Khamis, 26 Mac 2009

TAHNIAH TUAN GURU NIK AZIZ KERANA SUDAH MENJADI BLOGGER

Saya berkesempatan melayari blog Tuan Guru Nik Aziz yang baru dilancarkan. Blog Tuan Guru dilancarkan pada 26 Mac 2009 serentak dengan pelancaran Wifi APTUS Net di KB Mall, Kota Bharu Kelantan Darul Naim.

Nampaknya semakin ramai pimpinan mula menyedari kepentingan IT dalam menyalurkan maklumat serta berdakwah kepada masyarakat. Moga dengan adanya blog Tuan Guru Nik Aziz ia dapat membuka minda dengan lebih luas kepada pimpinan Pakatan Rakyat khususnya dari PAS (termasuk dengan PAS Melaka) bahawa pentingnya menguasai IT pada zaman sekarang.

Akhir, sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada TGNA dan semoga blog beliau mampu mengatasi blog Che Det (mantan PM). Diharap juga kehadiran Tuan Guru di arena blog mampu memberikan satu impak yang positif serta lebih mendekatkan diri kepada masyarakat...

p/s : blog Tuan Guru http://www.blogtokguru.com/

1 ulasan:

Ibnu Mohyeddin berkata...

assalamualaikum .. 2-2 tok guru dah ada blog .. ust ghani bila lagi ??