"Insya-Allah kemungkinan (akan diketahui) lebih awal dari itu," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof pada sidang media di Pusat Media semalam.
Abdul Aziz berkata, pihaknya mahu pilihan raya kecil ini mencatatkan rekod dengan peratusan keluar mengundi melebih 90 peratus.
"Kita dapat catat rekod proses penamaan calon berjalan lancar walaupun dimaklumkan disertai penyokong 40,000 orang... malah tiada kejadian tidak diingini sepanjang (tempoh) berkempen.
"Oleh itu, kita berharap satu lagi rekod akan dibuat dengan jumlah yang ramai akan keluar mengundi," kata beliau.
Proses pengundian bermula pukul 8 pagi dan ditutup 5 petang manakala perjumlahan undi akan dilakukan di Stadium Negeri.
sumber : harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan