Khamis, 26 Mac 2009

PRO DAN KONTRA NIZAR SEBAGAI CALON DI BUKIT GANTANG

Saya bukan menidakkan pandangan individu atau mana-mana pimpinan tetapi dalam isu ini saya sependapat dengan idola saya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Walaupun beliau tidak menyatakan secara terperinci, maklumat yang saya perolehi daripada blogger Panglima Tengku 7 boleh dibuat rujukan. Dalam isu ini ia ada pro dan kontra yang perlu kita renungi bersama kerana UMNO dan Barisan Nasional sentiasa bersedia untukmenggerakkan jentera saraf mereka dalam usaha menjatuhkan PAS di Bukit Gantang. Sila baca kebaikan dan keburukan yang saya nyatakan disini..

Kebaikan

1. Akan menaikkan sokongan ke atas PR lebih-lebih lagi dengan isu rampasan kuasa secara haram oleh UMNO & BN.
2. Memungkin PR menang dalam pilihanraya kecil ini.

Di antara keburukan jika mencalonkan DS Nizar bertanding di Bukit Gantang.

1. UMNO akan menngunakan isu derhaka terhadap beliau dengan menggunakan apa jua saluran media.
2. Sekiranya beliau kalah maka UMNO & BN akan memanipulasikan kekalahan PR ini dengan isu Tumbangnya Kerajaan PR di Perak. Sedangkan Kerajaan yang ditubuhkan oleh UMNO di Perak sendiri adalah Kerajaan Haram.
3. UMNO menggunakan isu ini dan memaksa DS Nizar meletakkan jawatannya sebagai MB sebagai jawapan kekalahan PR di Bukit Gantang. Sedangkan beliau masih MB yang sah yang dipilih oleh Rakyat.

Mengikut perkiraan, moleklah sekiranya calon Parlimen Bukit Gantang dipilih selain dari DS Nizar. Apa pun rakyat Perak akan memilih Parti berbanding calon untuk pilihanraya kali ini. Tetapi saya yakin pucuk pimpinan PAS Pusat tentunya ada alasannya yang tersendiri dengan meletakkan Dato Seri Ir Nizar sebagai calon PAS di bukitGantang. Bagi saya, tidak kira siapa calonnya yang penting insya-Allah saya akan hadir bersama sahabat2 saya dalam membantu jentera PAS di Bukit Gantang pada minggu hadapan. Bagi saya calon yang terbaik adalah bonus bagi kemenangan di Bukit Gantang.

Tiada ulasan: