Khamis, 26 Mac 2009

PERUBAHAN PERLU DILAKUKAN DALAM PR KECIL SEBAGAI BUKTI RAKYAT TOLAK BN

Kemenangan moral menjadi milik Pakatan Rakyat apabila PAS meletakkan Dato' Seri Ir Nizar sebagai calonnya. Rata-rata maklumat yang saya terima dari sahabat yang ke Bukit Gantang memberikan respon yang positif bahawa insya-Allah PAS akan berjaya mengekalkan kerusi yang sebelum ini disandang Allahyarham Roslan Shahrum.

Kini sudah sampai masanya pengundi mengajar sikap kurang ajar pemimpin Barisan Nasional dalam PRK yang diadakan di 2 bukit dan 1 batang. Sikap biadap BN yang merampas Negeri Perak dengan mempengaruhi 3 adun PR serta membangkitkan isu derhaka serta perlantikan menteri besar Kudeta telah mencalar imej demokrasi di Malaysia. Disebabkan mereka, krisis di Perak sehingga kini masih belum berakhir. Begitu juga di Bukit Selambau, politik matang yang ditunjukkan oleh x adun tersebut membuatkan BN terpaksa berputih mata. Syabas untuk beliau walaupun beliau menerima pembagai ancaman tetapi beliau masih berpegang teguh terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat kepada beliau.

Pemilihan Agung UMNO sudah menunjukkan bahawa UMNO sendiri tidak serius dalam menangani rasuah yang membabitkan moral dikalangan para pimpinan dan ahli dimana beberapa pemimpin yanh sudah jelas semakin korup diangkat sebagai pemimpin untuk mengetuai sayap masing-masing. Ini juga berlarutan kepada barisan exco kepada 3 sayap parti tersebut. Maka dengan ini, Malaysia pada masa hadapan bakal ditadbir oleh pemimpin yang bergelumang dengan najis rasuah.

Jadi bagi membuktikan bahawa rakyat berkuasa dalam menentukan siapa pemimpin yang layak maka saya menyeru agar pengundi sekalian memberikan undi kepada PR dalam menjatuhkan kerajaan yang zalim serta tidak berhati perut.

Tiada ulasan: