Sabtu, 17 Januari 2009

BACALAH, UNDI PAS DAPAT PAHALA - Malaysiakini


UMNO dan BN terus melenting apabila Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan satu statement apabila undi PAS akan dapat pahala. Kepada pembaca sekalian pernahkah anda berfikir kenapa Tuan Guru berkata sedemikian. Minda Tuan Guru memang sukar untuk kita baca dan fahami apatah lagi puak-puak bodoh yang datang dari UMNO dan BN. Bagi saya, Tuan Guru mempunyai keunikan dari segi pemikiran dan sebaran maklumat. Disini mungkin saya dapat huraikan serba sedikit. Mungkin untuk orang UMNO dan BN yang buta selama ini dapat melihat, membaca dan menafsir dengan menggunakan akal yang Allah berikan dan bukannya berfikir dengan menggunakan kepada lutut.

Sedikit ringkasan disini :-

1. Bila PAS ingin menegakkan Hukum Allah diatas muka bumi ini, berdosakah atau mendapat Pahala ??

2. Bila PAS ingin menghapuskan judi yang boleh memporak-perandakan rumah tanggan, berdosakah atau mendapat pahala ??

3. Bila PAS ingin menghapuskan kilang arak yang boleh memudaratkan, berdosakah atau mendapat pahala ??

4. Bila PAS mahu menjalankan hudud, qisas dan ta'zir kepada penjenayah sebagaimana disyariatkan, berdosakah atau mendapat pahala ??

5. Bila PAS ingin menghapuskan riba' yang jelas tidak mendatangkan keadilan, berdosa atau mendapat pahala ??

6. Bila PAS menentang akta zalim ISA, berdosakah atau mendapat pahala ??

7. Bila PAS membawa rakyat mendekati Allah melalui kuliah agama, ceramah, mewujudkan sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan sebagainya, berdosakah atau mendapat pahala.

8. Jika PAS menentang kenaikan harga minyak yang keterlaluan supaya tidak mendatangkan kesusahan kepada rakyat, berdosakah atau mendapat pahala

9. Jika PAS melarang hiburan yang keterlaluan dan pergaulan bebas supaya menjauhi maksiat, berdosakah atau mendapat pahala

Salahkah kalau dikatakan, menyokong parti yang membawa kebaikan juga akan diberi ganjaran pahala oleh S.W.T ? Tuhan yang maha kaya dan maha pemurah. Samalah juga kalau menyokong parti yang membawa kemungkaran dan kemudaratan kepada masyarakat, sudah tentu anda juga tidak terlepas dari dosa jika mengundinya kerana ia bererti anda redha dengan segala tindak tanduknya yang jelas bercanggah dengan hukum Allah.

Semoga Allah mengampuni segala kesilapan kita yang lampau. Jadi kepada rakan-rakan dari UMNO dan Barisan Nasional bolehlah fikir sebaik-baiknya

1 ulasan:

saji berkata...

Semua orang Islam yang menggundi pada PRK KT dan pilihan raya akan datang akan diberikan ganjaran pahala jika niat mengundi memenuhi syarat rukun sighah atau ijab kabul hukum atau kontrak al-Wakalah atau Melayunya Wakil-mewakil yang Tok Guru boleh terangkan, melainkan pengundi yang menerima rasuah.

Bagi mereka yang menggundi PAS, ganjaran satu pahala lagi akan diterimanya kerana melakukan jihad menghapuskan kemungkaran yang disenaraikan tersebut.