Saya pada asalnya ada menerima bermacam cerita berhubung dengan perhimpunan ini. Ada yang mengatakan bahawa UMNO dan 'PUKIDA' telah dikerahkan untuk melakukan provokasi dalam perhimpunan tersebut. Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk hadir berhimpun untuk mendesak agar Ali Rustam melepas jawatan sebagai Ketua Menteri...
Dalam kes ini saya dapat lihat polis tak ubah seperti boneka yang dimainkan oleh Ali Rustam..dalam usaha mendesak semua peserta himpunan agar bersurai daripada berhimpun diperkarangan masjid mereka terlupa yang penyokong UMNO termasuk jantan dan betina yang berhimpun di perkarangan Seri Negeri sebelum solat Jumaat. Kehadiran mereka di Seri Negeri mengakibatkan jalan menghala ke persimpangan Traffic light Gapam menjadi sesak. Adanya polis disana pun tidak ubah seperti kayu kerana mereka gagal mengawal emosi penyokong-penyokong BN...Mereka yang menyokong kepimpinan rasuah Ali Rustam ini juga telah menunjukkan keganasan dengan menendang kereta ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz kamarudin Sidek ketika mereka keluar dari perkarangan Seri Negeri selepas menyerahkan memorandum...lihat gambar dibawah ini..
p/s : sorila..kelam kabut, date dan time pada kamera pun xsempat nak set.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan