mabuk. Marilah kita campaknya ke laut, jangan biarkan dia tenggelamkan bahtera kita bersama," tegasnya lagi.

Sementara itu Abdullah dijadual akan melepaskan jawatannya hujung bulan depan iaitu selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan Umno.

Ketika bercakap selepas kemenangan calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat mahu Abdullah kekal sebagai Perdana Menteri untuk meneruskan agenda pembaharuan negara.

Kata Hadi, Pakatan Rakyat akan memberikan sokongan kepada Abdullah.

Justeru, kata pemimpin itu, Pakatan Rakyat akan membincangkan kemungkinan membawa usul sedemikian apabila Parlimen mula bersidang minggu depan.

Mesyuarat penggal kedua Parlimen Ke-12 akan bermula Isnin ini dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Gambar dibawah yang diambil di lebuhraya di Perak boleh memahamkan kita betapa kebencian rakyat pada Najib yang akan memusnahkan negara.


sumber : Green Boc

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang 90% rakyat tidak mahu nargis jadi PM tetapi apakah ada lagi ruang untuk kita sebagai rakyat untuk menolaknya.Sedih sangat bila terfikir akan nasib rakyat kelak.Amat bahaya.

mn berkata...

1. Siapa the next Perdana Menteri Malaysia, itu adalah urusan Tuhan. Bukan urusan Hj Hadi.

2. Cakap politik Hj Hadi tak boleh pakai.

3. Sebab ekor ular tapi badan belut. Mulut ular sawa...jika ada peluang telan juga.

Tanpa Nama berkata...

...jika ada peluang telan juga.
maksud SUKJ adalah mengaku dan terima next PM ada telanlah.
Kesimpulan saya ialah yang ikut di belakang pun sama juga, kalau tidak kenapa bermatian untuk dia. Semuanya dollars and cents, untuk bangsa dan negara adalah, tapi sikit-sikitlah.